• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Farid Kamil Hukum Anak Perempuan Tidur Atas Lantai Depan Tandas, Diana Danielle Dakwa Tak Tahan Suami Baran!

by Puteri Alia
April 3, 2023
Share on Facebook

Mendidik anak antara cabaran besar buat ibu bapa kerana ianya buka semudah yang disangka.

Pelbagai dugaan dan cabaran harus ditempuh dalam memastikan anak-anak menjadi insan berguna di dunia dan akhirat.

Mengetahui bahawa anak bagaikan kain putih yang perlu dicorak oleh ibu bapa, kadangkala apabila nampak seseorang anak itu nakal kelakuannya, maka orang dengan mudah membuat andaian bahawa kedua-dua ibu bapanya tidak memberi tunjuk-ajar yang baik.

Sudah tentu, pada zaman gajet yang serba canggih ini memerlukan ibu bapa yang bijak dalam mendidik anak-anak dengan cara yang bertepatan dengan peringkat umur mereka.

Menurut sumber berita, kaedah mendidik menurut Islam ialah ketika umur anak-anak 0-6 tahun, Rasulullah S.A.W meminta ibu-bapa untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yang tidak berbatas.  Berikan mereka kasih sayang tanpa mengira anak sulung mahupun bongsu dengan bersikap adil terhadap setiap anak-anak.

Seterusnya menginjak umur anak-anak 7-14 tahun, pada tahap ini ibu bapa pelru menanamkan nilai disiplin dan tanggungjawab kepada anak-anak.

Berikutnya setelah seusia 15- 21 tahun, inilah fasa remaja yang penuh sikap memberontak. Pada tahap ini, ibu bapa seeloknya mendekati anak-anak dengan berkawan dengan mereka.

Pada umur anak beralih ke 21 tahun dan ke atas pula,  faasa ini adalah masa ibu bapa untuk memberikan sepenuh kepercayaan kepada anak-anak dengan memberi kebebasan dalam membuat keputusan mereka sendiri.

Ibu bapa hanya perlu pantau, nasihatkan dengan diiringi doa agar setiap hala tuju yang diambil mereka adalah betul. Bermula pengembaraan kehidupan mereka yang sebenar di luar rumah.

Bagaiamanapun, mendisiplinkan anak sememangnya merupakan tugas utama bagi pasangan ibu bapa. Kadangkala, ibu bapa juga gagal mengawal perasaan lalu memarahi anak yang melakukan kesalahan.

Diana Danielle Dedah Sering Periksa Telefon Anak - "Dunia Sekarang Terlalu Terbuka!"

Lebih teruk lagi, ada juga ibu bapa yang sanggup menggunakan kekerasan dan memukul anak dengan tangan ataupun objek hanya disebabkan salah laku yang mungkin tidak setimpal dengan hukuman yang diterima.

Sekiranya anak melakukan kesalahan,  ibu bapa sewajarnya mengawal kemarahan  terlebih dahulu dan bertindak waras. Malah dengan memukul atau menggunakan kekerasan tidak akan menyelesaikan sebarang masalah tetapi mendatangkan kesan negatif yang lain.

Oleh yang demikian terdapat perbezaan besar antara disiplin dan hukuman. Hukuman hanya akan menumpukan tentang bagaimana membuat atau menjadikan seorang kanak-kanak takut kerana melanggar peraturan.

Sebaliknya dislipin adalah mengajarnya bagaimana untuk membuat pilihan dan keputusan yang lebih baik pada masa akan datang.

Berbahas soal itu, baru-baru ini kemelut rumah tangga pasangan selebriti Diana Danielle dan Farid Kamil dilihat semakin meruncing selepas Diana membuat pendedahan mendakwa suaminya itu semakin baran sejak kebelakangan ini.

Diana menerusi satu muat naik di Instagram Story (IG) mendakwa Farid seperti sudah berubah dan menjadi tidak terkawal dalam hal remeh termasuk memarahi anak perempuannya, Nur Aurora secara keterlaluan gara-gara memetik cili di rumah jiran.

“Dia kata insiden marah anak itu kecil sahaja. Saya mahu tekankan di sini, dia sudah mula tengking-tengking baran dengan anak dari malam sebelumnya. Semuanya hal yang sangat remeh. – Ulas Diana

“Sampai ke esok pagi masih menengking anak-anak atas sebab sebab remeh. Sampai ke tengah hari dia tengking saya sebab tak jumpa seluar.

“Petang dia tengking Aurora insiden Aurora petik cili. Dua hari dia tak berhenti baran dan jerit sekuat hati. Aurora menggigil minta tolong dengan saya, sebab dia sangat takut.

“Dia dipaksa untuk duduk dalam bilik Babah malam tu sebab nak sambung ‘ajar’ anak,” dakwa Diana.
Dakwa Diana lagi, suaminya itu turut meminta dia agar membuat permohonan untuk membuang namanya dalam surat beranak anak-anak mereka, kata Diana.

Menurut sumber Berita Harian, Diana menjelaskan bahawa tindakan Farid membuatkan Aurora kini trauma dan ketakutan.

Hikayat Batu Belah Batu Bertangkup: Legenda Klasik Kembali Menggamit Nostalgia

Diana mendakwa, cara Farid memberi pengajaran kepada Aurora sangat keterlaluan dengan memaksa anaknya itu tidur atas lantai.

“Bila saya masuk bilik, anak saya tidur atas lantai depan pintu tandas, berlapik sejadah. Saya jadi terkejut, sudahlah ditengking sepuas hati dari petang, dia tak bagi anak tidur dengan saya (yang biasanya) disuruh tidur atas lantai.

“Bila saya mahu ambil Aurora masuk bilik kerana tak tahan tengok layanan anak macam itu, dia tolak saya berkali-kali halang ambil anak. Saya tetap berkeras bawa anak masuk bilik saya kerana takut apa lagi tindakan seterusnya.

“Sebelum keluar bilik, dia ugut akan pukul anak esok disebabkan saya tak bagi anak tidur atas lantai depan tandas. Emosinya sangat tak stabil, saya tak pernah lihat dia begitu sebelum ini,” dakwa Diana

Bagaimanapun, menjengah ke akaun Instagram milik Farid Kamil, dia menyangkal dakwaan berkenaan dan memberitahu bahawa tuduhan berkenaan adalah fitnah dan rekaan.

Farid bagaimanapun memilih untuk mengemukakan ulasan berkenaan di Mahkamah kelak, dengan memuat naik beberapa kenyataan di Instagram story miliknya.

Sebagai rekod, pada 20 Mac lalu, Diana memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya. Diana selaku plaintif memfailkan permohonan itu pada 10 Mac lalu . Bagaimanapun, pada sebutan pertama permohonan cerai 28 Mac lalu, Farid enggan melafazkan cerai.

Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).

diana daniellefarid kamil
https://lomp.at/jlt7y
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Sosial Buzz

Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

by Phic ARMAN
January 13, 2026

Dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan pendedahan berani oleh pelakon cilik, Alqar Sahar, yang tampil meluahkan kisah hitam mendalam melalui laman...

Read moreDetails
via AI Generated
Selera

Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

by Farah Fatihah
January 10, 2026

Biasanya, bila sebut Negeri Sembilan, ramai yang terus terbayang keenakan masak lemak cili api yang pedas berlemak. Namun, jarang pula...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Benda Berkilat Dalam Kubis Goreng” Buat Pelanggan Trauma, Netizen Bongkar Puncanya

by Iffah Najwa
January 14, 2026

Satu perkongsian di Reddit baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila seorang pengguna mendakwa menemui serpihan seperti logam di dalam makanan...

Read moreDetails
Insentif

SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

by Ayu Kamaruddin
January 8, 2026

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan terus diperkukuh pada 2026 apabila Kementerian Kewangan (MoF) mengumumkan beberapa penambahbaikan strategik bagi memastikan...

Read moreDetails
via AI Generated
VMY2026

Wow! Tasik Warna Biru Kehijauan Ini Rupanya Ada Di Terengganu

by Farah Fatihah
January 10, 2026

Siapa sangka, sebuah tasik yang sebelum ini hanya dikenali oleh penduduk tempatan kini menyimpan keindahan luar biasa? Lubuk Mandi, atau...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

  2. 2

    Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

  3. 3

    “Benda Berkilat Dalam Kubis Goreng” Buat Pelanggan Trauma, Netizen Bongkar Puncanya

  4. 4

    SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

  5. 5

    Wow! Tasik Warna Biru Kehijauan Ini Rupanya Ada Di Terengganu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore