Thursday, October 16, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result

Gadis 13 Tahun Juara ‘Bakat Ohsem Malaysia’ Anjuran hurr.tv

by Zaidin Albert
December 26, 2017
Share on Facebook

Membuktikan bahawa umur hanyalah angka, peserta paling muda bagi rancangan realiti bakat dalam talian, Bakat Ohsem Malaysia anjuran hurr.tv, Aqeesh Aleeya diumumkan sebaga pemenang bagi peringkat akhir rancangan berkenaan yang diadakan di Damansara Performing Arts Centre (DPAC), Petaling Jaya.

Peserta muda dari Selangor itu menewaskan tujuh lagi peserta untuk membawa pulang hadiah utama wang tunai RM100,000, sebuah Proton Saga 1.3(A) dan trofi. Aqeesh mempersembahkan lagu berjudul ‘Birds Set Free’ pada pusingan pertama pertandingan dan lagu berjudul ‘Langit Cinta’ pada pusingan kedua yang nyata menambat hati
juri serta undian daripada orang ramai.

Kumpulan tarian gaya bebas dan urban, Nasty Rock Crew yang terdiri daripada lima ahli dari Selangor, Muhammad Amirul Hakim Bin Jeffriden, 19, Muhamad Alfi Rahim Bin Hambali, 21, Muhammad Firdaus Bin Nor Afandi, 15, Muhammad Shazmir Bin Norazmi, 17 dan Muhammad Aniq Syafiq Bin Jemain, 19 merupakan naib juara dan membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000 dan trofi.

Manakala tempat ketiga yang membawa pulang wang tunai RM8,000 dan trofi adalah milik penyanyi berusia 18 tahun dari Kuala Lumpur, Yazmin Aziz yang mempersembahkan nyanyian berjudul ‘Ulek Mayang’ dan ‘Only Love Can Hurt Like This’ masing-masing pada pusingan pertama dan kedua pertandingan.

Pencarian BOM berlangsung selama dua bulan antara pertengahan September hingga pertengahan November di mana hurr.tv telah menerima ratusan video dari seluruh negara yang mempamerkan pelbagai bakat antaranya nyanyian, tarian, silap mata dan persembahan kreatif. Setelah melalui proses saringan pilihan juri, wildcard dan peringkat separuh akhir, lapan video terbaik hasil undian orang ramai dan markah daripada juri layak memasuki peringkat akhir.

Pengacara pada pertandingan itu adalah personaliti radio, Haniff Hamzah manakala barisan juri terdiri daripada selebriti Aizat Amdan dan Sherry Al Hadad serta juri jemputan, pelawak-pelakon dan penyampai radio, Nabil Ahmad.

Peserta telah dinilai berdasarkan empat kriteria iaitu kreativiti, bakat, impak persembahan dan persembahan pentas yang merangkumi 50 peratus markah. Manakala, 50 peratus markah lagi adalah daripada orang ramai yang telah membuat undian bermula 20 Disember 2017 hingga peringkat akhir iaitu 23 Disember 2017 yang dilakukan menerusi
laman web hurr.tv.

Selepas peringkat pertama, hanya lima peserta dengan markah tertinggi sahaja berjaya mara ke peringkat kedua pertandingan iaitu Aqeesh Aleeya, Adib Yusof, Yazmin Aziz, Mathura Bashinii dan Nasty Rock Crew.

Bagi pusingan kedua, sistem undian akan diset semula untuk orang ramai mengundi kembali persembahan pilihan mereka. Aqeesh Aleeya yang telah mengumpul undian tertinggi daripada orang ramai dan markah daripada juri melayakkan beliau muncul pemenang bagi pertandingan ini.

Peringkat akhir BOM boleh ditonton di laman web www.hurr.tv/BOM. BOM dibawakan kepada anda oleh penaja utama MyMotor dan penaja fesyen FashionValet serta penghargaan khas kepada lokasi pertandingan Damansara Performing Arts Centre dan penaja bersama AGMO Studio Sdn Bhd, UHY Chartered Accountants, muca dan Awesome Mama.

adib simmonsAqeesh AleeyaBakat Ohsem Malaysiahurr.tv
https://lomp.at/vxg4p
Share3Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Viral

Lepas ‘Justice For Zara Qairina’, Norsalim Ali Cipta Lagu Puji Polis Guna Teknologi AI

by Puteri Alia
October 6, 2025

Selepas lagu Justice For Zara Qairina mencetuskan fenomena di media sosial, penciptanya, Norsalim Ali, 62, kembali menarik perhatian apabila menghasilkan...

Read more
Lokal

“Itu Hidup Dia” – Linda Hashim Tak Nak Campur Tangan, Beego Pilih Untuk Berdiam Diri

Pelakon Linda Hashim baru-baru ini tampil beri respon selepas tular video seorang artis lelaki menari di kelab malam, yang ramai...

Read more
by Aphit J.
August 24, 2025
Lokal

Ramai Minta Nasihat Poligami, Aslam Akui Enam Bulan Pertama Hidup Beristeri Dua Paling Mencabar

Mampu beristeri dua pada usia semuda 25 tahun, pempengaruh media sosial Ahmad Aslam tidak menyangka kehidupan peribadinya menjadi tumpuan ramai...

Read more
by Puteri Alia
July 23, 2025
Foto - @mishaomar (IG)
Lokal

Kini Misha Omar Pula Yang ‘Tawan’ Times Square, New York- “Saat Yang Tidak Dapat Dilupakan…”

Selepas Ernie Zakri, kini tiba pula giliran penyanyi tersohor tanah air iaitu Misha Omar menghiasi papan iklan ikonik di Times...

Read more
by Nurul A.
September 30, 2025
Destinasi

Selangor & Lenggong Geopark Jalin MoU: Langkah Ke Arah Pelancongan Mampan Bertaraf Dunia

Kerajaan Negeri Selangor melalui Tourism Selangor telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Lenggong Geopark, Perak, dalam satu majlis yang berlangsung...

Read more
by Aphit J.
September 27, 2025
Lokal

“Anda Jawab di Akhirat”: Video Temu Bual Disalah Tafsir? Aaron Aziz Tampil Bersuara

Sebelum ini Datuk Aaron Aziz kembali hangat diperkatakan apabila dikatakan tidak peka dengan isu yang melibatkan Gaza. Tiada Kaitan Dengan...

Read more
by Aphit J.
October 6, 2025
Foto - @syifahadju (IG)
Indonesia

Dilamar Selepas Setahun Bercinta, Ini Kisah Cinta Romantik El Rumi & Syifa Hadju

Sama cantik sama padan, akhirnya pasangan selebriti Indonesia iaitu El Rumi dan Syifa Hadju mendedahkan mereka bakal berkahwin! Pada Khamis...

Read more
by Nurul A.
October 7, 2025
Personaliti

[VIDEO] Minyak Rambut Tun Mahathir Raih Perhatian Ramai-“Mesti Sold Out Nanti”

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Tun Dr Mahathir yang sedang memandu kereta sambil menjawab persoalan yang ditanya mengenai...

Read more
by Noah Ab
August 26, 2025
Musik

[GAMBAR] Maher Zain Pukau 5,000 Peminat, Ambang Merdeka Penuh Magis

Lama betul kita tunggu, enam tahun ya! Akhirnya malam menyambut kemerdekaan, pentas Idea Live Arena, 3 Damansara jadi saksi kemunculan...

Read more
by Phic ARMAN
September 1, 2025
Foto - Berkatpos
Berita

Kini Kamu Boleh Semak Scammer Dalam Masa 5 Minit- Nak Tahu Caranya?

Umum mengetahui, kini bukan hanya golongan warga emas sahaja yang mudah ditipu, malah ramai juga anak muda yang menjadi mangsa...

Read more
by Nurul A.
August 15, 2025
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Sarah Yasmine Beri Nasihat Buat Anak Aaron Aziz: “Jangan Biarkan Perempuan yang Otaknya ‘Glitch’ Ganggu Tenaga Kamu!”

  2. 2

    “Tetap Setia Walau Terluka”- Tak Lagi Ikuti Suami Di IG, Luahan Uqasha Senrose Cetus Tanda Tanya

  3. 3

    “Wayang” Konon! Individu Pertikai Misi GSF Dikecam, Aqasha ‘Sound’ Pedas: “Cakap Pandai, Usaha Tak Ada!”

  4. 4

    [VIDEO] Fatima Dah Tak Sabar Nak Menari, Gelagat Comelnya Buat Ramai Cair!

  5. 5

    Jebat Jayden “Bantai” Ayah Sendiri? Aksi Tinju Anak Sharnaaz Ahmad Curi Tumpuan Jojo!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem