Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Gara-Gara Lihat Apek Senario Diserbu Peminat, Hairul Azreen Terus Berazam Mahu Jadi Selebriti Ketika Zaman Susah Dahulu

by Puteri Alia
September 4, 2023
Share on Facebook

Tanpa peminat, siapalah artis. Sesetengah artis yang bijak akan membina hubungan yang baik dengan peminatnya untuk kekal relevan dalam industri.

Sesetengah artis dilihat sangat peramah dengan peminat dan sedia bergambar dengan mereka bila ditemui. Tetapi ada sesetengahnya memandang sepi kepada peminat dan bersikap kekwat, terutamanya yang sedang popular.

Sebagai contoh, pernah ditolak seorang pelakon lelaki popular ketika mahu bergambar satu ketika dulu antara paling diingati pelakon popular, Hairul Azreen.

Hairul berkata, insiden itu berlaku sebelum dia bergelar pelakon dan dia amat meminati pelakon terbabit. Namun, Hairul enggan mendedahkan siapa pelakon itu.

Katanya, kejadian itu turut membuatkan hatinya hancur kerana pelakon itu adalah idolanya.

“Ada satu kejadian yang saya ingat sampai hari ini. Ada satu artis ini, masa itu saya pakai ‘handphone’ 6600. Saya cakap ‘bang nak ambil gambar’.

“Dia panggil, duduk sebelah dia. Lepas itu, tahu tak ‘handphone’ itu kalau ambil gambar kena tunggu tiga saat baru dia klik.

“Orang yang ambil gambar ini pun boleh tahan juga. Dia ambil, dia tekan, dia letak tepi. Jadi gambar itu macam kabur dan ‘blur’,” katanya.

Hairul berkata, dia kemudian meminta untuk bergambar sekali lagi, namun dia terkejut kerana pelakon lelaki itu tidak mahu dan menolak tubuhnya ke tepi.

“Dia tolak saya, dan hati saya yang minat dia macam ‘kau la idolah aku’ hancur. PerasaanE saya masa itu, ‘kalau aku jadi artis, siapa nak ambil gambar dengan aku, aku takkan tolak sebab kau’,” katanya.

Menurut Hairul, selepas dia popular sebagai pelakon, pelakon terbabit pernah cuba berbaik-baik dengannya.

Sementara itu, bapa kepada dua anak ini turut berkongsi pengalamannya bekerja sebagai jurujual jam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum menjadi pelakon.

Hairul berkata, dia sering terserempak dengan artis popular seperti Apek Senario dan Datuk Afdlin Shauki dikelilingi peminat dan sejak itu dia mula berazam mahu menjadi selebriti.

Hairul Azreen
https://lomp.at/ye246
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Spotlight

“U Rasa Indonesia Bagus Sangat Ke?”- Allan Anderson Ditegur Aktres Veteran Malaysia

by Phic ARMAN
February 4, 2026

Kadang-kadang, cerita paling melekat dalam dunia hiburan bukanlah tentang kemenangan atau trofi, tetapi detik jujur yang berlaku tanpa skrip. Itulah...

Read moreDetails
Foto - @markruffalo (IG)
Hollywood

Peminat Kecewa, Mark Ruffalo Sahkan “Hulk” Tiada Dalam ‘Avengers: Doomsday’

by Nurul A.
January 23, 2026

Peminat meluahkan rasa kekecewaan selepas aktor Mark Rufallo mengesahkan bahawa watak "Hulk" tidak akan kembali dalam filem 'Avengers: Doomsday' yang...

Read moreDetails
Foto - @truedollah (IG)
Lokal

[VIDEO] Kongsi Bella Bersama ‘Lelaki Terbaik’, Netizen Gesa Space Dollah “Spill The Tea”

by Nurul A.
January 16, 2026

Seorang pendaki Amerika (@terrypernell) yang turut mendaki Gunung Kinabalu baru-baru ini telah menjadi tumpuan ramai selepas memuat naik video bersama...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Aida Aris Buat ‘Live’ Di Sebelah Jenazah Anak Amyza Aznan, Undang Teguran Netizen!-“Tolong Hormat…”

by Naddy Joe
February 24, 2026

Baru-baru ini industri seni dikejutkan dengan berita pemergian putera sulung kepada pelakon dan pelawak, Amyza Aznan iaitu Allahyarham Andre Mikhail...

Read moreDetails
Spotlight

Dulu Dilabel Kayu, Lakonan Sharifah Rose Akhirnya Bersuara Sendiri

by Phic ARMAN
February 6, 2026

Drama Doa Yang Terlindung yang kini bersiaran menerusi Slot Akasia nyata mencuri perhatian penonton, bukan sahaja kerana jalan ceritanya, malah...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore