Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita

Tren Ekspres Selatan Tamat 1 Januari, Ini Peranannya Selama 9 Tahun & Apa Pilihan Lepas Ini

by Ayu Kamaruddin
December 31, 2025
13
KONGSIAN
Share on Facebook

Perkhidmatan Tren Ekspres Selatan (ES) yang selama ini menjadi nadi pengangkutan di jajaran selatan bakal melabuhkan tirainya secara rasmi pada 1 Januari 2026. Selepas hampir sembilan tahun beroperasi, tren ini meninggalkan legasi besar, khususnya buat penduduk di selatan Johor dan Wilayah Iskandar.

Sejak diperkenalkan pada 2016, ES merekodkan lebih 2.6 juta penumpang, sekali gus membuktikan peranannya bukan sekadar pengangkutan, tetapi keperluan harian ramai pengguna.

Bukan Tren Biasa, Ini Laluan Yang Jadi Tumpuan

Menurut Ketua Pegawai Operasi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Afzar Zakariya, perkhidmatan ES menerima purata 800 hingga 1,000 penumpang sehari, melibatkan enam perjalanan harian pergi dan balik.

“ES memberi impak besar kerana ia menghubungkan bandar besar dan sederhana besar pada laluan selatan seperti Segamat, Kluang, Labis, Kulai dan Johor Bahru” katanya kepada BERNAMA 

Laluan ini menjadi pilihan utama pelajar, pekerja harian, warga emas dan keluarga yang bergantung kepada tren sebagai pengangkutan yang konsisten, selesa dan berpatutan.

Banyak Bantu Ekonomi & Kurangkan Kesesakan Jalan Raya

Sepanjang tempoh operasinya, ES bukan sahaja memudahkan pergerakan, malah menyumbang kepada perkembangan ekonomi tempatan. Pengguna memanfaatkan perkhidmatan ini untuk urusan kerja, perniagaan dan pelancongan.

Malah, ES yang dahulunya dikenali sebagai Shuttle Selatan, membuat perjalanan dari Gemas ke Woodlands dengan nombor tren 61 dan 62, juga menyediakan akses terus ke Johor Bahru serta kesinambungan kepada perkhidmatan tren lain ke bahagian utara Semenanjung Malaysia.

Topik Berkaitan Bukan Sekadar Ladang! Aliyah Rizq Farm Rupanya Port Qurban & Aktiviti Rare Yang Ramai Tak Tahu

Secara tidak langsung, ia turut:

  • Merancakkan sektor perhotelan
  • Meningkatkan permintaan pengangkutan awam
  • Membantu perniagaan kecil-kecilan
  • Menggalakkan pertumbuhan destinasi pelancongan baharu

Selain itu, ES turut membantu mengurangkan kebergantungan kepada lebuh raya, terutamanya ketika kesesakan  dari Johor Bahru.

Kenapa ES Ditamatkan?

KTMB memaklumkan penamatan operasi ES bagi laluan Gemas–JB Sentral–Gemas adalah sebahagian daripada penyelarasan dan pengoptimuman perkhidmatan, sejajar dengan kemajuan Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas–Johor Bahru.

Langkah ini dibuat bagi memastikan perkhidmatan tren yang lebih cekap dan bersedia untuk fasa seterusnya pengangkutan rel di selatan tanah air.

Lepas ES Tamat, Ini Alternatif Untuk Penumpang

Untuk memastikan peralihan berjalan lancar, KTMB telah menyelaraskan jadual dengan pelaksanaan sambungan perkhidmatan ETS dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru yang bermula bulan ini.

Bagi tahun hadapan, sebanyak 12 perkhidmatan ETS akan disediakan dari Johor dan ke laluan utara Semenanjung , merangkumi:

  • 8 perkhidmatan KL Sentral – JB Sentral
  • 2 perkhidmatan JB Sentral – Butterworth – JB Sentral
  • 2 perkhidmatan JB Sentral – Padang Besar – JB Sentral

Langkah ini memastikan penumpang dari Johor masih mempunyai akses lancar ke laluan utara, tengah dan timur Semenanjung.

Manfaat Untuk Pelancong Juga

Penambahan perkhidmatan ETS ini bukan sahaja memudahkan penduduk tempatan, malah memberi manfaat kepada sektor pelancongan, termasuk:

  • Pelancong dari Singapura
  • Pelancong antarabangsa yang transit di Lapangan Terbang Changi
Topik Berkaitan Tradisi Baraan Johor: Cara Unik Sambut Hari Raya Aidilfitri Yang Masih Kekal

Mereka kini boleh menggunakan ETS untuk perjalanan ke Kuala Lumpur, Butterworth atau Padang Besar dengan lebih mudah.

Walaupun perkhidmatan Ekspres Selatan bakal menjadi kenangan bermula 1 Januari, peranannya dalam memacu mobiliti, ekonomi dan gaya hidup penduduk selatan tidak boleh dinafikan.

Kini, fokus beralih kepada perkhidmatan ETS sebagai kesinambungan perjalanan dengan harapan lebih cekap, selesa dan memenuhi keperluan pengguna masa kini.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
ESjohorKTMBShuttle Selatantamat
Share5Tweet3SendShare

KINI TRENDING

Berita

Saluran TV6 RTM Tamat Siaran Mulai 1 Julai, Peminat Luah Kecewa,- “Janganlah Tutup…”

by Phic ARMAN
June 30, 2026

Saluran TV6 RTM yang menjadi rumah kepada pelbagai rancangan klasik dan nostalgia buat rakyat Malaysia akan menamatkan siarannya bermula 1...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kenali 3 Menantu Sultan Brunei Yang Cantik Menawan- 1 Telah Ditarik Semula Gelarannya

  2. 2

    Nora Danish Amin Doa Bos Ned, Netizen Mula Berspekulasi

  3. 3

    4 Fakta Pengiran Raabi’atul Adawiyyah, Menantu Sultan Brunei Yang Ditarik Gelarannya

  4. 4

    Putera William Berang Apabila Isteri Diminta Tukar Ejaan Nama Kerana Ibu Tiri

  5. 5

    Bukan Tipu! 7 Filem Hollywood Ini Lakukan Adegan Seks Yang Nyata

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara