Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Francissca Peter Bakal Beraksi Di Konsert Sabtu Ini

by Phic ARMAN
July 24, 2020
Share on Facebook

Satu-persatu persembahan artis lama dan baharu mengambil tempat menghiburkan penonton dalam sebuah konsert terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang diberi tajuk “Konsert Minggu Ini”. Pastinya orang ramai tertunggu-tunggu bilakah giliran artis kegemaran mereka pula bakal muncul dengan lagu-lagu menggamit nostalgia mahu pun lagu yang menjadi trending masa kini.

Penyanyi tersohor, Francissca Peter kembali mengubat kerinduan peminat dengan menghadiahkan persembahan bertenaga dalam konsert diberi nama “Saat Manis… Francissca Peter” pada 25 Julai ini, pukul 9.00 malam di TV2.

Siapa yang tidak kenal penghibur yang satu ini. Lagu-lagu nyanyiannya malar segar hingga kini. Beliau bakal muncul dengan seleksi lagu-lagu hit seperti ‘Sekadar Di Pinggiran’, ‘Aku Kehilanganmu’, ‘Si Kunang-Kunang’, ‘Olala Tropika’, ‘Setia’, ‘Hingga Akhir Waktu’ dan banyak lagi.

Lebih manis menerusi konsert berdurasi sejam setengah ini, ia turut diserikan dengan penampilan istimewa artis Orang Asal, kumpulan Nyata iaitu Ramlan Koyok, Haing Alin dan Rudy. Manakala artis undangan pula bersama Jay Jay, Manan Ngah dan Habsah Hassan.

Sama-sama bangkitkan memori indah bersama-sama lejen 80an ini di TV2. Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my).

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Share6Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tular Pelanggan Tinggalkan Sushi Tidak Habis, Netizen Tampil Kongsi Pengalaman Sebenar Sistem Buffet

  2. 2

    “Kami Bukan Nak Gantikan Cendol Mereka”- Pengasas Koppiku Mahu Penjual Tradisional Terus Dikenang

  3. 3

    Apa Istimewanya Griya Hingga Berjaya Duduki No.1 Netflix Malaysia? iQIYI Dedah Kekuatan Drama Ini

  4. 4

    Tahniah! Fattah Amin & Amira Othman Timang Anak Lelaki- “Sedap Namanya”

  5. 5

    Air Dah Berasap, Tapi Masih Kata Tak Panas! Kisah Pelanggan Cerewet Buat Ramai Geleng Kepala

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara