Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita

Fasha Sandha Kesal Dipersoal Naik Penerbangan Kelas Ekonomi-“Kami Ibarat Dihina Di Khalayak Ramai..”

by Naddy Joe
April 3, 2025
Share on Facebook

Pelakon, Fasha Sandha meluahkan rasa kesal terhadap sikap seorang pramugari yang mempersoalkan dia dan keluarga menaiki penerbangan kelas ekonomi ketika pulang beraya di kampung halaman keluarga, baru-baru ini.

Ibarat Dihina Di Hadapan Khalayak Ramai

Fasha, menerusi hantaran di Instagram, menyifatkan soalan sebegitu tidak harus disoal oleh seorang pramugari lebih-lebih lagi di hadapan khalayak ramai.

“Apa juga alasan awak, tanya soalan begitu tidak sesuai pada penumpang. Apa salahnya kalau saya, seorang selebriti duduk di ECONOMY CLASS.

Tak perlu tanya pada saya di hadapan penumpang dan anak-anak saya. Dengan soalan itu, kami ibarat dihina di khalayak ramai. Walaupun awak dah cakap sorry dan hantar pizza, tak dapat mengubati luka ini.”- kesal Fasha Sandha di Instagram

View this post on Instagram

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

“Kita Semua Sama Sahaja…”

Menjengah ruangan komen, rata- rata rakan selebriti dan netizen berkongsi rasa terkilan dengan insiden tersebut yang berlaku pada Fasha sekeluarga, malah ramai yang menegaskan agar pramugari terlibat dikenakan tindakan yang sewajarnya.

“Sebagai cabin crew, saya agak kecewa dengan standard layanan sebegitu, semua crew diajar untuk served dan layan penumpang sama rata tak kira economy, business class, atau first class, even pekerja- pekerja asing pun crew wajib layan sama rata sama macam layan warganegara.”- Zarul Umbrella

“That is such inappropriate remarks. Rest assured, tak salah langsung pun nak naik economy, class, business class, mahupun naik bas. It does not define anyone’s status or financial stability. Kita semua sama, pilihan kita saja kadang berbeza. It’s okay girl, you do you, asalkan selamat sampai tujuan. Itu yang penting. Alhamdulillah. Hugs.”- Nur Fazura

“Yer sis betoi naik sat ja, dari membazir duit baik bagi kot orang susah baik bagi masjid, class- class ni tak kemana pun, mau jatuh ka semua sama jer.”- Haji Zil

Apa komen anda?

'Allah Belum Bagi Rezeki Untuk Aisha Dapat Adik Baby.."-Fasha Sandha
fasha sandha
https://lomp.at/rdd24
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

“Saya Tak Sanggup Lukakan Hati Isteri Dia…”-Sharifah Zarina Syukur Suami Orang Telah Henti Ganggu Athalia

by Naddy Joe
January 28, 2026

Pelakon, Sharifah Zarina terdahulu pernah meluahkan rasa berang apabila anak perempuannya, Athalia diganggu seorang lelaki yang berstatus suami orang.  Kongsi...

Read moreDetails
Lokal

“Takkan Ada Lagi Abah Yang Sama…”-Azar Azmi Mohon Doa Orang Ramai

by Naddy Joe
January 28, 2026

Pelakon, Azar Azmi tampil menitipkan ucapan terima kasih buat orang ramai yang membantu individu rapat yang digelar sebagai 'Abah' yang...

Read moreDetails
Lokal

Ojenn Aiwahhh Kesal Dengan Sikap Netizen Beri Komen Persoal Lelaki Berperwatakan Lembut

by Naddy Joe
February 13, 2026

Usahawan dan pempengaruh terkenal Ojenn Aiwahhh meluahkan rasa kesal terhadap sikap segelintir netizen yang mempersoal lelaki berperwatakan lembut. "Lauk masyaAllah...

Read moreDetails
Lokal

Mas Khan Bersyukur Dapat Miliki Rumah Baharu-“Bismillah Untuk Perjalanan Baru Kami…”

by Naddy Joe
March 5, 2026

Pelakon, Mas Khan menitipkan rasa syukur dapat memiliki kediaman yang menjadi baharu yang bakal didiaminya bersama isteri, Anastasha Diana. Mas...

Read moreDetails
Berita

Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

by Nurul A.
February 19, 2026

Bagi menyambut kedatangan bulan Ramadan yang mulia, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan Bantuan Awal Ramadan melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA One-Off)...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  4. 4

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  5. 5

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara