Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

Sarimah Ibrahim ‘Comeback’! Ini 7 Kejutan Menanti Anda Di FFM32 Pada 2 Disember Ini

by Phic ARMAN
November 26, 2022
Foto - Instagram @sarimahibrahim

Foto - Instagram @sarimahibrahim

Share on Facebook

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dengan kerjasama Persatuan-persatuan Perfileman Malaysia Dan Disokong Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) akan menganjrkan Festival FIlem Malaysia ke-32 pada 2 Disember ini pada jam 9 malam dan siaran langsung di TV2, RTM. Sidang media yang berlangsung semalamdi Hotel Swiss Garden, KL menyaksikan beberapa kejutan telah di umumkan. Jom semak di bawah.

1. Berlangsung Di Melaka

VIA Tripdadvisor

Bukan di PWTC mahupun di PICC,  kemuncak anugerah FFM-32 berlangsung di Encore, Melaka. Encore Melaka yang merupakan teater terbesar di Asia Tenggara di mana ia boleh memuatkan sehingga 2000 penonton dalam satu masa.

2. Che Puan Sarimah Ibrahim Buat Comeback

VIA Instagram @sarimahibrahim

Lama kita tidak lihat pengacara yang sangat bertenaga, Che Puan Sarimah Ibrahim, mengendalikan anugerah berprestij. Kali ini Sarimah diberi mandat bergandingan dengan Awal Ashaari  menjadi hos pada malam tersebut.

3. Pengenalan Filem Antarabangsa

Pengerusi FINAS, YB Senator Datuk Seri Zurainah Musa menyifatkan FFM32 sebagai manifestasi kepada usaha kerajaan memperkasakan industri perfileman negara melalui beberapa pembaharuan seperti pengenalan Anugerah Khas Filem Antarabangsa.

4. Persembahan Dari Artis Terkenal

FFM32 akan diserikan dengan persembahan penyanyi hebat termasuk Siti Nordiana, Azlan & The Typewriters, Ernie Zakri, Marsha, De Fam, Han Byul, Amir Masdi, dan Hazama.

Antara penyampai anugerah pula ialah Maya Karin, Ummi Nazeera, Hairul Azreen, Adrian Teh, Jasmine Suraya, Faizal Hussien, Hanis Zalikha, Ashraf Muslim, Namron, Fify Azmi, Sangeeta, Zul Ariffin, dan Jason Chong.

5. Pertama Kali Anugerah Seniman dan Seniwati Sepanjang Zaman diwujudkan

Sejak FFM diadakan, buat pertama kali Anugerah Seniman dan Seniwati Sepanjang Zaman diwujudkan tahun ini sebagai menghargai bakat dan sumbangan mereka dalam industri perfileman. Bertemakan “Filem Kita Citra Kita” Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) mewujudkan kategori berkenaan yang merupakan dua diantara empat kategori baru sempena festival kali ini.

Alicia Amin Pertahan Meerqeen Yang Dikecam Makin Berisi?

Primadona Seniwati Datuk Dr. Sarimah Ahmad, Seniwati Datuk Seri Maria Menado, Seniwati Zaiton dan Seniwati Datuk Rosnani Jamil antara yang dicalonkan. Manakala Seniman Mat Sentol dan Seniman Wahid Satay untuk kategori Anugerah Seniman.

6. Tumpuan Diberikan Kepada Datuk Zahim Al-Bakri

Filem Split Gravy arahan Datuk Zahim Al-Bakri meraih pencalonan terbanyak dengan 14 kategori. Filem itu tercalon untuk kategori Rekaan Busana Terbaik, Penataan Seni Terbaik, Skor Muzik Asal Terbaik, Lagu Tema Terbaik, Sinematografi Terbaik, Penyunting Terbaik, Pelakon Wanita Harapan (Bernie Chan dan Joelah Charles) dan Pengarah Harapan.

Ia turut dicalonkan untuk kategori Cerita Asal Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Juliana Ibrahim), Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Datuk Zahim Albakri), Pelakon Wanita Terbaik (Bernie Chauly), dan Pelakon Lelaki Terbaik (Datuk Rahim Razali).

7. Pertama Kali, model terkenal Alicia Amin tercalon dalam Anugerah

Siapa sangka, jika sebelum ini Alicia Amin terkenal dalam dunia peragaan kini dia telah mencipta nama dalam dunia lakonan sehingga tercalon FFM32. Alicia yang membintangi filem The Disappearance of Irdina Adhwa turut tercalon Pelakon Wanita Harapan.

Pada kemuncak anugerah itu lebih 1,400 jemputan termasuk 250 artis tercalon serta 21 artis veteran dari Singapura dan tempatan bakal memeriahkan acara.

alicia aminawal ashaariFestival filem malaysiaFFMsarimah ibrahim
https://lomp.at/rxrke
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Filem

5 Info Menarik Tentang “Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku?” Yang Buat Hati Penonton Tak Tenang

by Phic ARMAN
February 8, 2026

Filem Indonesia memang terkenal dengan naskhah yang pandai main emosi. Yang terbaru, Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku? kini bersedia pula mengetuk...

Read moreDetails
Filem

‘Akad Yang Hilang’ Bongkar Realiti Nikah Fasid & Anak Haram

by Farah Fatihah
January 15, 2026

Siapa sangka isu perkahwinan tidak sah sebenarnya bukan sekadar masalah undang-undang, tetapi boleh memberi impak besar kepada masa depan keluarga?...

Read moreDetails
Filem

Balik Raya Asyik Kena Soal ‘Bila Nak Kahwin’? Iklan Raya “Bila” Arahan Nadhir Nasar Tayang 7 Mac Ini

by Farah Fatihah
March 6, 2026

Sempena kedatangan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, Laugh Out Loud Entertainment Sdn Bhd melancarkan iklan Raya terbaharu berjudul “Bila”...

Read moreDetails
Foto - @pureluxury.mag (IG)
Budaya

5 Filem Romantik Untuk ‘Netflix & Chill’ Dengan Si Dia Semasa Hari Kekasih 2026!

by Nurul A.
February 9, 2026

Tinggal lima hari sahaja lagi sebelum Hari Kekasih tiba! Untuk pasangan yang mahu mencipta momen yang paling romantis dalam suasana...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  5. 5

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore