• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Korea

Festival Muzik K-WAVE 3: 39 Artis K-pop Bakal Gegarkan Stadium Malawati

by Phic ARMAN
June 29, 2018
Share on Facebook

Selepas 7 bulan berlalu, Festival Muzik K-WAVE 3 dibawakan khas oleh Mcalls anjuran MacpiePro dengan kerjasama MSR kini kembali memeriahkan industri hiburan tempatan.
Barisan artis seperti FTISLAND, EXID, MONSTA X, AOA, JEONG SEWOON, WJSN dan
BOYFRIEND akan mencetuskan gelombang di Stadium Malawati, Shah Alam pada 18hb
Ogos 2018 jam 8 malam.

FTISLAND
EXID

39 Artis Beraksi Dalam 7 kumpulan

Apa yang menarik kali ini, sebelum ini selama dua tahun berturut-turut festival muzik ini
diadakan di tempat terbuka, kali ini penganjur memilih untuk mengadakannya di stadium
tertutup sekali gus memberi peluang kepada peminat untuk melihat 39 idola mereka beraksi dalam 7 kumpulan lebih daripada 120 minit.

Harga Tiket Bermula RM34

Lebih istimewa, peminat K-pop yang berusia antara 15-17 tahun (lahir pada tahun 2001
hingga 2003) berpeluang untuk menyaksikan konsert itu dengan harga tiket bernilai RM34.

Kelompok yang sama serta pengguna Mcalls diberi keistimewaan untuk menyaksikan
konsert itu hampir percuma iaitu hanya dengan menebus Pakej Masuk, iaitu dengan cara
membayar hanya wang pemprosesan sebanyak RM4.

Pakej Masuk ke festival berkenaan merangkumi (tiket konsert + yuran pemprosesan + Sim
Pek Mcalls Y33) yang menawarkan harga antara RM34 hingga RM498. Jualan untuk orang
ramai akan bermula pada 1hb Julai jam 12pm.

Sementara itu, pengguna Mcalls pula diberi keutamaan untuk membeli Pakej Masuk dua hari lebih awal berbanding pembeli lain iaitu pada 29hb dan 30hb Jun. Semua Pakej Masuk boleh didapati dengan melayari laman web www.mcalls.asia/kwave3.

Sila semak laman Facebook MacpiePro di @MacpiePro ataupun melayari laman web rasmi
www.macpiepro.com untuk maklumat lanjut mengenai Festival Muzik K-WAVE 3 dibawakan khas oleh Mcalls ini.

FESTIVAL MUZIK K-WAVE 3 DIBAWAKAN KHAS OLEH MCALLS
Tarikh: 18hb Ogos (Sabtu)
Masa: 8pm
Tempat: Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor.

PAKEJ MASUK- JUALAN KHAS MCALLS (Eksklusif untuk pengguna Mcalls)
Tarikh: 29hb dan 30hb Jun 2018 (Jumaat dan Sabtu)
Masa: 12pm

PAKEJ MASUK – JUALAN UNTUK ORANG AWAM
Tarikh : 1hb Julai 2018 (Ahad)
Masa: 12pm

CARA MEMBELI
www.mcalls.asia/kwave3

HARGA PAKEJ MASUK (termasuk tiket konsert + yuran pemprosesan RM4 + SIM PEK
Mcalls Y33 bernilai RM30)

Berdiri Bebas
• RM478 (Rock Zone)

Tempat Duduk Bernombor
• RM498 (Long TV Zone M)
• RM398 (Mbooster Zone C)
• RM368 (Ecolite Zone Q (L), Dutch Lady Zone Q (R))
• RM298 (JBL Zone A)
• RM208 (Schwarzkopf Professional Zone L)
• RM168 (Ecolite Zone P (L), Dutch Lady Zone P (R))
• RM98 (Ecolite Zone S (L), Dutch Lady Zone S (R))
• RM34 (Alpha Youth Package – Zone S (Berusia antara 15-17, lahir pada tahun 2001-2003)

AOAEXIDFestival Muzik K-WAVE 3FTISLANDJEONG SEWOONmcallsMONSTA XWJSN
https://lomp.at/zxxr6
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Sosial Buzz

Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

by Phic ARMAN
January 13, 2026

Dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan pendedahan berani oleh pelakon cilik, Alqar Sahar, yang tampil meluahkan kisah hitam mendalam melalui laman...

Read moreDetails
Insentif

SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

by Ayu Kamaruddin
January 8, 2026

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan terus diperkukuh pada 2026 apabila Kementerian Kewangan (MoF) mengumumkan beberapa penambahbaikan strategik bagi memastikan...

Read moreDetails
via AI Generated
Selera

Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

by Farah Fatihah
January 10, 2026

Biasanya, bila sebut Negeri Sembilan, ramai yang terus terbayang keenakan masak lemak cili api yang pedas berlemak. Namun, jarang pula...

Read moreDetails
via AI Generated
VMY2026

Wow! Tasik Warna Biru Kehijauan Ini Rupanya Ada Di Terengganu

by Farah Fatihah
January 10, 2026

Siapa sangka, sebuah tasik yang sebelum ini hanya dikenali oleh penduduk tempatan kini menyimpan keindahan luar biasa? Lubuk Mandi, atau...

Read moreDetails
Foto - The Star
Insentif

MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

by Nurul A.
January 6, 2026

Bermula 9 Januari ini, individu yang layak akan mula menerima bantuan MyKasih 2026 yang akan dikreditkan ke dalam MyKad. Untuk...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

  2. 2

    SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

  3. 3

    Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

  4. 4

    Wow! Tasik Warna Biru Kehijauan Ini Rupanya Ada Di Terengganu

  5. 5

    MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore