• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Kenali Farah Rose, Juruterbang Wanita Pertama Bergelar Penyanyi!

Farah juga pernah menyertai pertandingan cungkil bakat, Bintang Kecil suatu ketika dahulu

by Khai Azfar
January 20, 2022
Share on Facebook

Memiliki pakej yang lengkap,Nur Farah Najihah Rosmi atau lebih dikenali sebagai Farah Rose,kini mula menempa nama seangkatan bakat muda generasi ‘Budak Baru Nak Up’ (BBNU) yang semakin menguasai industri seni hiburan.

Bakat ‘Dihidu’ Eddie Hamid 

Mempertaruhkan single pertama nya berjudul Lagu Ceritaku, penyanyi kecil molek ini mula menjinakkan diri di dalam bidang nyanyian sejak kecil lagi. Dengan bakat yang dimiliki, Eddie Hamid telah ‘melamarnya’ untuk merakamkan lagu setelah tertarik dengan kelunakan suara Farah ketika komposer terkenal itu berada di tempat kelahirannya, Pulau Langkawi empat tahun yang lalu.

Berkongsi pengalamannya, Farah yang pernah menyertai pertandingan Bintang Kecil suatu ketika dahulu akui bukan senang untuk menjadi seorang penyanyi.  Namun, dia menganggapnya sebagai satu pengalaman yang manis untuk dikenang.

“Ini adalah kali pertama saya membuat rakaman lagu di NAR Records. Saya rasa ini adalah pengalaman yang baru kerana saya tidak pernah rakam sebarang lagu dan tidak menjangka sebenarnya ia sukar berbanding apa yang dilihat. Saya berterima kasih kepada semua pihak yang menjayakannya.

“Proses merakamkan lagu tersebut mengambil masa dalam 4 hingga ke 5 jam juga kerana kita nak pastikan emosi saya sampai dalam setiap bait lirik. Dekat situ, baru saya tahu susah sebenarnya nak jadi penyanyi.

“Sebelum ini saya banyak buat cover dan persembahan secara langsung kerana sejak kecil lagi saya sering dijemput untuk buat persembahan di pelbagai acara. Saya pernah masuk pertandingan bintang kecil anjuran RTM semasa tahun 2010 dan 2011. Ketika itu, saya menjadi juara bintang kecil di Langkawi dan tempat ketiga bagi Zon Utara. Ibu-bapa yang  banyak beri galakan kepada saya kerana mereka lihat saya berpotensi sejak kecil lagi” kongsi Farah

Juruterbang Wanita Pertama Di Malaysia Bergelar Penyanyi

Di sebalik perwatakannya yang lemah lembut, siapa sangka penyanyi berusia 22 tahun ini mempunyai kelulusan sebagai seorang juruterbang dari HM Aerospace Langkawi.

View this post on Instagram

A post shared by Farah Rose (@_farahhrosee)

Malah, anak bongsu daripada lima beradik ini juga hanya menunggu masa untuk berkhidmat di syarikat penerbangan. Lantaran itu, dia mengambil peluang serta masa yang ada untuk mengembangkan lagi bakat nyanyiannya dan berhasrat untuk dikenali sebagai seorang juruterbang yang serba boleh.

“Saya baru sahaja tamat pengajian di sekolah penerbangan dengan melengkapkan 200 jam penerbangan pada Disember 2021.

“Saya tak nafikan cita-cita untuk menjadi juruterbang sejak kecil apatah lagi turut didorong oleh keluarga dan abang saya juga seorang juruterbang. Bila semakin meningkat dewasa, saya lihat tidak ramai juruterbang dikalangan wanita jadi saya rasa kenapa tidak saya teruskan cita-cita itu supaya lebih ramai wanita berminat dengan kerjaya ini.Namun dalam masa yang sama turut meminati bidang nyanyian” katanya

Ketika ditanya mengenai keutamaan karier termasuk pembahagian masanya, Farah sudah bersedia dengan kekangan masa yang bakal dihadapi malah mempunyai strategi tersendiri untuk menempa nama dan mencapai cita-citanya.

“Ketika ini, saya ingin fokuskan dahulu dalam bidang nyanyian dan kemudian kita lihat bagaimana perkembangannya memandangkan saya masih belum mendapat lesen juruterbang secara rasmi. Sementara menunggu lesen tersebut dan industri penerbangan pulih sepenuhnya, saya akan teruskan dengan karier sebagai penyanyi.

“Saya akui kehidupan sebagai seorang juruterbang sebenarnya agak sibuk tetapi sebenarnya ia fleksibel kerana kita boleh atur jadual penerbangan. Jadi, saya percaya saya boleh bahagikan masa sebagai penyanyi dan juruterbang kelak” katanya lagi

Farah ditemui Murai.my di majlis pelancaran single terbaharunya di Hotel Goldsands Langkawi pada Selasa. Dalam majlis itu, turut diserikan dengan kehadiran komposer lagu tersebut, Eddie Hamid serta penyampai radio paling dipercayai 2021 , Dj Lin.

Lagu dan video muzik Ceritaku ciptaan Puteri Yana dan Eddie Hamid serta lirik yang ditulis Hakimi Hakim dan Arisz Abd.Rahman itu kini boleh dilayari di semua platform digital. Menariknya juga, lagu tersebut turut dipilih menjadi antara lagu tema drama bersiri Honeymoon yang bakal ditayangkan di Slot Dahlia, TV3 pada Mac depan.

Farah Rosejuruterbang
https://lomp.at/gklms
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Konsert Di Sebalik Aku Hafiz Suip Tetap Akan Berlangsung, Harga Tiket Diturunkan Demi Peminat!

by Naddy Joe
October 1, 2025

Pelbagai spekulai yang timbul di media sosial akhirnya terjawab selepas pihak penganjur, SAH Entertainment mengumumkan bahawa konsert Di Sebalik Aku...

Read more
Indonesia

Afgan Terbiasa Pakai Tasbih Digital Lepas Pulang Haji, Akui Zikir Buat Hati Tenang

Penyanyi terkenal Indonesia, Afgan mengakui penggunaan tasbih digital untuk berzikir kini menjadi rutin hariannya setelah pulang menunaikan ibadah Haji pada...

Read more
by Naddy Joe
November 8, 2025
Musik

“Semoga Saja” Bukan Sekadar Lagu Cinta – Aisha Retno Dedah Kisah Sebenar!

Sejak kemunculannya dalam industri muzik pada 2018, Aisha Retno terus mencipta nama sebagai penyanyi berbakat besar dengan suara yang unik...

Read more
by Aphit J.
October 4, 2025
Indonesia

Afgan Kembali Dengan Album Baharu ‘Retrospektif’-“Selepas Bertahun-Tahun Bereksperimen..”

Setelah tujuh tahun tidak muncul dengan album penuh berbahasa Indonesia, penyanyi tersohor Afgan kembali dengan buah tangan terbaharu berjudul Retrospektif....

Read more
by Naddy Joe
November 21, 2025
Screenshot
Indonesia

Afgan Kembali Menghiburkan Peminat Di Malaysia Menerusi Retrospektif Showcase

Penyanyi terkenal Indonesia, Afgan bakal kembali menghiburkan peminat di Malaysia menerusi showcase istimewa berjudul Afgan Retrospektif Showcase yang dijadualkan berlangsung...

Read more
by Naddy Joe
October 6, 2025
Lokal

[REVIEW] Antara Yang Menarik Saat Konsert Di Sebalik Aku: Hafiz Suip

Konsert solo penyanyi, Hafiz Suip 'Di Sebalik Aku: Hafiz Suip' yang berlangsung pada Sabtu lalu berjaya memukau lebih 3,500 peminat di...

Read more
by Naddy Joe
November 7, 2025
Musik

Atilia Haron Dedah Kekuatan Tersembunyi Dalam Rekah!

“Rekah” adalah karya yang sarat dengan introspeksi dan kekuatan dalaman, memperlihatkan evolusi emosi serta perjalanan seni Atilia Haron. Rekah: Cahaya...

Read more
by Aphit J.
October 26, 2025
Musik

Konsert Artis Seberang Makin Sendu? Kini Nasyid Pula Naik Takhta!

MURAI perasan satu fenomena pelik tapi menarik akhir-akhir ini. Konsert nasyid makin laku keras, siap hampir sold out! Baru-baru ini...

Read more
by Phic ARMAN
October 17, 2025
Musik

Andrigo: Suara Indonesia, Rasa Melayu! Hadir Dengan Rasa Sakit Rasa Rindu

Lagu terbaharu berjudul "Rasa Sakit Rasa Rindu" telah dilancarkan secara rasmi di saluran YouTube rasmi Luncai Emas dan semua platform...

Read more
by Aphit J.
September 6, 2025
Lokal

Aliff Aziz, Mark Adam & Ruhanies Antara Artis Bakal Gamatkan Havoc Trio Festival 2025

Havoc Event & Management Sdn. Bhd. sekali lagi mencetus fenomena dengan penganjuran HAVOC TRIO FESTIVAL 2025, sebuah festival mega tahunan...

Read more
by Naddy Joe
November 3, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Siti Nurhaliza Bercuti Bersama Keluarga Di Jepun, Telatah Afwa Curi Perhatian Netizen

  2. 2

    [VIDEO] Cik B & Leona Rancang Lokasi Percutian, Curi Perhatian Netizen-“Gini Rupanya Perbualan T20..”

  3. 3

    [VIDEO] Fatima Menangis Terharu Fazura Belikan ‘Blind Box’ Berharga RM1,500…

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Hael Husaini ‘Call’ Afwa Suruh Simpan Telefon Siti Nurhaliza

  5. 5

    [GAMBAR] Gelagat Anak Perempuan Tok Ram ‘Selfie’ Bersama Buatkan Netizen Terhibur!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore