Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

[GAMBAR] Maher Zain Pukau 5,000 Peminat, Ambang Merdeka Penuh Magis

by Phic ARMAN
September 1, 2025
Share on Facebook

Lama betul kita tunggu, enam tahun ya! Akhirnya malam menyambut kemerdekaan, pentas Idea Live Arena, 3 Damansara jadi saksi kemunculan semula penyanyi kerohanian kegemaran ramai, Maher Zain dalam konsert bertajuk The Journey to the Far East: Maher Zain-The Live Experience (Kuala Lumpur).

MURAI sendiri dapat rasa aura luar biasa bila jejak kaki ke sana. Seawal lewat petang, ribuan peminat dah mula penuhkan kawasan, ada remaja dengan geng, pasangan sweet datang berdua, sampai keluarga bawa anak-anak kecil pun tak nak lepaskan peluang. Serius, jelas nampak muzik Maher ni memang merentasi generasi.

Bila Maher naik pentas, boom! terus gegar satu dewan. Vokal dia tetap sama macam dulu , penuh jiwa, menusuk ke hati. Setiap kali dia tarik suara, penonton ikut sama, siap dengan lampu flash telefon yang berkelip macam lautan bintang. Masa itu MURAI rasa macam semua orang terikat dalam satu vibe, tenang, syahdu, tapi meriah!

Konsert ni bukan sekadar hiburan, tapi lebih kepada “healing session” untuk ramai orang. Lirik-lirik Maher yang penuh makna tu macam jadi penguat semangat, lagi-lagi bila didendangkan secara live. Fuh, meremang weh!

Pihak penganjur turut merakamkan penghargaan kepada rakan kongsi konsert: Era FM, Sinar FM, Zayan FM dan Syok (Rakan Radio), Says Seismik, World of Buzz dan Lobak Merah (Rakan Media), Hitman Solutions dan Happymoon (Promoter Rasmi), dengan kerjasama Awakening Music.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Maher Zain
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - KLIMS 2026
Musik

Minggu Akhir KLIMS 2026 Bakal Dimeriahkan Dengan Ella, Lah Ahmad & Anuar Zain!

by Nurul A.
June 16, 2026

Memasuki minggu terakhir, Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2026 akan dipenuhi dengan persembahan muzik secara langsung hingga komuniti kreatif...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    4 Fakta Pengiran Raabi’atul Adawiyyah, Menantu Sultan Brunei Yang Ditarik Gelarannya

  2. 2

    Berwajah Cantik & Gemar Sukan Berkuda, Anak Saudara Raja Abdullah II Curi Tumpuan

  3. 3

    Pernah Terjumpa Di Bangsar? Ini Kisah Julia Rais Yang Ramai Rindukan

  4. 4

    UNIQLO Lancar Koleksi Hijab Pertama Yang Dinantikan Oleh Hijabis Malaysia

  5. 5

    ‘Yang Bela Anjing Je Faham’- Stacy Kongsi Pengalaman Sendiri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara