Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

Sarat Dengan Semangat Kemerdekaan, Genting Berhad Anjur Karnival Ambang Hari Merdeka 2026

by Nurul A.
September 8, 2026
Genting Berhad, Genting Dementia Care, Merdeka

Foto - Genting Berhad

Share on Facebook

Genting menghimpunkan lebih 200 ahli komuniti, kakitangan serta keluarga mereka di Genting Dementia Care Centre pada 30 Ogos 2026 menerusi penganjuran Karnival Ambang Hari Merdeka 2026 sempena sambutan Hari  Kebangsaan. 

Karnival tersebut menghimpunkan keluarga dalam kumpulan B40, ibu tunggal, kanak-kanak  dari rumah kebajikan serta warga emas dalam suasana meriah yang diserikan dengan jamuan bersama, aktiviti kemasyarakatan dan pelbagai pengisian sambutan. Penganjuran ini turut mencerminkan semangat kemerdekaan serta kepentingan membina masyarakat yang prihatin dan inklusif. 

Genting Berhad Anjur Karnival Ambang Hari Merdeka 2026

Karnival yang berlangsung di Genting Dementia Care Centre itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Genting Group untuk menghimpunkan masyarakat dan menggalakkan hubungan yang lebih bermakna. Sejak penubuhannya, pusat tersebut turut berkembang daripada sebuah pusat penjagaan demensia kepada ruang pertemuan yang menghimpunkan sukarelawan, rakan komuniti dan  penerima manfaat untuk bersama-sama saling menyokong.

Ditubuhkan pada 2019 menerusi kerjasama  antara Genting dan Fakulti Perubatan, Universiti Malaya, pusat tersebut menyediakan sokongan kepada individu yang hidup dengan demensia serta keluarga mereka. Pada masa ini, pusat berkenaan menyediakan sokongan kepada 28 peserta dan berkapasiti untuk  menampung sehingga 50 peserta. 

Berteraskan semangat keprihatinan dan kekitaan, pusat tersebut turut menjadi lokasi Karnival Ambang Hari Merdeka 2026. Bertemakan “Malaysia MADANI, Kesejahteraan Dinikmati”, karnival ini meraikan kepelbagaian dan inklusiviti, dengan kehadiran masyarakat daripada pelbagai peringkat usia dan latar belakang yang bersama-sama menikmati sambutan serta menghayati semangat kemerdekaan. 

Topik Berkaitan "Negara Je Merdeka Tapi Otak..."- Perangai Penonton Perarakan Putrajaya Jadi Bualan

Suasana karnival turut dimeriahkan dengan Kids Fun Zone yang menyediakan pelbagai aktiviti untuk kanak-kanak, termasuk pertandingan mewarna, permainan dan hiburan. Semangat Merdeka turut diserlahkan menerusi hasil karya pertandingan mewarna serta Best Dressed Contest, yang menyaksikan peserta tampil dengan pelbagai pakaian menarik. Cabutan bertuah dan permainan karnival turut menambahkan kemeriahan.

Ruang pameran dan jualan turut menjadi tumpuan pengunjung, dengan ibu tunggal dan  pertubuhan kebajikan mengetengahkan pelbagai produk keluaran mereka. Pengisian ini  memberi peluang kepada orang ramai untuk mengenali serta menyokong produk yang  dihasilkan komuniti, di samping membantu peserta menjana pendapatan. Inisiatif ini turut  mencerminkan semangat saling menyokong dan usaha memperkasa komuniti. 

Berteraskan mesej “Together, We Share. Together, We Care”, penganjuran karnival ini mencerminkan komitmen berterusan Genting untuk menggalakkan hubungan yang lebih erat serta memupuk semangat saling mengambil berat dalam komuniti.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
2
Hearts
Hearts
4
Haha
Haha
4
Star
Star
4
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
gentinggenting berhadgenting dementia cara centrekarnival ambang hari merdekamerdeka
Share3Tweet2SendShare

KINI TRENDING

burger king
Spotlight

Terus Sold Out?! Burger King Perkenal Beg Saiz Nuget Dengan Harga RM16.30

by Nurul A.
September 18, 2026

Francais makanan segera, Burger King mencuri perhatian selepas melancarkan beg mikro yang berbentuk nuget ayam, menjadi sebahagian daripada kempen untuk...

Read moreDetails
LifeXplore

Namtan Tipnaree Datang Malaysia September Ini, BONIA Bawa Pengalaman ‘Find Your Rhythm’

by Phic ARMAN
September 4, 2026

Peminat Namtan Tipnaree, get ready! Kalau selama ini hanya mampu melihat pelakon, penyanyi dan usahawan popular Thailand ini menerusi skrin,...

Read moreDetails
LifeXplore

Kisah Cinta Lama Izzana Salleh & Adam Radlan Jadi Perhatian- “Mereka Sangat Low Profile”

by Phic ARMAN
August 24, 2026

Kalau tengok media sosial sejak kebelakangan ini, nama Wan Izzana Fatimah Zabedah dan Adam Radlan Adam Muhammad antara yang mencuri...

Read moreDetails
ST Rosyam Mart Johor
LifeXplore

Beroperasi 24 Jam, ST Rosyam Mart Yang Pertama Bakal Dibuka Di Johor Bulan Ini!

by Nurul A.
September 7, 2026

Pasar raya borong dan runcit Halal 24 jam terkemuka di Malaysia, ST Rosyam Mart kini meluaskan operasinya ke selatan tanah...

Read moreDetails
LifeXplore

Bella Astillah ‘Kerja’ Jadi Barista, Lebih 500 Orang Serbu Kedai

by Phic ARMAN
September 5, 2026

Siapa sangka, Bella Astillah yang biasanya kita lihat di atas pentas kali ini ‘bertugas’ pula di belakang kaunter bubble tea?...

Read moreDetails
LifeXplore

Pencinta Kucing Wajib Datang! Meowloween Tawar Catwalk, Muzik & Aktiviti Menarik

by Phic ARMAN
September 15, 2026

Halloween kali ini nak buat sesuatu yang lain daripada biasa? Kalau anda pencinta kucing, mungkin Under The Stars Meowloween di...

Read moreDetails
LifeXplore

Niezam Zaidi Tinggalkan Watak ‘Red Flag’

by Phic ARMAN
September 30, 2026

Kalau anda fikir Sumpahan Mencintai sekadar kisah lelaki benci perempuan sebelum akhirnya jatuh cinta, mungkin kena tunggu dulu. Drama arahan...

Read moreDetails
Air Kosong
Kesihatan

Biar Berpada-Pada, Minum Air Kosong Berlebihan Boleh Datangkan Bahaya Ini…

by Nurul A.
October 11, 2026

Selalunya kita akan dengar yang pakar sarankan setiap individu meminum sekurang-kurangnya lapan gelas atau dua liter air sehari. Ini kerana...

Read moreDetails
Munchy's Malaysia
LifeXplore

“Taste Munchy’s, Taste Happiness”- Munchy’s Malaysia Rai Ulang Tahun Ke-35 Tahun

by Nurul A.
September 23, 2026

Munchy’s Malaysia meraikan ulang tahun ke-35 dengan tema “Taste Munchy’s, Taste Happiness” sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026. Ulang...

Read moreDetails
Strok Kanak-Kanak
Kesihatan

Bukan Golongan Emas Sahaja, Kanak-Kanak Pun Boleh Terkena Strok

by Nurul A.
October 20, 2026

Apabila bercakap mengenai pesakit strok, kebanyakan orang akan terfikir tentang golongan emas dan bukannya kanak-kanak Malah, kebanyakan ibu bapa tidak...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Guna Barang Dapur Sahaja, Ini Caranya Untuk Putihkan Ketiak

  2. 2

    Tren ECRL Bawa Penumpang ‘Explore’ Rasa Pantai Timur!

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara