Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Hadir Ke Kediaman Rumah Seorang Datuk Seri Untuk Menyita Hartanya, Aishah Tuntut Hadiah Tanah Lot Banglo

by Puteri Alia
August 23, 2023
Share on Facebook

Penyanyi, Datuk Aishah baru-baru ini hadir ke kediaman Datuk Seri Mohd Amir Mohd Esa untuk menyita harta individu yang pernah menaja hadiah berupa lot tanah banglo kepadanya.

Aishah, 58, berkata, tindakan itu diambil selepas individu itu gagal menyelesaikan isu pembayaran seperti dijanjikan dan sudah menghantar writ penyitaan kepadanya.

“Hari ini, saya berada di hadapan rumah Datuk Seri Mohd Amir Mohd Esa, yang sebenarnya, dua minggu lalu, kami dah hantar writ saman penyitaan.

“Disebabkan tak ada penyelesaian, kami datang untuk melelong barang-barang ini. Tapi, sekarang ini, tak ada orang pula (di rumah), padahal, dia dah tahu, kan? Jadi, baiklah.

“Ini bukanlah satu perkara menyeronokkan untuk saya buat, tapi, susahlah kami begini, orang lari-lari dan main-mainkan kita, kan? Saya takkan biarkan benda ini terlepas. Lebih baik kamu datang selesaikan dengan saya. Kalau kena muflis, kami akan mufliskan kamu,” katanya.

Menurut penyanyi lagu Janji Manismu itu, individu itu juga beberapa kali mengusulkan pelan pembayaran, namun, dia sendiri ingkar kepada pelan yang dibuat.

“Mulanya, kita tahu bahawa dia dan dua lagi rakan kongsi yang juga isteri dan anaknya, menaja tanah lot banglo. Tahun pertama, kami berjumpa dan dia minta ditangguhkan pembayaran dan berikan masa untuk dia melunaskan hadiah itu. Jadi, kami berikan masa.

“Tapi, selepas beberapa tahun, kami bertanya lagi dan dia abaikan pertanyaan kami. Akhirnya, saya seorang sahaja yang teruskan dengan membawa ke mahkamah, sampailah tahun kelima, barulah dapat melalui proses perbicaraan pada tahun lalu.

“Dipendekkan cerita, kami dapat persetujuan di hadapan mahkamah untuk pembayaran yang sudah dipersetujui kedua-dua belah pihak. Tetapi, sekiranya dia tak ikut arahan pembayaran, semuanya akan kembali kepada amaun asal yang dituntut iaitu RM300,000.

“Apa yang berlaku, pembayaran pertama dan kedua, okay. Manakala, pembayaran ketiga, dia mula culas. Dia beritahu, ada bayaran yang belum ‘masuk’ lagi dan mungkin lambat sedikit untuk dia lunaskan bayaran ketiga.

“Kami tunggu sehingga tarikh yang dia janjikan, tetapi, dia terus senyap. Kami tunggu lagi beberapa bulan dan barulah dia menerusi peguamnya, membuat usul kedua untuk pelan pembayaran. Kononnya, dia akan bayar amaun tertentu dan minta diberi masa setahun atau lebih untuk diselesaikan,” katanya.

Jelas Aishah, dia terpaksa mengambil tindakan sebegitu kerana tidak ada lagi jaminan yang dapat meyakinkannya.

“Dia bayar amaun pertama pada bulan pertama, kemudian senyap semula. Jadi, akhirnya, kerana dia tak berusaha untuk selesaikan perkara ini, kerana dia culas, semuanya akan kembali kepada amaun asal yang kami tuntut.

“Apa yang berlaku, kami minta kepada mahkamah untuk menyita dan menghantar writ penyitaan harta benda di dua rumahnya. Kami dah pergi pada 8 Ogos lalu, dan dia dah tahu. Jadi, kalau dia nak selesaikan, dia dah selesaikan.

“Dia bagi satu lagi pelan pembayaran yang bagi saya, hanya untuk dia mengelak daripada penyitaan. Apa jaminannya, kalau dia dah buat dua kali pelan pembayaran, tapi dia yang ingkar?” katanya.

Tambahnya, apa yang berlaku membazirkan masanya dan juga masa pihak mahkamah memandangkan individu itu, rupa-rupanya, sudah diisytihar muflis.

“Apa yang berlaku, kami tak dapat menyaman Datuk Seri Amir sebab tiga hari kami di mahkamah, kami baru mendapat tahu bahawa dia adalah seorang yang muflis. Dia membazirkan masa saya. Saya beritahu dia, saya takkan biarkan benda ini terlepas. Jadi, dua rakan kongsinya dan dia, sila selesaikan.

“Seterusnya, untuk kami dapatkan perintah mahkamah, bagi memecah masuk ke rumahnya dan saya tak mahu sampai ke tahap itu,” katanya.

Aishah juga menegaskan kepada orang awam supaya tidak termakan dengan drama ‘play victim’ yang dilakukan oleh individu itu.

“Kepada yang menganggap saya kejam sangat sampai menyita dan dia tengah sakit, sebelum buat tanggapan, saya minta anda jangan termakan dengan drama ‘play victim’.

“Anda kena faham, kes ini bermula daripada penghujung tahun 2017. Jadi, pada ketika itu, dia tak sakit sampailah hari ini, sakitnya baru dalam dua atau tiga bulan lalu. Jadi, tak perlu kecam saya tak berhati perut. Anda kena faham, dah hampir enam tahun,” katanya.

Aishah juga menasihatkan golongan artis supaya sentiasa tahu hak mereka dan menggunakan saluran undang-undang bagi mendapatkan hak mereka.

“Kalau orang cakap, saya terlalu ‘hadap’ sampai nak menyita, sebenarnya, ini adalah berkaitan prinsip. Kita sebagai artis, kepada kawan-kawan semua, kena tahu apa hak kita dan bagaimana kita. boleh menggunakan undang-undang negara untuk mendapatkan hak kita.

“Jangan kita biarkan orang memperkotak-katikkan kita, janjikan itu dan ini, kemudian, habuk pun tak ada, lari-lari dan buat kita seperti orang bodoh.

“Biar kes ini menjadi contoh dan saya akan berjuang sehingga ke penghujung. Insya-Allah,” katanya.

Untuk rekod, Aishah yang juga juara program Gegar Vaganza 4 (GV4) dijanjikan sebidang tanah lot banglo, namun, timbul isu apabila penaja itu tidak memenuhi perjanjian mengenai saiz tanah.

Error happened.
aisyahgegar vaganza
https://lomp.at/r1hs6
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  3. 3

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  4. 4

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  5. 5

    Ramai Tengah Serbu Seri Negara KL, Tempat Bersejarah Ini Kini Nampak Lebih Moden

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara