Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

Gelagat Pasangan Pengantin Tengku Muhammad Iskandar Dan Isteri Ambil Makanan Sendiri Pada Hari Perkhawinan Raih Perhatian Warganet

by Aphit J.
October 27, 2024
Share on Facebook

Minggu ini bermulalah istiadat perkahwinan diraja Pahang yang dinantikan ramai khususnya rakyat jelata Pahang iaitu berlangsung istiadat pernikahan Putera Diraja Tengku Arif Bendahara, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dengan Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan pada 25 Oktober jam 8 malam.

Dinikahkan Oleh Bapa Pengantin Perempuan

via Kesultanan Pahang

Tengku Natasya Adnan Tengku Mansor kini memasuki usia 29 tahun. Manakala, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Bin Tengku Abdullah memasuki usia 27 tahun.

Pasangan Pengantin Diraja telah dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz, Kuantan dengan mas kahwin senaskah Al-Quran.

Untuk pengetahuan ramai, bukan sahaja Istiadat Akad Nikah, malah Istiadat Berinai dan Istiadat Persandingan akan disiarkan secara langsung melalui dua buah layar besar yang disediakan di Dataran Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dan sebuah layar di Dataran Pekan, Pahang.

Istiadat yang dihadiri kira-kira 350 orang tetamu di Balai Mahkota ini juga sudah semestinya hiasan mendapat sentuhan peribadi dari bonda kepada Putera Pahang, Tunku Azizah yang sangat menitikberatkan hiasan dari setiap sudut.

Video Menjadi Tular

via Tiktok Hang Nadeem

Di media sosial, majlis perkhawinan ini menjadi tular dan menjadi perhatian apabila melihat gelagat adik beradik Tengku Muhammad Iskandar dan juga isterinya.

Salah satu daripadanya adalah perkongsian daripada akaun Tiktok milik individu Hang Nadem apabila gelagat pasangan pengantin yang mengambil makanan sendiri.

Topik Berkaitan VIDEO Momen 'Sweet' Putera Mateen & Tengku Muhammad Bukti Hubungan Bukan Biasa-biasa

Dalam video tersebut, Tengku Muhammad Iskandar dan isteri, Tengku Natasya Puteri sedang sibuk beramah mesra bersama tetamu ketika sedang mengambil makanan.

Diruangan komen, ramai yang memuji dengan tindakan tersebut dan ada yang menyatakan bahawa meskipun hari tersebut adalah hari perkhawinan Tengku, tetapi makanan tetap diambil sendiri seperti tetamu lain.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin ShahTengku Natasya Puteri Tengku Adnan
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Nourul Beri Pesanan Terbuka Buat Noor Azizah- “Mudah Bercakap Bila Sudah Selamat”

  2. 2

    “Mereka Juga Selayaknya Terima Penghargaan Ini”- UAI Terima Anugerah Tokoh Maal Hijrah

  3. 3

    [REVIEW] Dr Anwar Naha Dalang Kematian Ahyan Atau Sekadar ‘Umpan’? Episod 7 GBGTH Cetus Teori Baharu

  4. 4

    Masuk Je Terus Jumpa Kucing! Izawa Dessert Cat Cafe Jadi Tarikan Unik Di George Town, Pulau Pinang

  5. 5

    “Kami Bukan Nak Gantikan Cendol Mereka”- Pengasas Koppiku Mahu Penjual Tradisional Terus Dikenang

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara