Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita Dunia

Gara-Gara Zionis Mengebom Sumber Air, Penduduk Gaza Terpaksa Minum Air Masin Dari Sumber Tercemar

by Puteri Alia
November 8, 2023
Share on Facebook

Air merupakan sumber yang penting dalam kehidupan yang bernyawa. Oleh itu, kita sebagai manusia seharusnya memelihara sumber utama kita untuk mengelakkan ianya dari tercemar dan menjejaskan kualitinya.

Air dapat mengawal dan mengekalkan suhu badan di samping menghalang kekeringan dan kerosakan sel-sel badan. Tanpa air, darah tidak akan mengalir, oksigen dan zat tidak akan dipindahkan, sisa tidak dapat disingkirkan, kebanyakan organ dan proses dalam badan tidak akan berfungsi.

Bagaimanapun baru-baru ini terdapat laporan terbaru diterbitkan The Wall Street Journal menunjukkan pencerobohan berterusan Israel ke atas Gaza membawa Semenanjung itu ke ambang krisis air yang dahsyat.

Air bersih kini menjadi sumber yang sangat terhad sehingga menjejaskan kehidupan penduduk tempatan.

Memetik sebuah laporal berita online,  Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memaklumkan bahawa pengeluaran air (melalui penyahgaraman) di Gaza menurun kepada hanya lima peratus daripada paras sebelum pencerobohan, iaitu satu statistik mengejutkan yang menggambarkan keadaan semasa di wilayah berkenaan.

PBB dan pekerja sektor kesihatan memberi amaran air yang terhad di Gaza menyebabkan masalah kesihatan teruk dalam kalangan penduduknya.

Laporan itu menekankan bahawa krisis air amat teruk berlaku di utara Gaza yang menjadi tumpuan utama pencerobohan Israel.

Air minuman yang selamat tidak lagi tersedia di kawasan itu, kerana ia dikelilingi oleh tentera pendudukan Israel, yang memutuskan bekalan berkenaan.

Topik Berkaitan 'Hilang Dari Radar' Selepas Dipenjara Di Israel, Keberadaan 2 Aktivis GSF Ini Cetus Tanda Tanya

Disebabkan terdesak untuk mendapatkan air, kebanyakan penduduk tidak mempunyai pilihan selain minum air daripada apa sahaja sumber yang ditemui termasuk daripada telaga sudah tercemar, air masin dan pelbagai bahan pencemar lain.

Langkah kelangsungan hidup itu didorong oleh keperluan walaupun tindakan itu akan mengancam nyawa terutama bagi mereka yang terdedah seperti kanak-kanak.

Sistem penjagaan kesihatan Gaza yang berada di ambang keruntuhan tidak mampu untuk menangani kesan krisis air ini.

Sebelum permulaan pencerobohan Israel, Gaza bergantung pada tiga sumber utama air iaitu loji penyahgaraman (yang menawarkan tujuh peratus daripada keperluan air Gaza), saluran paip dari ‘Israel’ (yang menawarkan 13 peratus daripada keperluan air Gaza) serta sumber telaga (yang menawarkan 80 peratus keperluan air Gaza).

Berikutan perang dan pembunuhan beramai-ramai di Gaza, Israel mengganggu ketiga-tiga sumber air berkenaan termasuk memotong bekalan air kepada penduduk di wilayah yang terjejas itu.

Bantuan kemanusiaan yang memasuki Gaza dari selatan juga terhad dan ia gagal sampai ke utara Semenanjung kerana kepungan yang dilanda oleh pendudukan Israel.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
gazaisraelpalestine
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

No Content Available
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bella Astillah ‘Kerja’ Jadi Barista, Lebih 500 Orang Serbu Kedai

  2. 2

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  3. 3

    Lelaki Ini Kongsi Detik Cemas Jam Tangan Pintar Fitbit Terbakar di Pergelangan Tangan

  4. 4

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

  5. 5

    Publisiti Jer! 3 Kes Skandal Selebriti Ini Guna Modus Operandi Yang Sama

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara