Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita

[VIDEO] Fazura ‘Packing’ Pakaian Fatima Untuk Melancong Dengan Fattah Amin, Netizen Tersentuh!

by Naddy Joe
August 18, 2025
Share on Facebook

Pelakon dan penyanyi popular, Nur Fazura membuatkan rata-rata ibu tersentuh selepas berkongsi momennya sedang mengemas pakaian puteri sulungnya, Fatima yang bakal pergi melancong bersama bapanya, Fattah Amin.

Menerusi video yang dimuatnaik di TikTok, Fazura dilihat sedang memilih pakaian yang sesuai sambil dibantu pembantu rumahnya sebelum Fatima bercuti bersama Fattah ke Disneyland Tokyo hari ini.

“Pack with me for Fatima’s trip to Disneyland tomorrow 🩷🫶🏻✈️.”-kapsyen Fazura di TikTok

@fazuraofficial

Pack with me for Fatima’s trip to Disneyland tomorrow 🩷🫶🏻✈️ #NurFatimaAisya #daughter #Iloveyou #behappy #besafe

♬ original sound – Nur Fazura

“Macam Tu Rasanya Bila Mak Bapa Bercerai..”

Perkongsian Fazura dibanjiri komen netizen yang rata-ratanya para ibu yang meluahkan rasa pilu melihat Fazura mengemas pakaian Fatima yang bercuti di luar negara tanpanya.

“Video ni takdela video sedih pun, tapi mata aku berair dah kenapa. Macam tu rasanya bila mak bapa bercerai erk. Kena travel asing-asing erm.”

“Anak nak fly jauh weyh. Touching la kita tengok kak Faz packing. Siap kiss pulak tu.”

“Saya harap kak Faz dan ex husband boleh travel bersama-sama dengan Fatima satu hari nanti.”

“Mak-mak memang macam ni. Mak-mak je faham sebab kita mahu yang terbaik untuk baby kita. Tak kira la baby dah umur berapa.”

“Aku touching weyh. Berombak mata aku ni. Kak Faz. Moga kak Faz jadi mommy yang berjaya untuk Fatima.”

“Kita pulak yang sebak. Mesti sedih berpisah sementara dengan nyamma. Udah ler jauh. Takpe mommy Fatima, jangan sedih-sedih okay?.”

“Fazura tak pentingkan diri sendiri. Demi anak dan ex, terpaksa berkorban untuk kebaik bersama.”

Sekadar info, Nur Fazura dan Fattah Amin pernah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Walaubagaimanapun, pasangan ini membuat keputusan untuk berpisah pada Oktober 2024.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya, 5 tahun.

[VIDEO] "Tak Lama Lagi Dah Kenduri, Dapat Info Dari Orang Dalam" - Netizen Doakan Fattah Amin
fattah aminfazuraNur Fatima Aisya
https://lomp.at/0mbhc
Share3Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @zarazya (IG)
Lokal

Zara Zya Anggap Gangguan Mistik Mungkin Penyebab Sukar Temui Jodoh

by Nurul A.
February 4, 2026

Pelakon Zara Zya menjadi perhatian ramai apabila berkongsi pengalaman mistik yang dialaminya selama lebih 10 tahun. Zara atau nama sebenarnya...

Read moreDetails
Foto - @ritrud727 (IG)
Lokal

[VIDEO] Tetap Solat Walaupun Tepi ATM, Sikap Rita Rudaini & Anak Tuai Pujian

by Nurul A.
January 6, 2026

Pelakon Rita Rudaini baru-baru ini mencuri perhatian apabila berkongsi sebuah momen yang cukup istimewa bersama dua orang anaknya, Airit Rayyan...

Read moreDetails
Foto - @iqbaljamalulleil (IG)
Lokal

Kongsi Da’i Syed Sudah Bertaubat, Adik Tampil Mohon Maaf

by Nurul A.
January 26, 2026

Penyanyi Syed Iqbal Jamalulleil, iaitu adik kepada pendakwah bebas selebriti Da'i Syed baru-baru ini tampil memohon maaf secara terbuka selepas...

Read moreDetails
Spotlight

Dulu Dilabel Kayu, Lakonan Sharifah Rose Akhirnya Bersuara Sendiri

by Phic ARMAN
February 6, 2026

Drama Doa Yang Terlindung yang kini bersiaran menerusi Slot Akasia nyata mencuri perhatian penonton, bukan sahaja kerana jalan ceritanya, malah...

Read moreDetails
Berita

AirAsiaX Selesai Pengambilalihan & Ini 3 Fakta Yang Perlu Anda Faham

by Phic ARMAN
January 19, 2026

AirAsiaX baru sahaja menyelesaikan pengambilalihan AirAsia Berhad (AAB) dan AirAsia Aviation Group Limited (AAAGL) daripada Capital A. Langkah ini bukan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore