Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Farahdhiya Dedah Kejadian Pelik Ketika GV2 Di MBSA-“Sampai 5 Doktor Pergi Jumpa..”

by Naddy Joe
October 15, 2025
Share on Facebook

Penyanyi dan pelakon, Farahdhiya berkongsi pengalaman pelik yang dialami ketika menyertai program realiti Gegar Vaganza 2 (GV2) di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Hilang Suara Setiap Kali Memasuki MBSA

Kongsi Farahdhiya atau Nur Farahdhiya Mohd Amin menerusi hantaran di Thread menceritakan bahawa dia kehilangan suaranya setiap kali memasuki perkarangan MBSA ketika masih menjadi peserta GV2 pada Oktober 2015.

“Saya rasa sekarang MBSA memerlukan ‘deep cleanse’ selepas terlalu banyak kejadian-kejadian dah berlaku. Even GV2 pun saya alami pengalaman sangat pelik.Kita pulak jenis bersangka baik, kami semua seperti keluarga.

Sampai la saya sendiri di pertengahan pertandingan, asal masuk MBSA tu je hilang suara, padahal tak sakit pun. Sampai 5 doktor pergi jumpa, masuk camera bagai doktor kata takde apa-apa.

Saya mula buka mata bila wartawan duduk keliling saya dan cakap ‘hati-hati, orang bagi makan, bagi air jangan makan’.”-kongsi Farahdhiya

Mengambil Langkah Berhati-Hati

Tambah Farahdhiya, dia mula mengambil langkah berhati-hati untuk tidak menyentuh mana-mana makanan dan minuman yang diberikan orang lain disebabkan rasa takut biaupun tidak pernah terlintas langsung untuk berburuk sangka dengan orang lain.

“Kawan-kawan wartawan pesan lagi ‘memang rambut sama hitam, depan memang baik tapi hati orang kita tak tahu, jadi hati-hati’ benar-benar membuka mata saya. Sejujurnya saya tak pernah terlintas langsung nak berburuk sangka, tapi selepas kejadian itu, saya sangat berhati-hati.

Terus tak sentuh mana-mana makanan atau air yang orang bagi, terus jadi takut. Padahal seumur hidup saya jenis tak fikir benda tu semua. Tapi sampai sekarang, saya tidak ada jawapan untuk apa sebenarnya yang berlaku. Masa tu fikir tak sabar nak habiskan je. Menang ke kalah dah tak kisah.”-tulis Farahdhiya

Masih Trauma

Dalam pada itu, penyanyi Bertakhta Di Hati ini mengakui masih rasa trauma terhadap insiden yang berlaku padanya biarpun sudah 10 tahun berlalu.

“Tapi seluruh penggalaman di MBSA membuatkan saya trauma. Menang tempat kedua merupakan perkara yang terbaik berlaku pada saya. Alhamdulillah rezeki datang mencurah-curah lepas tu.

Cuma MBSA itu sendiri tempat yang saya rasa tak baik untuk pergi lagi terutamanya jika saya kena menyanyi di sana lagi. Masih trauma walaupun dah 10 tahun berlalu.”-tambah Farahdhiya lagi

Apa komen anda?

Farahdhiya Mohon Doa Orang Ramai Buat A. Aida-"Saya Sendiri Tak Dapat Jumpa Lagi.."
Farahdhiya
https://lomp.at/vy0x7
Share2Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Foto - @iamellymazlein (IG)
Lokal

“Saya Terharu & Rasa Dihargai”- Gaya Tudung Dipuji, Elly Mazlein Tekad Jadi Muslimah Terbaik

by Nurul A.
January 23, 2026

Pelakon, pengacara dan penyanyi Elly Mazlein meluahkan rasa tersentuh dan terharu apabila mendedahkan dia telah menerima pujian daripada pendakwah Ustazah...

Read moreDetails
Foto - @adamcorrielee (IG)
Lokal

Adam Corrie Pesan, -“Elak DM Untuk Luah Masalah, Orang Ambil Kesempatan Ramai”

by Nurul A.
January 26, 2026

Pelakon dan usahawan, Adam Corrie mencuri perhatian ramai selepas berkongsi satu nasihat di platform Threads untuk pengikutnya, khususnya golongan wanita....

Read moreDetails
Foto - @TMZ (X)
Hollywood

Sudah ‘Move On’, Kali Ini Dakota Johnson Bercinta Dengan Penyanyi Muda!

by Nurul A.
January 26, 2026

Aktres Hollywood, Dakota Johnson dikhabarkan mempunyai teman lelaki baharu selepas berpisah dengan vokalis Coldplay iaitu Chris Martin pada Jun 2025....

Read moreDetails
Foto - @nabil_ahhhhh (Threads)
Indonesia

[VIDEO] Tular Berpelukan Dengan Wanita, Jefri Nichol Ada Kekasih Baru?

by Nurul A.
January 5, 2026

Nampaknya nama pelakon Indonesia, Jefri Nichol tidak akan berhenti menjadi perbualan hangat pengguna media sosial dalam masa terdekat. Ini kerana...

Read moreDetails
Musik

Menjelang Konsert Legasi 30, Siti Nurhaliza Imbau Detik Nyaris Tak Masuk Bintang HMI

by Phic ARMAN
January 9, 2026

Menjelang Konsert Legasi 30 Siti Nurhaliza yang bakal menggegarkan Stadium Nasional Bukit Jalil hujung minggu ini, nama Datuk Seri Siti...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore