Setiap kali hujung minggu atau musim cuti tiba, ramai yang mula mencari lokasi santai untuk diluangkan bersama keluarga dan rakan-rakan. Di Melaka, khususnya sekitar kawasan Klebang, sebuah tarikan baharu kini semakin mendapat perhatian sebagai lokasi hiburan keluarga yang sesuai untuk semua peringkat usia.
Terletak di Pantai Klebang, MoCity Cosmic Park Melaka merupakan taman permainan terbesar di Melaka yang menawarkan pengalaman bermain moden dengan gabungan kawasan indoor dan outdoor. Dengan pelbagai jenis permainan serta suasana meriah terutama pada waktu malam, taman ini menjadi destinasi ideal untuk lawatan santai bersama keluarga.
Tarikan Hiburan Keluarga di Pantai Klebang
@mocitymelaka #mocitycosmicpark #mocityfunpark #crazyracing #melaka #holiday
MoCity Cosmic Park Melaka direka sebagai taman tema keluarga yang menumpukan kepada hiburan santai dan aktiviti menyeronokkan. Di sini, pengunjung boleh menikmati pelbagai jenis permainan termasuk rides, permainan karnival, permainan arked, go-kart, kenderaan elektrik kanak-kanak serta bouncy castle.
Gabungan lampu karnival berwarna-warni dan suasana terbuka menjadikan kawasan ini kelihatan meriah, terutamanya pada waktu malam. Ia sesuai dijadikan lokasi singgah selepas menikmati pemandangan pantai atau makan malam di sekitar Klebang.
Indoor & Outdoor
MoCity Fun Park sebenarnya terbahagi kepada dua bahagian utama, iaitu kawasan indoor dan outdoor, masing-masing menawarkan pengalaman berbeza kepada pengunjung.
Bahagian Indoor
@mocitymelaka
Bahagian indoor menempatkan pelbagai permainan arked dan aktiviti fizikal yang sesuai untuk kanak-kanak serta remaja. Antara permainan yang boleh dicuba termasuk buaian gergasi, wall climbing, basikal 360 darjah serta pelbagai permainan panjat dan cabaran fizikal ringan. Turut disediakan permainan video, lumba kereta dan permainan sukan mini yang sesuai untuk seisi keluarga.
Kawasan ini sesuai bagi mereka yang ingin bermain dalam persekitaran tertutup dan lebih selesa, terutamanya pada waktu cuaca panas atau hujan.
Bahagian Outdoor
@mocitymelaka
Bahagian outdoor pula menawarkan suasana karnival dengan deretan lampu berwarna-warni yang mencuri perhatian. Di sini, pengunjung boleh mencuba pelbagai rides dan permainan luar seperti go-kart, permainan karnival, Kids Electric Car serta Kids Fishing. Suasana terbuka dan meriah menjadikan kawasan ini antara tarikan utama MoCity Fun Park.
Harga Tiket & Permainan
Harga tiket dan permainan di MoCity Cosmic Park Melaka adalah berasingan mengikut tarikan:
- MoCity Fun Park (Outdoor rides): RM10 untuk satu ride ( Beli 10 percuma 2 (12 rides)
Beli 20 percuma 5 (25 rides) - Bouncy Castle: RM15 (kanak-kanak), RM10 (penjaga)
- Kids Electric Car: Bermula RM25
- Go-Kart Outdoor: Bermula RM45
- Permainan Karnival: Bermula RM8
- Kids Fishing: RM10
- Permainan Arked (Indoor): Bermula RM4
Tiket Masuk Indoor:
- Kanak-kanak: Bermula RM38
- Dewasa: Bermula RM68
- Penjaga: RM20
Waktu Operasi
MoCity Fun Park dibuka setiap hari dari jam 6.00 petang hingga 1.00 pagi, menjadikannya sesuai untuk aktiviti santai pada waktu malam bersama keluarga dan rakan-rakan.
Lokasi & Akses
Alamat: PT435, Pekan Klebang Seksyen 2,
75200 Klebang Besar, Melaka
Lokasinya mudah diakses dan sesuai dijadikan persinggahan selepas menikmati suasana pantai atau tarikan lain di sekitar Klebang.
MoCity Cosmic Park Melaka menawarkan pilihan hiburan yang pelbagai dalam satu kawasan. Dengan konsep indoor dan outdoor, harga permainan yang fleksibel serta suasana karnival yang santai, lokasi ini sesuai untuk lawatan keluarga, aktiviti hujung minggu atau sekadar mengisi masa lapang pada waktu malam.
Difahamkan juga, taman tema ini akan menambah lebih banyak tarikan dan aktiviti pada masa akan datang, menjadikannya antara lokasi hiburan yang wajar diberi perhatian di Melaka.






