• Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Hollywood

10 Selebriti Hollywood Yang Menjalani Kehidupan Sebagai Biseksual

by Ayden Mikhael
February 27, 2018
13
KONGSIAN
Share on Facebook

Menjadi seorang selebriti mesti sudah tentu perlu bersedia jika dunia peribadi mereka diganggu oleh orang luar. Kehidupan peribadi mereka selalu mengundang rasa ingin tahu kepada netizen, termasuk tentang kehidupan percintaan mereka.

Tidak seperti dunia hiburan tanah air, selebriti Hollywood lebih terbuka dengan kehidupan peribadi mereka. Walaupun ada beberapa selebriti yang memilih untuk tidak mendedahkan kehidupan peribadinya, namun ada yang berani secara terbuka menceritakan kepada khalayak. Termasuk seksualiti mereka yang menyimpang dari agama Islam.

Ada sesetengah selebriti yang mendedahkan bahawa mereka sebenarnya adalah biseksual atau lebih difahami dengan lebih ke arah jantina dan seksual yang sama jenis.

Pengakuan mereka ada membuat peminat-peminat mereka gembira dan ada yang hampa dengan pengakuan mereka itu. Siapakah selebriti Hollywood tersebut? Murai MY akan mendedahkan 10 orang selebriti yang mengaku yang bahawa mereka adalah biseksual.

Megan Fox

Sejak namanya meletup selepas kemunculan beliau dalam filem The Transformers, nama Megan Fox menjadi salah satu selebriti yang sering digunakan sebagai simbol seks di Hollywood. Selebriti 31 tahun itu tidak teragak-agak untuk mendedahkan bahawa dia seorang biseksual.

Kenyataan itu dibuat dalam temu bual dengan majalah CQ pada 2008 lalu. Isteri Brian Austin Green mendakwa mempunyai daya tarikan kepada wanita dan tidak menolak jika ada yang mengingin menjalin hubungan dengan sesama jenis bersama beliau.

Lady Gaga

Lady Gaga merupakan salah satu ikon musik pop yang sering dikaitkan dengan LGBT. Penyanyi lagu Bad Romance dianggap sebagai ikon gay untuk golongan LGBT.

Tahun 2009, Gaga pernah mengaku kepada Barbara Walters bahawa dia memiliki hubungan sejenis bersama lelaki dan perempuan. Bahkan beliau mengekspresikan tentang seksualiti beliau sebagai biseksual dalam lagu Poker Face.

Ezra Miller

https://www.instagram.com/p/B2BzN9kA_kJ/

Ezra Miller merupakan seorang pelakon yang terkenal untuk filem The Perks Of Being a Wallflower, Fantastic Beasts, Where to Find Them dan Justice League. Aktor berusia 25 tahun ini pernah memberitahu bahawa dirinya agak aneh dan pelik ketika ditemubual dalam majalah Out pada tahun 2012.

Ezra memberitahu bahawa dirinya bukanlah seorang gay, tetapi beliau memberitahu bahawa dirinya ‘aneh’ saat wawancara dengan majalah Out pada tahun 2012.

Ezra mengatakan bahawa dirinya bukanlah seorang gay, tetapi dia tidak menutup kemungkinan untuk menjalin hubungan dengan sesiapa yang dicintai.

Lauren Jauregui

Salah seorang anggota Fifth Harmony secara terbuka mengaku sebagai seorang biseksual melalui surat terbuka kepada penyokong Donald Trump semasa pilihan raya presiden AS pada 2016.

Lauren menulis sebuah kalimat “Saya seorang wanita Kuba-Biseksual, dan saya sangat berbangga dengan itu.”

Amber Heard

Tahun 2010, Amber Heard membuat kenyataan bahawa beliau adalah seorang biseksual. Pada ketika itu, janda kepada isteri Johnny Deep ini sedang berada di puncak karier yang membuatkan beliau kehilangan beberapa pekerjaan akibat kenyataan tersebut. Kini Amber Heard tetap aktif menyuarakan hak-hak untuk komuniti LGBT.

Billie Joe Armstrong

Billie Joe Armstrong merupakan frontman sekaligus vokalis untuk kumpulan band Green Day. Sebagai seorang ikon musik rock tahun 1990-an, Billie adalah seorang selebriti yang berani mendedahkan kehidupan peribadi beliau.

Dalam sebuah wawancara bersama The Advocate pada 1995, Brian yang sudah berkahwin dengan isterinya selama 25 tahun tersebut mengaku sudah lama menjadi seorang biseksual.

Kristen Stewart

Nama Kristen Stewart naik secara mendadak setelah membintangi filem Twilight dan kisah cintanya bersama Robert Pattinson yang mencuri perhatian netizen. Setelah hubungan mereka berdua putus, Kristen didapati menjalin hubungan dengan beberapa orang perempuan.

Meskipun tidak pernah menceritakan mengenai kisah cintanya dengan kekasih perempuannya,  ada temubual bersama Kristen dalam sebuah majalah pada tahun 2017 lalu, Kristen memberi pandangan mengenai biseksual yang beliau anggap wajar terjadi pada seseorang.

Angelina Jolie

Angelina Jolie pernah berkahwin sebanyak 3 kali, termasuk dengan Brad Pitt yang menjadi suami terakhirnya. Sebelum berkahwin dengan Billy Bob Thornton yang merupakan suami pertamanya, Jolie pernah membuat pengakuan kepada majalah Girlfriends pada 1997 bahawa beliau pernah mempunyai perasaan kepada rakan sekerja beliau dalam filem Foxfire iaitu Jenni Shimizu.

Drew Barrymore

Pelakon filem Charly’s Angels, Drew Barrymore membuat pengakuan yang tergempar. Pada tahun 2003 saat temubual oleh Contact Music, aktres berusia 43 tahun tersebut mengaku bahawa dirinya adalah seorang biseksual. Drew mengaku ketika beliau masih muda, beliau sering keluar dating bersama dengan kawan-kawan perempuan beliau.

Fergie

Sebelum berkahwin dengan pelakon Josh Duhamel pada tahun 2009 sehingga 2017, Fergie sudah mendedahkan dengan dirinya yang merupakan seorang biseksual pada pertengahan tahun 2000-an. Tahun 2010, kepada The Advocate, Fergie mengatakan bahawa beliau tertarik ketika melihat perempuan yang cantik dan sangat selesa semasa menjalin hubungan dengan sesama jenis.

Angelina JolieDrew BarrymorefergieKristen Stewartlady gaga\megan fox
https://lomp.at/pk17g
Share9Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @davidbeckham (IG)
Hollywood

David Beckham Ada Hubungan Sulit? Ini Cerita Dari Victoria Beckham

by Nurul A.
October 24, 2025

Penyanyi dan pereka fesyen, Victoria Beckham baru-baru ini bersuara tentang isu lama berhubung dakwaan hubungan sulit suaminya iaitu David Beckham....

Read more
Foto - @kimkardashian (IG)
Hollywood

Hampir Dibunuh, Kim Kardashian Dedah Orang Terdekatnya Upah Pembunuh Upahan- “Saya Takut…”

Dalam treler "The Kardashians" yang baru dikeluarkan, bintang realiti Kim Kardashian mendedahkan bahawa penyiasat persendirian telah memberi amaran kepadanya bahawa...

Read more
by Nurul A.
October 6, 2025
Foto - @badgalriri (IG)
Hollywood

Kolaborasi Dengan LV Gagal, Bisnes Fesyen Rihanna Rugi Hampir RM200 Juta

Penyanyi dan usahawan, Rihanna dilaporkan telah mengalami kerugian sehingga $36 juta (RM152,244,000) akibat kegagalan kerjasama perniagaan fesyennya dengan rumah fesyen...

Read more
by Nurul A.
October 23, 2025
Foto - @kimkardashian (IG)
Hollywood

[VIDEO] Kim Kardashian Akhirnya Dedah Sebab Perceraian Dari Kanye West- “Saya Nak Selamatkan…”

Selepas tiga tahun, bintang realiti dan usahawan Kim Kardashian akhirnya membuka mulut, mendedahkan mengapa dia memilih untuk bercerai dengan bekas...

Read more
by Nurul A.
November 3, 2025
Hollywood

Masih Tak Serik! ‘Pyjama Man’ Pernah Ceroboh Ariana, Olimpik, Konsert & Segala Acara Besar

Sebelum ini tayangan perdana filem The Wicked: For Good di Universal Studios Singapore bertukar kecoh apabila seorang lelaki melompat melepasi...

Read more
by Aphit J.
November 16, 2025
Foto - @selenagomez (IG)
Hollywood

Bergaduh Dengan Bella Hadid Kerana Cinta Lama? Ini Respons Selena Gomez…

Jangan salah faham ye... Walaupun penyanyi-pengasas Rare Beauty, Selena Gomez dan supermodel-pengasas Orebella, Bella Hadid berkongsi bekas kekasih yang sama...

Read more
by Nurul A.
October 17, 2025
Foto - @priyankachopra (IG)
Bollywood

Kerana Perbezaan Warna Kulit, Priyanka Chopra Akui Pernah Jadi Mangsa Buli

Walaupun terkenal sebagai pelakon di inudstri Hollywood dan juga Bollywood, Priyanka Chopra nampaknya turut mempunyai momen sulit dalam kehidupannya. Momen...

Read more
by Nurul A.
October 15, 2025
Foto - The New York Times
Hollywood

Profil Alexandra Zarini, Pewaris Gucci Menang Saman $115 Juta Selepas Jadi Mangsa Gangguan Seksual Bapa Tiri

Pewaris Gucci, Alexandra Zarini telah diberikan ganti rugi sebanyak $115 juta (sekitar RM 483,230,000) terhadap bekas bapa tirinya iaitu Joseph...

Read more
by Nurul A.
September 18, 2025
Foto - @victoriabeckham (IG)
Hollywood

Tak Sombong, Tapi Ini Sebabnya Victoria Tak Senyum Dalam Gambar Hampir 3 Dekad

Kalau kamu perasan kebanyakan gambar Victoria Beckham, memang jaranglah kita nak nampak isteri David Beckham ini mengukir senyuman. Hampir tiga...

Read more
by Nurul A.
October 16, 2025
Foto - @billieeilish (IG)
Hollywood

[VIDEO] Peminat Jadi Agresif, Tarik Billie Eilish Di Barricade Ketika Konsert Jelajah

Paling mengejutkan! Penyanyi Billie Eilish hampir cedera parah apabila salah seorang peminat telah menariknya di kawasan barricade semasa konsert jelajah...

Read more
by Nurul A.
October 15, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Fatima Menangis Terharu Fazura Belikan ‘Blind Box’ Berharga RM1,500…

  2. 2

    [VIDEO] Siti Nurhaliza Bercuti Bersama Keluarga Di Jepun, Telatah Afwa Curi Perhatian Netizen

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Hael Husaini ‘Call’ Afwa Suruh Simpan Telefon Siti Nurhaliza

  4. 4

    [VIDEO] Cik B & Leona Rancang Lokasi Percutian, Curi Perhatian Netizen-“Gini Rupanya Perbualan T20..”

  5. 5

    [VIDEO] Isteri Fazziq Muqris Dipuji Peminat-“Cantiknya Bak Bidadari”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem