Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita FAKTA

Habis RM1 Juta Belanja Rakyat! Ini 5 Rahsia TMJ Yang Ramai Tak Tahu

by Phic ARMAN
April 12, 2018
Foto: JOHOR Southern Tigers

Foto: JOHOR Southern Tigers

Share on Facebook

Heboh di kalangan rakyat Malaysia selepas Tunku Ismail Sultan Ibrahim dilaporkan membuat kejutan di sebuah pasaraya di Bandar Tebrau, Johor apabila Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu secara spontan beramah mesra dengan pelanggan dan menanggung perbelanjaan mereka. TMJ dikatakan berbelanja RM3,000 untuk setiap seorang pelanggan dengan jumlah keseluruhan perbelanjaan berjumlah RM1 juta.

Foto: JOHOR Southern Tigers
Foto: JOHOR Southern Tigers

Di sebalik niat murninya untuk mengurangkan beban rakyat Johor, mungkin ramai yang tidak mengenali beliau secara lebih mendalam. murai.my tertarik dengan sebuah wawancara yang dikeluarkan oleh portal dari Singapura yang mendedahkan rahsia keperibadian TMJ.

Menurut Mediacorp, TMJ mempunyai sifatnya yang lebih terbuka dan berseloroh dalam satu video wawancara itu.

Berikut murai.my cuba simpulkan 5 rahsia keperibadian hidup TMJ.

Tak Takut Hantu

Dalam wawancara itu, TMJ mengatakan saat dia berada di Istana, hantu yang mengganggunya hanya semasa waktu beliau kecil sahaja. Kini, hantu pula takut dihalau keluar dari istana. Meskipun nampaknya TMJ tidak takut diganggu hantu, TMJ tidak suka menonton filem atau drama seram. Kalau tengok cerita hantu dia akan tutup telinga dan mata. Ini kerana, jelas TMJ, beliau “tidak suka terperanjat”.

Binatang Kesayangan? Harimau & Jerung 

Bila cakap pasa binatang peliharaan, kebiasaannya kucing, arnab dan burung pilihan pencinta haiwan. Namun TMJ memilih harimau dan jerung. Alasannya, Jerung merupakan haiwan paling champion dalam laut manakala harimau pula paling champion di darat. Eksotik betul haiwan kesayangan TMJ ni!

Kereta Idaman

Dengan puluhan kereta mewah yang dimiliki TMJ, beliau memberikan senarai kereta-kereta kegemarannya. TMJ menyukai kereta jenama Rolls-Royce, Bugatti Chiro yang baru, Dodge, buat masa ini Hellcat. Manakala Motosikal pula, TMJ gemar motosikal besar seperti Harley Davidson.

Tak Perlu Tunggu Sakit, Program Saringan Percuma Wanita Johor 2026 Kini Aktif

Kalau TMJ Bukan Tunku Mahkota

Apa agaknya  pekerjaan TMJ jika beliau bukan Tunku Mahkota. Beliau mendedahkan mahu menjadi ‘Hitman’, pembunuh upahan. Impiannya pula adalah untuk menjadi kaya.

“Saya nak buat duit. Saya nak kaya betul-betul kaya sampai kalau saya tengok saya nak beli kerajaan Malaysia, kerajaan pun saya beli. Kalau nak beli separuh dunia, separuh dunia pun saya beli,” kata TMJ.

Pasukan Bola Sepak Yang Diminati

Foto: JOHOR Southern Tigers

Selain daripada Johor Darul Takzim, TMJ mendedahkan bahawa pasukan bola sepak kegemarannya di dalam negeri adalah Selangor. Di luar negara pula, beliau meminati England, Manchester United, Juventus,  Borussia Dortmund dan Barcelona.

Sumber Mediacorp

johorsultan johorTmjTunku Ismail Sultan Ibrahim
https://lomp.at/ks41m
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

HotList

Insiden Pelajar Dirempuh SMK Tanjung Mas, Ini Penjelasan Sains Kenapa Kesilapan Seperti Ini Boleh Berlaku

by Ayu Kamaruddin
April 14, 2026

Insiden menyayat hati yang berlaku di sebuah sekolah di Kota Bharu baru-baru ini terus menjadi perhatian ramai. Media sebelum ini...

Read moreDetails
HotList

“Tragedi Surau Sekolah”, Insiden SMK Tanjung Mas Cetus Kesedaran Zon Keselamatan Di Sekolah

by Ayu Kamaruddin
April 13, 2026

Baru-baru ini tular satu kejadian yang mengejutkan ramai apabila insiden membabitkan pelajar dan sebuah kenderaan berlaku di kawasan Sekolah Menengah...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  2. 2

    Bekas Pengawal Peribadi Shah Rukh Khan Dedah Jumlah Gaji Diterima

  3. 3

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  4. 4

    Peminat Panik Selepas Shah Rukh Khan Mahu ‘Berehat’ Dari Dunia Lakonan

  5. 5

    Pulai Trail KL: Hutan Tersembunyi Di Tengah Bandar Yang Ramai Tak Sedar

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara