Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

Sedihnya! Gambar & Video Kebakaran Hotel Mewah, The Andaman Resort di Langkawi

by Zaidin Albert
January 13, 2021
Share on Facebook

Dua minggu pertama tahun 2021, kita telah mendengar banyak berita mengejutkan dan menyedihkan terjadidi Malaysia. Yang terbaru melibatkan sebuah resort lima bintang di Pulau Langkawi, yang sebahagiannya musnah akibat kebakaran

Punca kebakaran belum dapat ditentukan.

Kejadian yang berlaku di The Andaman Resort di Langkawi terjadi pada awal pagi ini. Seperti yang dilaporkan oleh Malaymail, ia terjadi di dapur resort dan merebak ke bahagian lain di resort, walaubagaimanapun kerosakan sebenar api masih belum dapat dipastikan.

Visual bangunan yang diliputi api dan asap telah dikongsikan di media sosial.

Foto: David ST Loh Images
Foto: David ST Loh Images
Foto: David ST Loh Images

Sementara itu, dipetik dari BH ONLINE, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian pada jam 1.13 pagi.

“Kebakaran membabitkan bangunan bersebelahan blok utama hotel berkenaan. Anggaran kemusnahan struktur bangunan itu ialah hampir 100 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Foto: Facebook Anne Zaffran
Foto: Facebook Anne Zaffran
Foto: Facebook Anne Zaffran
Foto: Facebook Anne Zaffran

Walaubagaimanapun, tidak ada laporan mengenai kehilangan nyawa. Dalam kejadian petang semalam, sebuah bangunan hotel berkenaan turut terbakar, namun anggota bomba dapat mengawal kebakaran sebelum kebakaran dipadamkan sepenuhnya. Namun terbakar sekali lagi awal pagi ini.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
kebakaranlangkawi
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Le Méridien Putrajaya
Hotel

Ulang Tahun Ke-10, Le Méridien Putrajaya Tawar Penginapan Terpilih & Pengalaman Kulinari

by Nurul A.
August 20, 2026

Le Méridien Putrajaya menandakan ulang tahun ke-10nya dengan koleksi tawaran penginapan dan santapan terhad dari Ogos hingga September ini. Diinspirasikan...

Read moreDetails
Bintan
Destinasi

Satu Pulau, Dua Resort Marriott- Ini Cara Terbaik Untuk Teroka Pulau Bintan

by Nurul A.
July 31, 2026

Bintan telah lama diiktiraf sebagai salah satu destinasi pulau yang paling mudah diakses di Asia Tenggara, semuanya hanya dengan menaiki...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

  2. 2

    Lebih 300,000 Tonton Aksi Shila Amzah Di China, Tapi Kisah Di Sebaliknya Lagi Menarik

  3. 3

    Dari Nasi Lemak Ke Sambal Petai, Village Park Buka ‘Chapter’ Baharu Selepas 24 Tahun

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Elak Kelam-Kabut! Ini 7 Tips Persiapan Hari Raya Yang Ramai Terlepas Pandang

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara