• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

“Selalu Marah & Panas” – Hafiz Mahamad & Syafiqah Aina Kena Buatan Orang

Jelasnya, Aina telah menjadi seorang yang panas baran malah tidak lagi mesra seperti dahulu

by Khai Azfar
September 6, 2021
147
KONGSIAN
Share on Facebook

Personaliti media sosial yang juga usahawan, Hafiz Mahamad mendedahkan bahawa dia dan isterinya telah terkena perbuatan syirik seseorang.

Sikap Aina Berubah

Menurut Hafiz, dia mengetahui akan perkara tersebut selepas mendapatkan rawatan secara Islam dengan seorang ustaz berikutan berhadapan dengan pelbagai perkara mistik. Lebih mendukacitakan, Hafiz turut mendakwa sikap isterinya yang juga seorang personaliti media sosial terkenal, Syafiqah Aina seperti sudah berlainan dan tiba-tiba berubah.

View this post on Instagram

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

Jelasnya, Aina telah menjadi seorang yang panas baran malah tidak lagi mesra seperti yang dikenalinya sejak dahulu lagi. Enggan mengeruhkan lagi keadaan, Hafiz berkata dia terpaksa mengalah setiap kali isterinya menjadi sedemikian.

“Katakanlah saya terjatuh nasi sikit. Benda itu pun boleh jadi panas. Tapi saya tak pernah marah, saya tak pernah melawan, saya tak pernah pun ambil sedikit hati atau sakit hati. Saya kadang-kadang pelik sampai cakap ‘yang, kenapa awak macam ini?’. Walaupun dia tak ungkap dengan kata-kata tapi tengok air muka dia saya tahu dia panas.

“Kadang-kadang saya peluk dia sebab saya malas nak panjang cerita kan? Kita bahagia. Apa yang awak tengok dekat sosial media itu benda yang betul. Memang kita bahagia tapi ada sedikit gangguan macam benda itu bagi kesan dekat saya punya hati dan diri.

“Saya tak pernah melawan, saya tak pernah tengking dan cakap ‘Aina, kau tak boleh macam ini. Kau tak boleh panas’. Saya tak pernah cakap macam itu. Sebaliknya, saya peluk dia.

“Bila tanya ustaz, ustaz itu pun ada berkongsi juga bila makhluk macam itu dia ada dekat tubuh badan seseorang itu bukan nak menghancurkan tubuh badan seseorang itu tapi nak mengacau tubuh badan orang lain.

“Sebab tugas syaitan ini, tugas makhluk-makhlus ghaib adalah untuk menghasut. Yang bertindak adalah kita, dia menghasut. Alhamdulillah, Allah masih sayang akan keluarga saya, masih sayangkan saya dan isteri saya. Kita selalu beringat, kalau Aina marah saya akan redakannya. Kalau Aina terlepas rutin dia macam sediakan saya makanan, walaupun terpaksa dia buat juga sebab benda itu dekat dalam mungkin dia paksakan.

“Jadi saya syukur sebab Allah jaga dan sebab saya hari-hari minta ‘Ya Allah, Kau jangan hilangkan rasa sayang, rasa cintaku pada isteriku sama juga pada isteriku pada ku. Kau hantarkanlah, kurniakanlah setiap saat rasa cinta, rasa sayang, rasa rindu pada aku kepada isteriku dan isteriku untuk aku’ Setiap solat, saya berdoa benda itu” dedah Hafiz

Hafiz Memaafkan Individu Tersebut

https://twitter.com/anas_aqasha77/status/1434530131515637767

Bagaimanapun, Hafiz meluahkan rasa syukur apabila segalanya kembali pulih seperti sedia kala dan sentiasa memaafkan sesiapa sahaja yang melakukan hal tersebut kepada mereka sekeluarga.

“Diri saya ini tidak ada apa-apa untuk didengkikan. Saya juga tidak jadikan isteri dan anak sebagai korban untuk pemasaran produk. Apa pun, saya maafkan si pelaku dan reda dengan apa yang telah terjadi.
“Saya berharap agar kawan-kawan semua dapat mendoakan kesejahteraan saya sekeluarga,” katanya lagi

Hafiz mendedahkan perkara tersebut, selepas mengulas hantaran salah satu video di laman Insta-story nya yang memperlihatkan Aina sedangn menangis dan seakan menahan sakit dipercayai mendapatkan rawatan perubatan secara Islam.

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumahtangga pada 24 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Raisya Arisa,3 tahun.

Hafiz Mahamad Mohon Maaf Isu Staf Perli Pizza Cik Epal-"Diorang Yang Buat Hal, Saya Yang Kena.."
hafiz mahamadsyafiqah aina
https://lomp.at/nbcyt
Share59Tweet37SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

via Instagram Puteri Balqis Azizi
Gossip

15 Tahun Menderita, Ibu Puteri Balqis Bongkar ‘Belang’ Sebenar Bekas Suami

by Puteri Alia
September 5, 2022

Kisah gelap yang dilalui pelakon berbakat, Puteri Balqis bersama ibunya Norashikin Mohd Aziz yang diceritakan menerusi podcast bersama Bros Gang...

Read moreDetails
Gossip

6 Kontroversi Selebriti Malaysia Yang Membabitkan RUMAH SYAITAN !

by Ayden Mikhael
April 22, 2018

Boleh dikatakan setiap tahun pasti akan timbul kisah selebriti Malaysia dan kelab malam (clubbing) atau lebih dikenali dengan rumah syaitan....

Read moreDetails
Berita

Rita Rudaini Dedah Kisah Lama Bekas Isteri Safee Sali, Fitria Elfina?-“Balasan Allah Itu Pasti…”

by Naddy Joe
March 27, 2024

Umum mengetahui, bekas pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali bersama isterinya Fitria Elfina Maharip telah sah bercerai talak dua di...

Read moreDetails
Gossip

“Berhenti Burukkan Mummy”- Zaki Yamani Bidas Dakwaan Jamal Abdillah Isu Dihalang Untuk Bertemu

by Naddy Joe
April 12, 2022

Anak lelaki penyanyi tersohor negara, Jamal Abdillah iaitu Zaki Yamani tampil membidas dakwaan bapanya yang mendakwa telah dihalang oleh bekas...

Read moreDetails
Gossip

Isu Menjadi Mangsa Gangguan Seksual, Netizen Ini Dakwa Bapa Puteri Balqis Buat Laporan Polis?

by Naddy Joe
September 6, 2022

Industri hiburan baru-baru ini digemparkan dengan pendedahan mengejutkan oleh pelakon, Puteri Balqis yang menceritakan dirinya pernah menjadi mangsa gangguan seksual...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  2. 2

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  3. 3

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  4. 4

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  5. 5

    Sweet Qismina Tidak Mahu Masuk Campur Isu Puteri Balqis & Mia Sara-“Apa Yang Saya DM Dekat Aqish Itu…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore