Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

“Jasa Beliau Pada Industri Sangat Besar”-Fizz Fairuz Titip Harapan Bell Ngasri Patut Menang Anugerah Sepanjang Hayat

Fizz Fairuz berpendapat bahawa Bell Ngasri telah memberikan jasa yang besar terhadap industri seni

by Naddy Joe
December 10, 2021
Share on Facebook

Pelakon, Datuk Fizz Fairuz titip harapan agar pelakon dan pelawak Bell Ngasri berbakat seharusnya diberikan anugerah sepanjang hayat di atas jasanya terhadap seni.

Mahu Bell Ngasri Dapat Anugerah Sepanjang Hayat

Menerusi posting di Instagram, Fizz Fairuz berpendapat bahawa Bell Ngasri telah memberikan jasa yang besar terhadap industri seni. dan berharap pihak Festival Filem Malaysia memberikan anugerah kepada Bell Ngasri yang telah menjadi pelakon, pengacara, dan pelawak sejak tahun 1990.

“Hope jugak @officialffm31 angkat bakat anak seni @bellngasri sebagai anugerah sepanjang tahun.. Jasa beliau pada industri sangat besar. Mohon pandang jasa beliau pada industri sekian lama dia dalam dunia seni ini. Hope ada sinaran untuk anak-anak seni tanahair..Aminn”-Fizz Fairuz

Akui Tidak Pernah Menang Anugerah Sejak Kecil 

Terdahulu, pada minggu kelapan Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM21), Bell Ngasri menjadi perhatian selepas melontarkan dialog bahawa dia tidak pernah memenangi sebarang anugerah walaupun telah mula menjadi pelakon dan pelawak sejak kecil menerusi segmen pertama pertandingan dengan tema Majlis Keraian.

“Aku dari kecil melawak tak pernah menang satu anugerah pun.”-Bell Ngasri

Selain itu, satu lagi dialog Bell Ngasri yang telah membuka mata banyak pihak adalah apabila dia menyebut sudah lapan kali menyertai Maharaja Lawak Mega dan tujuh kali telah tersingkir awal.

“Aku lapan kali dah masuk MLM, tujuh kali tersingkir awal. Minggu kelapan ini paling jauh yang aku pergi.”-Bell Ngasri

Ada betulnya dialog yang telah dilontarkan oleh Bell Ngasri itu. Dia sudah lama berkecimpung dalam industri seni tetapi masih tiada pihak terlibat yang menghargai bakatnya…

Warden Parkir Kejar Bell Ngasri di New Zealand Bukan Sebab Saman, Tapi Nak Autograf – "Fattah Amin Tepi Dulu!"
bell ngasriDatuk Fizz Fairuz
https://lomp.at/qlvcw
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

Abby Abadi Beri Respon Kenyataan Umisya-“Jangan Berlebihan Mereka-Reka Cerita…”

by Naddy Joe
April 1, 2026

Pelakon, Abby Abadi tampil memberi penjelas selepas kenyataannya mengenai rumah tangga anak perempuannya, Marissa Dania dan Aslam menimbulkan salah faham...

Read moreDetails
Gossip

Radin ERA Bersuara Selepas Dipersoal Netizen Tak Mulakan Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella ‘On Time’

by Naddy Joe
February 16, 2026

Penyampai radio dan pengacara, Radin ERA tampil memberi respon terhadap komen netizen yang mempersoalkan dirinya yang dikatakan tidak memulakan konsert...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  2. 2

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  3. 3

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  4. 4

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  5. 5

    Anne Ngasri Dilantik Sebagai Pengerusi Hotel Premiera Kuala Lumpur

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara