Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Mungkin Saya Tiada Harapan Untuk Hidup” – Fazli Zainal Kongsi Pengalaman Dijangkiti COVID-19

Sepanjang berada di hospital, Fazli memikirkan harapannya yang berkemungkinan tipis untuk hidup

by Khai Azfar
September 1, 2021
160
KONGSIAN
Share on Facebook

Selepas bertarung nyawa akibat jangkitan COVID-19, penyanyi Fazli Zainal berkongsi khabar gembira apabila dia kini dalam proses untuk sembuh dan sudah dibenarkan keluar daripada hospital.

Lancar Lagu Baharu 

Susulan itu, Fazli atau nama sebenarnya Fadzli bin Zainal,44 berkesempatan untuk bertemu dengan pihak media secara virtual dan turut melancarkan single terbaharunya berjudul Mantan Yang Terluka pada petang Isnin. Berkongsi pengalamannya sepanjang 29 hari dirawat di hospital, Fazli akui ketika itu dia terfikir bahawa tidak lagi mempunyai harapan untuk hidup.

View this post on Instagram

A post shared by Fazli Zainal Full (@fazli_zainal)

Lebih mencemaskan, paras oksigen nya pernah berada pada tahap 55 peratus hanya kerana ingin mandi. Berikutan kejadian itu, dia tidak lagi  mandi sepanjang di hospital dan hanya membersihkan diri menggunakan penyembur air (spray) selain solat dalam keadaan baring.

“Pernah sekali saya minta kebenaran jururawat untuk mandi dan ketika berada di dalam tandas oksigen saya turun mendadak sehingga 55 peratus.

“Mujur saya dipantau jururawat dan doktor setiap masa. Bayangkanlah kalau saya teruskan mandi dalam 15 minit lagi, mungkin saya dah tak ada di dunia ini.

“Tapi alhamdulillah, saya masih boleh bersolat. Ketika di wad saya berwuduk guna spray dan solat dalam keadaan baring. Sekarang, saya nak pesan jangan abaikan solat. Tak kisahlah walau lambat pun, bersolatlah,” katanya kepada Murai.my

Terkesan Dengan Pemergian Siti Sarah 

View this post on Instagram

A post shared by Fazli Zainal Full (@fazli_zainal)

Sepanjang berada di hospital, Fazli memikirkan harapannya yang berkemungkinan tipis untuk hidup apatah lagi mendengar pelbagai perkhabaran yang menyedihkan termasuklah mengenai rakan seperjuangannya, Allahyarhamah Siti Sarah yang meninggal dunia pada awal Ogos lalu akibat COVID-19.

“Ramai orang tag saya di Instagram dan memberitahu Siti Sarah sudah tiada. Masa itu saya terfikir yang mungkin saya dah tak ada harapan untuk hidup. Saya sampai meniarap sebab sesak nafas yang amat sangat masa dengar khabar mengenai Siti Sarah, sebab hanya kami berdua yang jadi tumpuan masa itu

“Saya fikirkan tentang seksaan kubur dan saya sangat takut.

“Saya fikir perlu maafkan semua orang dan mohon mereka juga sudah maafkan saya kalau sekiranya ada salah dan silap,” katanya lagi

Berada di bawah pemantauan rakannya yang juga guru vokal terkenal, Cikgu Delly, Fazli memerlukan masa antara tiga hingga enam bulan untuk pulih sepenuhnya. Terdahulu, Fazli memaklumkan paru-parunya mengalami kerosakan hingga 75 peratus selepas mula disahkan positif pada 31 Julai lalu.

Untuk info, lagu Mantan Yang Terluka ciptaan komposer Ajai dan lirik oleh Ahmad Fedtri Yahya bakal diperdengarkan di semua platform digital tidak lama lagi.

covid-19Fazli zainal
https://lomp.at/g7j7s
Share64Tweet40SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Khairul Aming Dimasukkan Ke Hospital, Sempat Pesan- “Jangan Lupa Minum Air Guys..”

by Naddy Joe
January 22, 2026

Perkongsian personaliti media sosial, Khairul Aming mencetuskan pelbagai reaksi peminat selepas dia terpaksa dimasukkan ke salah sebuah hospital di ibu...

Read moreDetails
Foto - @ctdk (IG) / @mohammadnohbinsalleh (IG)
Lokal

Selesai Jalani Pembedahan, TokTi Saran Noh Salleh Berehat Seketika- “Rehat Dulu Jangan Buat Show”

by Nurul A.
January 21, 2026

Vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh selamat menjalani pembedahan tulang belakangnya di Pusat Pakar Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKMSC) semalam. Berkongsi di...

Read moreDetails
Lokal

Ibu Mentua Sharifah Shahora Meninggal Dunia

by Naddy Joe
January 8, 2026

Ibu mentua kepada pelakon dan pelawak, Sharifah Shahora iaitu YM Tengku Julia Binti Tengku Mahmud telah pergi mengadap Illahi pada...

Read moreDetails
Lokal

Ezzanie Jasny Kongsi Keadaan Terkini Selepas Terlibat Kemalangan Dengan Ibu Bapanya-“Saya Alami Pendarahan..”

by Naddy Joe
January 15, 2026

Pelakon, Ezzanie Jasny tampil menceritakan keadaannya yang sebelum ini mengalami kemalangan jalan raya bersama ibu bapanya pada Ahad. Dirawat Di...

Read moreDetails
Lokal

“Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

by Naddy Joe
February 25, 2026

Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri mengakui bukan mudah untuk menyelenggara rumah agam 28 bilik miliknya di Petaling Jaya....

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  3. 3

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

  4. 4

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore