Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita

[VIDEO] Dikecam Kerana Gemar Sentuh Wajah Orang, Datin Patimah Bela Fazura- “Itu Tanda…”

by Nurul A.
August 5, 2025
Foto - @missfazura (IG) / @patimah.50 (IG)

Foto - @missfazura (IG) / @patimah.50 (IG)

Share on Facebook

Ramai yang tahu betapa mesra dan ramahnya Fazura dengan orang sekeliling, terutamanya ahli keluarga, rakan serta peminat. Dan baru-baru ini, kemesraannya itu telah mendapat kecaman orang ramai apabila Fazura menghadiri majlis resepsi Luna Maya dan Maxime Bouttier di Jakarta, Indonesia.

Ini kerana muncul beberapa video yang memaparkan Fazura atau nama penuhnya Nur Fazura, dilihat gemar memegang dan menyentuh wajah-wajah rakannya di majlis resepsi tersebut. Tingkah lakunya itu sedikit sebanyak telah mengundang rasa kurang senang dalam kalangan pengguna media sosial.

@syaneem.co

Fazura & Nagita Slavina

♬ original sound – syaneem – syaneem

Salah satu video yang tular, Fazura telah menyentuh dan memegang wajah Nagita Slavina iaitu isteri Raffi Ahmad semasa sedang berbual. Netizen yang melihat situasi itu mengatakan Fazura “terlebih mesra” membuatkan rakannya dan orang sekeliling berasa kurang selesa.

Walau bagaimanapun, satu komen berkenaan video yang memaparkan aksi Fazura yang “terlebih mesra” itu telah mencuri perhatian Murai. Komen yang ditulis oleh Datin Patimah, isteri kepada pengarah Datuk Yusof Haslam, telah mendapat pujian ramai.

Foto – @missfazura (IG) / @syaneem.co (TikTok)

Dalam komen tersebut, Datin Patimah menyifatkan tingkah laku Fazura itu sebagai tanda kemesraan antara rakan. Datin Patimah juga memberi sokongan dan membela pelakon itu, mengatakan apa yang dilakukan oleh Fazura itu tidak salah dan ia menunjukkan Fazura adalah seorang yang ramah dengan orang sekelilingnya.

“Apa dosanya sentuh muka kawan-kawan itu tanda mesra dan peramah.”

Foto – @beautifulnaradotcom (IG)

Walaupun ramai yang memuji tindakan Datin Patimah tampil membela Fazura, tetapi ada segelintirnya kurang bersetuju.

“@syedredzuawan ni betul not everyone comfortable bila diusap muka macamtu boleh rosakkan makeup seseorang & usik tudung orang. Orang kata biar beradap jangan try to potray u ni loving. Maybe u can do that to your own children but not to other…”, tulis @syirinanne.

“@patimah.50 janganlah suka-suka sentuh muka orang. Tak semua orang juga. Semua masuk dalam adab juga. Sana nak nasihat, jangan marah ya”, tulis @am_17284.

“@syirinanne agree with you. Jangan anggap remeh pasal pegang sana sini tang muka pulak tu ishh”, tulis @rossemirran77.

@syaneem.co

Fazura & Tissa Biani

♬ original sound – syaneem – syaneem

Selain daripada Nagita Slavina, Fazura juga dikecam kerana reaksi Syahnaz Sadiqah dan Tissa Biani yang kurang selesa apabila wajah mereka disentuh. Apa pendapat kamu?

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Datin Patimahfazurafazura sentuh muka orangnagita slavinasyahnaz sadiqahtissa biani
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

REVIEW HONOR X9e Pro: Bukan Sekadar Tahan Lasak, AI Pun Makin Bijak

by Phic ARMAN
September 25, 2026

Telefon dengan AI sekarang bukan benda pelik. Hampir setiap kali ada pelancaran telefon baharu, perkataan AI mesti muncul entah berapa...

Read moreDetails
Berita

Bukan Rokok Sahaja, Ini Antara Barangan Yang Cuba Diseludup Masuk Malaysia Bernilai RM2.05 Bilion

by Phic ARMAN
September 30, 2026

Penyeludupan bukan sekadar cerita tentang rokok atau minuman keras yang cuba dibawa masuk secara senyap-senyap. Di sebalik kegiatan ini, ada...

Read moreDetails
Berita

Gardenia Semarakkan Merdeka 2026, 5,000 Cenderahati Buat Pengunjung

by Phic ARMAN
September 1, 2026

Bila sebut sambutan Hari Kebangsaan, bukan hanya perarakan dan kibaran Jalur Gemilang yang mencuri perhatian. Tahun ini, Gardenia Bakeries (KL)...

Read moreDetails
Berita

“Kalaulah Saya Tahu Itu Pertemuan Terakhir Kita”- Syed Saddiq Kenang Tun Siti Hasmah

by Phic ARMAN
September 28, 2026

Ada pertemuan yang kita sangka biasa-biasa sahaja, tetapi rupanya menjadi kenangan terakhir yang akan dibawa sepanjang hayat. Begitulah yang dirasakan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Guna Barang Dapur Sahaja, Ini Caranya Untuk Putihkan Ketiak

  2. 2

    Petua Orang Dulu, 3 Bahan Ini Boleh Lebatkan Kembali Rambut Yang Gugur

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara