Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Fazura Umum Bersara Dari Berlakon Drama-“Tapi Kalau Dari Segi Filem..”

by Naddy Joe
January 23, 2026
10
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon, Fazura membuat pengumuman rasmi apabila dia membuat keputusan untuk mengundur diri daripada bidang lakonan khususnya penggambaran drama televisyen di semua stesen penyiaran.

Pengumuman itu dibuat sendiri oleh Fazura yang mengambil kira pelbagai faktor termasuklah fokusnya terhadap keluarga.

Masih Terbuka Untuk Bintangi Filem Malaysia & Indonesia

Biarpun mengambil keputusan untuk bersara daripada sebarang projek drama, pelakon filem Pisau Cukur ini masih terbuka untuk membintangi mana-mana projek filem yang sesuai di Malaysia dan Indonesia.

“Sejujurnya saya secara rasminya bersara daripada berlakon drama di semua stesen televisyen di Malaysia.

Tapi kalau dari segi filem, saya masih terbuka, bergantung kepada projek yang sesuai. Tapi Faz fokus kepada filem di Malaysia ada, dan juga di Indonesia.

Tapi kalau dari segi drama, memang saya secara rasmi, saya dah bersara dari semua lakonan di semua stesen televisyen Malaysia.”-kata Fazura kepada Murai MY

Mula Sertai Kelas Vokal

Tambahnya lagi, dia mengakui masih mahu menghasilkan karya lagu disebabkan minat yang dalam terhadap nyanyian. Malah, pelakon dan penyanyi berusia 42 tahun ini turut menyertai kelas vokal untuk memperbaiki kualiti nyanyiannya itu.

“Mungkin ada perancangan daripada Universal juga, tengoklah macam mana. Saya memang masih mahu menghasilkan lagu-lagu. Sekarang juga saya sudah mula menyertai kelas vokal.

Kerana saya bukanlah benar-benar seorang penyanyi, saya adalah pelakon. Tetapi minat terhadap nyanyian itu masih ada. Mudah-mudahan bakal ada lagi karya yang menarik, insyaAllah saya terima.”-kata Fazura lagi

Fazura ditemui Murai MY di acara Jakel Fenomena Raya 2026 pada malam khamis yang turut menampilkan kolaborasi eksklusif bersama pelakon jelita tersebut.

Pertunjukan fesyen ini turut diserikan dengan kehadiran barisan duta utama Jakel Raya 2026, yang terdiri daripada selebriti dan personaliti terkenal tanah air, iaitu Nabil Ahmad dan famili, Achey dan famili, Senario, Cik Epal & Ammar, Elly Mazlein, Kamal Adli dan Que Haidar.

[VIDEO] Dikecam Kerana Gemar Sentuh Wajah Orang, Datin Patimah Bela Fazura- "Itu Tanda..."
fazura
https://lomp.at/p9ton
Share4Tweet3SendShare

KINI TRENDING

Foto - @hrisbismail (IG)
Lokal

PU Riz Balas Kritikan Tak Beri Teguran Pada Keluarga- “Simpan Kurang Cerdik Pada Diri Sendiri”

by Nurul A.
February 11, 2026

Pendakwah bebas, PU Riz tampil memberi penjelasan susulan kritikan orang ramai yang mendakwa dirinya tidak lantang memberi teguran kepada ahli...

Read moreDetails
Lokal

“Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

by Naddy Joe
February 25, 2026

Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri mengakui bukan mudah untuk menyelenggara rumah agam 28 bilik miliknya di Petaling Jaya....

Read moreDetails
Gossip

Radin ERA Bersuara Selepas Dipersoal Netizen Tak Mulakan Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella ‘On Time’

by Naddy Joe
February 16, 2026

Penyampai radio dan pengacara, Radin ERA tampil memberi respon terhadap komen netizen yang mempersoalkan dirinya yang dikatakan tidak memulakan konsert...

Read moreDetails
Lokal

Uqasha Senrose Tegur Sikap Netizen Terlalu ‘Over’ Dengan Isu Cerai-“Jangan Lebih-Lebih!..”

by Naddy Joe
January 13, 2026

Pelakon, Uqasha Senrose tampil memberikan teguran terhadap netizen untuk tidak bersikap terlalu melebih-lebih terhadap isu penceraiannya bersama aktor, Kamal Adli...

Read moreDetails
Musik

‘Mungkin Ada Ramai Yang Pendam Perasaan’- Ella Ajak Healing?

by Phic ARMAN
January 18, 2026

Stadium Merdeka bakal berubah menjadi ‘ruang penyembuhan’ terbesar di Kuala Lumpur pada 24 Januari 2026 apabila Healing Nite 2026 berlangsung...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  5. 5

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara