Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

Ghost Museum Penang: Muzium Seram & Unik Yang Wajib Anda Cuba

by Farah Fatihah
January 25, 2026
via @Tripadvisor

via @Tripadvisor

18
KONGSIAN
Share on Facebook

Kalau bercakap tentang George Town, Penang, ramai yang terus terbayang jalan-jalan warisan yang penuh sejarah, bangunan kolonial dan seni jalanan yang colourful. Tapi kadang-kadang, kita perlukan sesuatu yang lain daripada biasa iaitu pengalaman yang luar dari norma. Di sinilah Ghost Museum Penang muncul sebagai port unik yang patut dicuba, terutama kalau kalian kaki seram atau suka benda-benda pelik dan supernatural.

Lokasi Strategik di George Town

Ghost Museum terletak di Lebuh Melayu (Malay Street), hujung selatan kawasan heritage George Town. Lokasinya mudah dicapai dengan berjalan kaki dari pusat bandar atau kalian boleh naik Grab, dan pemandu akan hantar terus depan pintu.

Waktu Operasi & Harga Tiket

Muzium ini dibuka setiap hari dari jam 10.00 pagi hingga 7.00 malam. Harga tiket berbeza untuk pemegang MyKad dan bukan MyKad, dan mereka cukup tegas dalam memeriksa kad sebelum memberi diskaun.

  • Dewasa: RM24 (MyKad) / RM34 (bukan MyKad)
  • Kanak-kanak / pelajar: RM16 (MyKad) / RM24 (bukan MyKad)

Harga meningkat RM2 pada hujung minggu

via @Tripadvisor

Kalau kalian jangka lawatan santai, lupakan! Muzium ini tiga tingkat penuh dengan model seram, cerita hantu dan bilik zombi yang realistik. Setiap tingkat membawa pengunjung melalui pameran pelbagai budaya iaitu dari Malaysia, China, Jepun hingga Mesir, selain seksyen khas untuk Halloween, Dracula dan Zombie Attack.

Kalau nak pengalaman lebih immersive, kalian boleh pakai kostum yang disediakan dan ambil gambar.

Perincian dan craftsmanship setiap pameran memang tip-top, dengan sentuhan halus yang buat setiap bilik seolah hidup. Bilik Zombie Attack di tingkat atas memang paling “wow”, manakala bilik makan dengan potret hidup di dinding turut buat bulu roma meremang!

Tarikan Menarik di Armenian Street Yang Kalian Wajib Terokai!

Sesuai Untuk Siapa?

Tiada had umur rasmi, tapi kalau bawak anak kecil, ibu bapa kena check dulu bilik Zombie sebelum decide nak bawa anak masuk atau tidak. Secara umum, kanak-kanak bawah 10 tahun mungkin terlalu takut, manakala remaja awal hingga awal 20-an yang minat horror pasti enjoy.

Aktiviti Lain Yang Boleh Dilakukan:

Kalau dah habis lawat Ghost Museum, kawasan sekitarnya pun ada port menarik lain:

  • Upside Down Museum di Kimberly Street, beberapa minit jalan kaki.
  • Chew Jetties dan Batik Painting Museum.
  • Seni jalanan di Armenian Street yang iconic

Kalau hanya ada sehari di Penang, Ghost Museum mungkin bukan pilihan utama sebab banyak lagi port unik lain untuk diterokai. Harga tiket agak mahal untuk tempoh lawatan yang singkat.

Tapi kalau kalian ada masa lebih, atau memang kaki horror dan benda supernatural, Ghost Museum Penang adalah port yang unik dan pelik serta pengalaman yang tak dijangka dalam bangunan heritage George Town.

MuseumPulau Pinang
https://lomp.at/d8jjw
Share7Tweet5SendShare

KINI TRENDING

Gambar: Facebook @The Tiny Lake
LifeXplore

Kafe Panda Di Tengah Tasik? Ini Sebab The Tiny Lake (SENAI) Jadi Port “Healing” Ramai Orang

by Farah Fatihah
February 18, 2026

Kalau kalian sukakan tempat yang tenang, comel dan sesuai untuk lepas penat dari rutin harian, sebuah kafe bertema panda di...

Read moreDetails
LifeXplore

Dari Roti Ke Rezeki Raya, Gardenia Bantu Asnaf Shopping Raya

by Phic ARMAN
March 12, 2026

Bila masuk saja bulan Ramadan, memang terasa aura berkongsi dan saling membantu. Kali ini, jenama roti kegemaran ramai, Gardenia Bakeries...

Read moreDetails
Korporat

Aurat Terjaga, Hati Tenang: Salon Muslimah Ini Labur RM700K Untuk Hijabis

by Ayu Kamaruddin
January 19, 2026

Bayangkan, sebuah salon di Bandar Baru Bangi yang sepenuhnya direka untuk wanita Muslimah.  Dari pintu masuk hingga ruang rawatan, semua...

Read moreDetails
Automotif

Toyota Lancar Model Hibrid Termurah, Harga Bermula RM103,900 Paling Mampu Milik

by Ayu Kamaruddin
January 29, 2026

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) sekali lagi mencuri perhatian apabila melancarkan Toyota Vios HEV dan Vios HEV GR Sport,...

Read moreDetails
Foto - RTM
Islamik

“Nawaitu”- Teroka Makna Niat Dalam Kehidupan Muslim

by Nurul A.
March 1, 2026

“Nawaitu”, satu kata yang sarat makna. Niat. Tujuan. Arah. Ramadan sering dikaitkan dengan ibadah ritual namun ‘Nawaitu’ mengajak kita melihat...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  4. 4

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

  5. 5

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara