• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kecantikan

Hadiahkan Yang Tersayang Dengan Produk Kegemaran Meghan Markle, Tatcha

by Lisa Ghani
December 14, 2022
Foto - Women's Health

Foto - Women's Health

Share on Facebook

Berikan ritual kecantikan yang mengikat tanda cinta.!

Sejak Meghan Markle memberitahu Tatcha, salah satu jenama penjagaan wajah kegemarannya, Miss Murai turut menjadi peminatnya juga. Paling Miss Murai suka adalah Tatcha Lip Sleeping Mask, yang membuatkan bibir gebu dan mungil bila bangun dari tidur.

Sempena musim perayaan, Tatcha menjanjikan set hadiah istimewa buat para peminat. Menghiasi setiap set hadiah Tatcha ialah mizuhiki. Sebuah adat Jepun berabad-abad lamanya, mizuhiki ialah simpulan hiasan yang ditenun untuk melambangkan peleagai sentimen pada majlis pemberian hadiah. Selalunya rumit dan sukar untuk dirungkai, ia mewakili ikatan yang kuat antara dua orang.

Jadi, kamu yang sedang mencari hadiah krismas untuk orang tersayang, Miss Murai cadangkan set hadiah Tatcha. Pasti si dia akan terus senyum bahagia.

Dewy Cleanse + Hydrate Duo, RM 135

Memberikan penghidratan kulit yang gebu dengan pembersih yang melembutkan kulit dan pelembap yang kaya ini. Menampilkan campuran alga Okinawa dan beras Jepun, formula berkrim ini membersih dengan lembut untuk kulit gebu dan bercahaya.

Foto – Tatcha

Termasuk Rice Wash (50 ml) dan Dewy Skin Cream (10 ml)

Clarifying Cleanse + Hydrate Duo, RM 135

Kulit licin dan seimbang dengan pembersih pengelupasan dan pelembap yang mencerahkan ini. Dibuat dengan wild rose dan leopard lily, formula ini membantu menjernihkan kulit, mengetatkan pori-pori dan meminimumkan minyak berlebihan.

Foto – Tatcha

Set ini termasuk Deep Cleanse (50 ml) dan The Water Cream (10 ml)

Clarifying Essentials Set, RM 370

Pembersih pengelupasan, topeng pencerah dan pelembap ringan mempunyai wild rose, bahan botani yang digemari di Jepun, untuk mengetatkan pori-pori dan meminimumkan minyak dan sebum yang berlebihan.

Foto – Tatcha

Set ini merangkumi Deep Cleanse (50 ml), Water Cream (50 ml) dan Kucha Clay Mask (10 ml)

Terinspirasi Perkahwinan Diraja, Ini Harga Lilin Eksklusif Meghan Markle

Dewy Skin Essentials Set, RM 420

Memberikan kulit gebu dan berembun dalam tiga langkah dengan formula hyaluronic acid, Okinawa algae dan bahan tulen Jepun.

Foto – Tatcha

Set ini menawarkan Rice Wash (50 ml), Dewy Serum (10 ml) dan Dewy Skin Cream (50 ml)

Japanese Ritual For Radiant Skincare Set, RM 495

Ritual empat langkah ini menyuburkan kulit dengan bahan semula jadi yang berkesan lembut seperti sutera, dedak padi dan minyak camelia Jepun untuk kulit yang tegang, cerah dan licin.

Foto – Tatcha

Produk dalam set ini adalah Camellia Cleansing Oil (50ml), Rice Polish: Classic (15g), Essence (75ml) dan Silk Cream (10ml)

Jadi, dah pilih mana yang sesuai untuk buah hati? Beli produk Tatcha di stor, aplikasi Sephora dan www.sephora.my.

Meghan Marklesephora tatchatatcha
https://lomp.at/hl5bb
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

No Content Available
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Siti Nurhaliza Bercuti Bersama Keluarga Di Jepun, Telatah Afwa Curi Perhatian Netizen

  2. 2

    [VIDEO] Cik B & Leona Rancang Lokasi Percutian, Curi Perhatian Netizen-“Gini Rupanya Perbualan T20..”

  3. 3

    [VIDEO] Fatima Menangis Terharu Fazura Belikan ‘Blind Box’ Berharga RM1,500…

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Hael Husaini ‘Call’ Afwa Suruh Simpan Telefon Siti Nurhaliza

  5. 5

    [GAMBAR] Gelagat Anak Perempuan Tok Ram ‘Selfie’ Bersama Buatkan Netizen Terhibur!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore