Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita Dunia

[VIDEO] Meremang Bulu Roma! Alunan Ayat Suci Al Quran Pembuka Piala Dunia 2022

by Haz Haan
November 21, 2022
Share on Facebook

Piala Dunia 2022 Qatar rasmi dimulakan setelah upacara pembukaan, uniknya, penyelenggara menyelipkan bacaan ayat suci Al Quran dalam upacara pembukaan itu. Kejohanan bola sepak paling berprestij di planet bumi akhirnya membuka tirai malam tadi dalam upacara pembukaan yang penuh gilang-gemilang di Stadium Al Bayt sebelum aksi pertama kumpulan A, Qatar menentang Ecuador.

Menurut sumber Vocket, Piala Dunia 2022 dengan slogan ‘Now Is All’ berlangsung di lapan stadium rasmi di Qatar melibatkan 32 negara. Setiap pasukan diundi dalam 8 kumpulan, dimana setiap kumpulan dihuni oleh 4 pasukan. Disaksikan seramai 60 ribu penonton dengan menyaksikan berbagai persembahan dan tarian bernuansa Arab.

Lantunan lagu ala Timur Tengah menjadi pembukaan World Cup 2022. Morgan Freeman menjadi narator untuk acara pembukaan tersebut bersama Ghanim Muftah dan saling berkisah tentang kemanusiaan dan persatuan. Ghanim Muftah kemudian memulakan bacaan Surah Al Hujuraat ayat 13 di upacara pembukaan Piala Dunia 2022.

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal,” makna ayat tersebut.

Ini juga merupakan kali pertama dalam sejarah, bacaan Al Quran berkumandang dalam acara pembukaan Piala Dunia dibawah kelolaan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

For the first time in the history of the World Cup, it opens with verses from the Holy Quran and with help of special need kid.He recited: O humanity! Indeed, We created you from a male and a female, and made you into peoples and tribes so that you may ˹get to˺ know one another pic.twitter.com/Obceg9J43S

— Fadya risheq (@RisheqFadya) November 20, 2022

Selain itu, acara pembukaan turut diserikan dengan persembahan anggota kumpulan pop terkenal Korea Selatan, BTS, Jung Kook di hadapan ribuan penonton. Jung Kook menyanyikan Dreamers yang merupakan lagu rasmi Piala Dunia 2022. Tak lama kemudian, penyanyi asal Qatar, Fahad Al-Kubaisi memasuki padang untuk berkolaborasi dengan Jungkook BTS.

[VIDEO] Ramai Sangka Dari Qatar, Bangunan PNB 118 Rupanya Dah Mendunia!

Kejohanan yang buat julung kalinya diadakan di Timur Tengah itu mencatat perbelanjaan paling tinggi dalam sejarah. Buat pertama kali juga penerbangan dari Tel Aviv dibenarkan mendarat di Doha bagi memberi peluang buat rakyat Palestin dan Israel menyaksikan Piala Dunia kali ini

fifa world cupQatar
https://lomp.at/rww6b
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @princess.catharinaamalia (IG)
Dunia

Puteri Belanda Di-‘Target’ Sebagai Mangsa Dalam Plot Pembunuhan ‘Nazi’

by Nurul A.
May 7, 2026

Kecoh seluruh dunia apabila tular sebuah kes yang melibatkan keluarga diraja Belanda. Memetik beberapa laporan media antarabangsa, seorang pelampau sayap...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    MyKad Baharu Bakal Lancar Jun Ini Lebih Canggih & Selamat Tapi Tak Semua Perlu Tukar, Ini Fakta Sebenar

  2. 2

    Rahsia Lantai Bersih Orang India ‘Level Cermin’ Trending Di Threads, Rupanya Ini Rahsia Sebenar!

  3. 3

    Dah Pesan Baik-Baik, Tapi Sampai Hancur, Luahan Peniaga Kecil Tentang Tanggungjawab Rider

  4. 4

    Badrul Hisham Dari JPN Jelaskan Kenapa Kongsi MyKad Untuk Isi Minyak Boleh Bawa Padah

  5. 5

    BKJ 2026 Fasa 4 Umum Minggu Ini. Ini Senarai Penuh 24 Inisiatif Bantuan Johor

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara