Penyanyi dan chef selebriti, Datuk Fazley Yaakob memuji sikap personaliti media sosial dan usahawan, Khairul Aming yang sangat baik dan tidak mencari kesilapan resepi ketika hadir menikmati hidangan di restoran miliknya itu.
Fazley menerusi hantaran di Instagram, dia turut memuatnaik foto kenangan bersama Khairul Aming selain menitipkan rasa bangga dengan anak muda tersebut yang berjaya menjadi ikon kegemaran rakyat Malaysia.
“Ya betul, beliau pernah datang ke salah satu restaurant saya #Minangkapau, tak ada angin sombong, tak ada ego dan tak ada sikap mencari salah resepi. Selepas tu kitaorang ambik gambar tanda kenangan.
Kebiasaannya ramai pemilik restoran kan segan atau risau bila ada chef lain yang datang makan. Risau kena kritik atau risau kena curi idea. Tapi bila Khairul Aming yang datang, rasa bangga melebihi segala-galanya, melihat seorang anak muda berjaya menjadi ikon ramai orang.”-kongsi Fazley Yaakob di Instagram
“Bagi Lah Mereka Peluang..”
Dalam pada itu, chef selebriti ini turut menitipkan pesanan kepada segelintir chef profesional untuk tidak mencari salah para pencipta konten selain banyak lagi cara untuk memberi kesedaran dan pendidkan untuk mengajar masyarakat.
“Content creator jarang ada dari golongan profesional chefs atau graduan dari sekolah memasak, tetapi mereka faham kemahuan masyarakat.
Kalau betul ada yang benar-benar nak belajar segala teknik yang betul didalam proses memasak, pasti mereka pergi ke kelas2 khas dan berguru dengan bijak pandai.
Tapi sejujurnya, kebanyakan yang nak memasak apa jua resipi mencari cara yang mudah faham dan tak sakitkan kepala. Atas sebab tu content creator memasak sering menjadi pilihan ramai.
Cuma kepada segelintir rakan2 profesional chef saya, tak perlulah mendidik dengan mencari salah content creator ini. Banyak lagi cara dan platform lain untuk memberi kesedaran dan pendidikan jika benar2 ikhlas nak mengajar masyarakat. Bagi lah diorang peluang brother!”-tambah Fazley lagi
Apa komen anda?






