• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Nilai Lebih RM7 Juta! 9 Trivia ‘Wedding Of The Year’ Haqiem Rusli & Anis Sofea

Haqiem sah bergelar suami kepada Anis dengan dua kali lafaz di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah Cyberjaya pada jam 3.40 petang

by Khai Azfar
November 19, 2021
via Instagram @aqoimran

via Instagram @aqoimran

Share on Facebook

Penyanyi lelaki popular negara, Haqiem Rusli, 24, telah sah bergelar suami kepada gadis pilihannya, Anis Sofea, 19, dengan dua kali lafaz di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah Cyberjaya pada jam 3.40 petang. Pasangan ini dinikahkan oleh jurunikah Ustaz Zamzuri Ruslan, bersaksikan keluarga tercinta dan kenalan rapat pasangan.

Sah Bergelar Suami Isteri 

Haqiem Rusli atau nama sebenar Ridzuan Haqiem bin Rusli menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300, selain lima dulang hantaran berbalas lima dulang hantaran kepada pasangan tercinta Wan Anis Sofea binti Wan Zamzuri, atau lebih mesra disapa Anis Sofea.

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

Pasangan sama cantik sama padan ini memanjat kesyukuran hari bahagianya berjalan dengan lancar dan diraikan dalam majlis tertutup yang hanya dihadiri oleh keluarga tercinta, kenalan rapat dan media sahaja mengikut prosedur operasi standard (SOP) penganjuran majlis perkahwinan dan sosial yang telah ditetapkan dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara Fasa 4.

Dalam meraikan pasangan ini terdapat beberapa trivia menarik yang bakal tercatat. Berikut Murai.my bawakan  9 trivia menarik mengenai perkahwinan yang boleh dikategorikan sebagai Wedding of the Year 2021.

1. Tema Wedding In The Sky 

Meraikan hari  bahagia mereka, pasangan ini telah memilih untuk mengadakan majlis perkahwinan dan resepsi secara tertutup bertemakan “Wedding in the Sky” atau “Raikan Cinta di Langit Asmara” bertempat di skyGlass Cyberjaya.  Sebagai info, Aras 22 SkyPark Cyberjaya, skyGlass Designer Event Hall merupakan dewan acara berprestiij berkonsepkan “Glasshouse” dan “Modern Victorian” yang menawarkan pemandangan panorama 360 darjah seluruh Cyberjaya, Putrajaya dan juga Kuala Lumpur City Centre.

2. Sudah Rancang Tiga Bulan

Perunding perkahwinan Primadona Events dan juga Ben Signatures Event telah diberi mandat merancang majlis perkahwinan penyanyi popular ini dalam masa tiga bulan secara ‘privasi’.  Majlis perkahwinan yang bertemakan “Garden Wedding” beronakan warna putih dan hijau taman pula  diolah oleh Mega Bridal Creations

3. Busana Dari Razman Razmi dan Rizman Ruzaini 

Haqiem dan Anis mengenakan busana indah dari pereka, Razman Razmi. Manakala untuk resepsi, n busana telah direka khas oleh pereka fesyen tersohor Rizman Ruzaini dalam rona putih berperincian mewah.

4. 200 Jemputan 

Berkongsi rasa kesyukuran dan kegembiraan, pasangan Haqiem dan Sofea turut meraikan hari bahagia mereka bersama 200 orang termasuk keluarga tercinta, kenalan rapat, selebriti serta pihak media dalam Majlis Resepsi dan Makan Malam yang diadakan di SkyGlass Cyberjaya.

5. Resepsi Bertemakan The SOFEA

Dekorasi majlis resepsi telah diberikan nama “The SOFEA” , berinspirasikan Floral Garden” persis taman di kayangan dalam rona pastel yang elegan dan mewah. Ia diilhamkan daripada minat Anis kepada fesyen dan drama Korea. Pasangan meragakan rekaan busana yang direka khas oleh pereka fesyen tersohor Rizman

6. Haqiem Beli Cincin Berlian Terbaik Dunia, Nilai Perkahwinan Lebih RM7 Juta 

Turut meraikan detik bersejarah Haqiem, HABIB Jewels telah menyerikan pasangan dengan aksesori berlian dan barangan kemas bernilai RM5 juta bagi kedua-dua majlis.

Cincin berlian Hearts of Fire merupakan berlian terbaik dunia menjadi pilihan kedua mempelai. Persalinan kedua mempelai untuk majlis pernikahan dan persandingan dilengkapi koleksi berlian potongan ekslusif dari HABIB. Nilai keseluruhan majlis perkahwinan dianggarkan lebih RM7 juta.

7. Hadiahkan Lagu Buat Isteri 

Seperti yang dikongsikan sebelum ini,  Haqiem telah menghadiahkan isteri tercinta sebuah lagu karyanya sendiri berjudul “Hitam Saksi Putih” yang akan didendangkan ketika majlis resepsi. Sekadar info, mereka telah menjalin percintaan sejak dua tahun lepas, berkenalan ketika menjalankan urusan perniagaan mereka bersama.

 “Dia (Anis) amat sempurna buat saya, dan saya sangat senang dengan sikap, budi pekertinya yang lemah lembut dan ketrampilannya yang telah menambat hati saya untuk memilikinya,” jelas Haqiem.

8. Dapat Kerjasama 10 Pakar 

Majlis Resepsi ‘Raikan Cinta di Langit Asmara’ akan diadakan di taman tergantung (“skypark”) yang terpanjang di Malaysia untuk coretan memori indah pasangan dan semua kenalan. Tetamu dapat merasakan sendiri suasana keajaiban pada saat mereka melangkah masuk. Disambut oleh kakitangan yang mesra dan pihak pengurusan yang profesional, seolah-olah semua tetamu sedang dibawa ke satu dimensi lain, persis taman kayangan.

Hari istimewa ini dijayakan dengan kerjasama lebih daripada 10 pakar dalam industri termasuk katerer, perunding perkahwinan, pakar dekorasi, jurufoto berpengalaman dan ramai lagi.

9. Haqiem Sudah Beli Rumah

via Instagram @aqoimran

Menurut sumber terdekat,dikhabarkan Haqiem telah membeli rumah pertama nya baru-baru ini sebagai persediaan menjalani kehidupan baharu bergelar seorang suami bersama isteri tercinta.

*lagi gambar akan dikemaskini

Haqiem Rusli Akui Kahwin Muda Buang Sikap Toksik, Namun Soal Zuriat Masih Belum Ada Rezeki
haqiem rusliwedding of the year
https://lomp.at/ysu1f
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Sherry Ibrahim Terima Banyak DM Ajak Kahwin, Seloroh Mahu Bernikah Secara Senyap

by Puteri Alia
September 12, 2025

Pelakon Sherry Ibrahim mendedahkan dirinya kini menerima banyak mesej peribadi daripada lelaki yang meluahkan hasrat untuk menjadikannya isteri. Perkara itu...

Read more
Lokal

Nora Danish Semakin Terbuka Kongsi Hubungan Dengan Mickey Ayo Cetus Spekulasi Kahwin 2025

Nora Danish semakin tidak berselindung apabila hubungan rapatnya dengan jejaka dikenali sebagai Mickey Ayo mula mendapat perhatian ramai selepas kedua-duanya...

Read more
by Puteri Alia
September 18, 2025
Lokal

[VIDEO] Gelagat Lucu Anak Zahirah Macwilson Bersama Kucing Kesayangan Buatkan Netizen Teruja

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Zahirah Macwilson yang merakam anak perempuannya itu bermain dengan kucing kesayangannya itu. https://www.tiktok.com/@zahirahmacwilson_/video/7576233073914793236?_r=1&_t=ZS-91isb0URqKO...

Read more
by Noah Ab
November 27, 2025
Foto - @noradanish (IG)
Lokal

Nora Danish Bimbang Cinta Dengan Mickey Ayo Undang Tersinggung -“Saya Pun Nervous, Kasihan Dia Terkejut Bila Viral”

Pelakon popular Nora Danish mengakui bimbang keterbukaannya berkongsi tentang hubungan dengan lelaki yang dikatakan kekasih baharunya, Mickey Ayo, mungkin menyinggung...

Read more
by Puteri Alia
October 31, 2025
Lokal

[VIDEO] “Nanti Dah Besar Isaac Nak Beli Kereta Ni”-Anak Zahirah Macwilson

Terdahulu, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @fansofisaacraees yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan,...

Read more
by Noah Ab
October 14, 2025
Lokal

[VIDEO] Nabil Ahmad Menyakat Anak Perempuan Ramli MS Raih Perhatian Ramai

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan aksi Nabil Ahmad yang menyakat anak perempuan Tok Ram iaitu Izzara dengan menanyakan...

Read more
by Noah Ab
November 10, 2025
Lokal

Gimik Atau Realiti: Video ‘Baju Melayu Putih’ Tular, Nora Danish Bakal Kahwin Duda Anak Dua?

Selepas hampir setahun bergelar ibu tunggal, pelakon terkenal Nora Danish kembali mencuri perhatian netizen sebelum ini apabila memuat naik beberapa...

Read more
by Aphit J.
September 7, 2025
Lokal

[VIDEO] Cik Lan Terjatuh Ketika ‘Perform’ Di Hadapan DSV & Kacak, Netizen Terhibur!

Telatah pengacara, Roslan Shah atau lebih mesra disapa sebagai Cik Lan bersama usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Vida mencuit hati...

Read more
by Naddy Joe
October 28, 2025
Lokal

[VIDEO] Norman Hakim Seloroh Mahu Buat Band Dengan Aliff Syukri & Anas Zahrin, Netizen Terhibur!

Pelakon Norman Hakim berkongsi momen lucu selepas bertemu pasangan usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Shahida serta...

Read more
by Naddy Joe
September 8, 2025
Lokal

[VIDEO] Zizi Kirana Ditangkap Tentera Isr43l, Rakyat Malaysia Titip Doa

kira-kira pukul 5.45 pagi waktu Malaysia, penyanyi Zizi Kirana yang menaiki kapal layar bernama Huga telah diserang dan ditangkap oleh...

Read more
by Noah Ab
October 2, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penampilan Anakanda Sultan Mizan Undang Perhatian Rakyat- “Pakai Baju Biasa Jer”

  2. 2

    ‘Takkan Semurah Itu’- Peminat Anggap Harga Tiket Konsert Ella Tak Masuk Akal

  3. 3

    Beymad Timang Anak Pertama, Ramai Ucap Tahniah- ‘Sebak Pula Rasa’

  4. 4

    [VIDEO] Reaksi Zara Zya Bila Dipanggil Anak Dara Tua & Jahat

  5. 5

    Noor Nabila Kesal Malaysia Airlines Menyebabkan Bagasinya Hilang-“Kau Masih Bangga Dengan Kacang Masin..”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore