Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

“Gunung Kinabalu” – Duet Keluarga Azharina & Daniesh Undang Nostalgia

by Aphit J.
August 31, 2025
Share on Facebook

Bersempena Hari Malaysia 2025, penyanyi tersohor dan anak jati Sabah, Azharina Azhar bakal melancarkan lagu patriotik pertamanya berjudul “Gunung Kinabalu”, sebuah duet istimewa bersama sepupunya, penyanyi muda Daniesh Suffian.

Semangat Sabah Dalam Sebuah Lagu

Lagu ini bukan sahaja satu bentuk penghormatan kepada negeri Sabah, tetapi juga untuk mengenang arwah Datuk Haji M.Y. Ismail, tokoh keluarga yang banyak berjasa kepada mereka.

Lebih menarik, lagu ini merupakan adaptasi karya lama nyanyian Surianah Mansah (ibu Daniesh) yang terkenal pada era 90-an.

Kini, dengan susunan muzik baharu dan lirik yang lebih segar, lagu ini tampil sebagai karya moden yang masih mengekalkan nilai warisan budaya dan jati diri Sabah.

Projek Keluarga Penuh Makna

via boymapmusic

Azharina menyifatkan projek ini sebagai momen yang cukup peribadi.

Ini adalah lagu patriotik pertama saya, dan lebih manis kerana dapat bekerjasama dengan sepupu sendiri.

Kolaborasi ini dianggapnya bukan sekadar kerjasama muzik, tetapi satu kenangan keluarga yang sangat istimewa.

Daniesh pula menyatakan bahawa bekerja bersama Azharina memberi pengalaman seni yang berbeza dan penuh emosi.

Mereka juga mengakui telah menerima banyak maklum balas positif sejak memuat naik beberapa video cover bersama di media sosial.

Rata-rata peminat mahu melihat lebih banyak kolaborasi antara dua generasi ini.

Gunung Sebagai Lambang Jiwa Rakyat Sabah

via boymapmusic

Menurut Azharina, Gunung Kinabalu dipilih sebagai tajuk kerana ia bukan sahaja simbol ikonik Sabah, malah mewakili semangat, kekuatan dan ketabahan rakyatnya.

Lagu ini diharapkan mampu menyuntik rasa cinta terhadap negeri dan tanah air, bukan hanya kepada rakyat Sabah, tetapi seluruh Malaysia.

Lagu “Gunung Kinabalu” akan dilancarkan secara rasmi pada 3 September 2025, dan boleh didengarkan di semua platform digital seperti Spotify, Apple Music dan YouTube Music.

Video muzik rasmi turut akan dilancarkan serentak dan dijangka menjadi antara tonton wajib sempena Hari Malaysia tahun ini.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
azharina azharDaniesh Suffian
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

Sir Stephen Hough Bakal Pukau Penonton Di KLCC, Dua Karya Beethoven Jadi Tarikan Utama

by Phic ARMAN
October 19, 2026

Peminat muzik klasik, ini masanya untuk menikmati persembahan bertaraf antarabangsa! Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) bakal membawakan konsert istimewa bertemakan A...

Read moreDetails
Eddie G & Chubb-E, Serangan Radikal
Spotlight

Eddie G & Chubb-E Bergabung, Lancar “Serangan Radikal”

by Nurul A.
September 22, 2026

Industri muzik hip-hop tempatan dimeriahkan dengan pelancaran single terbaharu berjudul “Serangan Radikal”, yang menampilkan gabungan dua artis hiphop iaitu Eddie...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

  2. 2

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara