Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

Fattah Amin ‘Lelaki Melayu Terakhir’ Untuk Wanna Ali? – Pertemuan Di Madinah Bawa Penyatuan Dua Rasa

by Aphit J.
August 4, 2024
Share on Facebook

Pertemuan antara dua insan yang mempunyai latar belakang yang berlainan dan juga gaya hidup yang berbeza, mencetuskan cinta luar biasa antara mereka.

Gandingan Dua Pelakon Hebat

via Media Prima

Terbaharu di slot Samarinda, drama Lelaki Melayu Terakhir yang menampilkan gandingan dua pelakon hebat, Fattah Amin dan Wanna Ali.

Drama ini bakal bersiaran di kaca TV anda bermula pada 5 Ogos 2024, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di TV3 dan strim episod baharu 24 jam lebih awal di Tonton.

Lelaki Melayu Terakhir mengisahkan tentang Jazlan (Fattah Amin) yang bergelar Ustaz, seorang pemuda yang soleh, kuat pegangan agama dan menjalani kehidupan yang sederhana serta cemerlang dalam pengajian agama Islam.

Manakala, Kasih (Wanna Ali), seorang wanita moden yang menjalani hidupnya dengan peraturan sendiri.

Alawiyah (Umie Aida), Ibu Jazlan, dan Khatijah (Liza Abdullah), Ibu Kasih, merupakan sahabat baik yang bertekad untuk menjodohkan kedua-dua anak mereka.

Walaupun pelbagai cara telahpun mereka cuba, namun usaha kedua ibu tersebut gagal berkali-kali kerana Jazlan dan Kasih tidak bersetuju atas perbezaan personaliti dan pilihan hidup masing-masing.

Jazlan berasa lega apabila dia mendapat tawaran biasiswa untuk melanjutkan pengajian di universiti di Madinah.

Tawaran ini memberi dia peluang untuk melarikan diri daripada pertunangan yang diaturkan oleh ibunya.

Menampilkan Barisan Pelakon Hebat

via Media Prima

Drama bersiri 26 episod terbitan Rumah Karya Cinta yang diarahkan oleh Amor Rizan ini menampilkan barisan pelakon ternama dan berbakat seperti Fattah Amin, Wanna Ali, Datin Seri Umie Aida, Liza Abdullah, Hazwani Helmi, Heliza Helmi, Fazlina Ahmad Daud, Nabil Aqil, Zarul Imran dan ramai lagi.

Adakah perancangan Alawiyah dan Khatijah untuk menjodohkan anak mereka berjaya?

[VIDEO] 'Dame Un Grr' Versi Fattah Amin & Irfan Haris Buatkan Ramai Cair Melihatnya!

Saksikan kisah percintaan yang luar biasa dan penuh dengan pengorbanan ini dalam drama Lelaki Melayu Terakhir menerusi slot Samarinda bermula 5 Ogos 2024, setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di TV3 dan strim episod baharu 24 jam lebih awal melalui Tonton melalui www.tonton.com.my.

Anda juga boleh muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

datin seri umie aidafattah aminfazlina ahmad daudhazwani helmiheliza helmiliza abdullahNabil AqilWanna AliZarul Imran
https://lomp.at/8efb7
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @pureluxury.mag (IG)
Budaya

5 Filem Romantik Untuk ‘Netflix & Chill’ Dengan Si Dia Semasa Hari Kekasih 2026!

by Nurul A.
February 9, 2026

Tinggal lima hari sahaja lagi sebelum Hari Kekasih tiba! Untuk pasangan yang mahu mencipta momen yang paling romantis dalam suasana...

Read moreDetails
Filem

Di Sebalik Tabir Pak Su Ammara, Ummi Nazeera Kongsi Rahsia Que Haidar

by Phic ARMAN
January 5, 2026

Spotlight hari ini MURAI nak mulakan dengan kisah di sebalik tabir drama terbaru Pak Su Ammara. Ummi Nazeera berkongsi pengalaman...

Read moreDetails
Filem

‘Akad Yang Hilang’ Bongkar Realiti Nikah Fasid & Anak Haram

by Farah Fatihah
January 15, 2026

Siapa sangka isu perkahwinan tidak sah sebenarnya bukan sekadar masalah undang-undang, tetapi boleh memberi impak besar kepada masa depan keluarga?...

Read moreDetails
Filem

5 Info Menarik Tentang “Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku?” Yang Buat Hati Penonton Tak Tenang

by Phic ARMAN
February 8, 2026

Filem Indonesia memang terkenal dengan naskhah yang pandai main emosi. Yang terbaru, Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku? kini bersedia pula mengetuk...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore