Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Viral

Gambar Adik Neelofa Tersebar, Pemuda Indonesia Pasrah Dan Sanggup Terima Ameera Khan Jadi Isteri

by Puteri Alia
March 27, 2023
Share on Facebook

Perkahwinan campur bukan lagi perkara asing di Malaysia. Kadangkala ia menjadi idaman para wanita muda di luar sana untuk berkahwin dengan jejaka luar negara kerana kebanyakkan berpendapat perkahwinan campur merupakan satu bonus dan banyak kelebihan untuk sesebuah institusi kekeluargaan.

Malah ada yang berpendapat bahawa perkahwinan campur mampu melahirkan genetik yang kuat dan mempunyai daya tahan melawan penyakit yang kuat, lebih kuat ketahanan fizikalnya malah lebih pandai, lebih cantik dan kacak.

Salah satu daripada hikmah kahwin campur adalah mewujudkan dan merapatkan hubungan silaturahim antara negara, kaum atau bangsa yang berlainan.

Meskpun mempunyai berlainan latar belakang keturunan namun jika pasangan itu saling menghormati dan menyanyi pastinya memberi sesuatu kelainan dalam keluarga kerana mempunyai darah campuran.

Jika menonton drama-drama atau filem-filem tempatan hari ini, tidak dinafikan begitu ramai wajah-wajah cantik yang dimiliki oleh selebriti tempatan kita.

Hero dan heroin dalam kebanyakan lakonan yang disiarkan adalah terdiri daripada wajah-wajah kacukan yang pastinya kacak, cantik lagi bergaya.

Walau bagaimanapun, kecantikan itu merupakan subjektif, ada yang menyukai wajah kacukkan dan ada yang lebih gemar untuk melihat wajah asli melayu tulen.

Sebagai contoh, apabila sebut sahaja nama Neelofa, pasti ramai yang mengenalinya sebagai figura cantik molek berdarah Kelantan. Bukan sahaja dirinya meraih pujian ramai malah adik-beradiknya juga sering menuai pujian warganet dek kecantikan wajah mereka yang berdarah campuran arab.

Topik Berkaitan Jefri Nichol 'Belanja' Foto Siluet Di Pantai, Tapi Komen 'Kelate' Buat Netizen Terhibur!

Malah, di antara adik-beradik selebriti popular, Neelofa, personaliti media sosial iaitu Ameera Khan atau lebih dikenali dengan nama Little Miss Khan antara yang paling popular.

Baru-baru ini, gambar Ameera Khan tiba-tiba sahaja tular di kalangan pengguna sosial Indonesia sehingga ada yang merayu untuk dijodohkan dengan adik selebriti sensasi Malaysia ini.

Bukan itu sahaja, nama Ameera juga telah menjadi viral sehingga rata-rata jejaka indonesia membuat video khas buat gadis cantik molek ini sehingga menjadi trending di laman TikTok.

Bahkan, baru-baru ini, Rosix iaitu rakan karib Neelofa juga telah memuat naik videonya menyakat Ameera selepas namanya mula menjadi sebutan dalam kalangan jejaka dari Indonesia gara-gara kecantikannya yang menawan.

Menerusi perkongsian di TikTok, Rosix turut berdoa sekiranya Ameera itu adalah jodohnya, dia terima seadanya.

“Kalau ternyata jodohku Ameera Khan. Yaudah!!! Aku terima Ya Allah. Gak tau kenapa sekarang sepasrah ini.

“Kiter follow trend baby LMK yang trending kat Indonesia now!!! Gurau-gurau manjahh,” tulisnya.

Dalam perkongsian tersebut, adik kepada Neelofa itu juga kelihatan terhibur dengan gelagat spontan pempengaruh itu.

Meskipun ramai yang mengidamkan adik Neelofa ini menjadi bakal isteri namun ada juga yang menganggap ianya hanya bagai mimpi di siang hari.

Trend memuat naik gambar Ameera ini dikatakan menjadi viral dan menjadi ikutan di kalangan pengguna media sosial di Indonesia.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
ameera khanIndonesia
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

No Content Available
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

  2. 2

    Lebih 300,000 Tonton Aksi Shila Amzah Di China, Tapi Kisah Di Sebaliknya Lagi Menarik

  3. 3

    Dari Nasi Lemak Ke Sambal Petai, Village Park Buka ‘Chapter’ Baharu Selepas 24 Tahun

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Elak Kelam-Kabut! Ini 7 Tips Persiapan Hari Raya Yang Ramai Terlepas Pandang

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara