Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Hollywood

Hailey Bieber Dedah Jual Perniagaan Skincare Rhode Bernilai RM4.7 Bilion

by Aphit J.
June 1, 2025
125
KONGSIAN
Share on Facebook

Hailey Bieber, bukan sahaja dikenali sebagai model dan isteri kepada penyanyi terkenal Justin Bieber, tetapi juga sebagai usahawan berjaya melalui jenama penjagaan kulit miliknya, Rhode.

Menjual Kepada e.l.f. Beuty

via Rhode

Terbaru, Hailey telah menjual syarikat tersebut kepada jenama kosmetik terkenal, e.l.f. Beauty dengan nilai yang luar biasa.

Menurut laporan E! Online, Hailey yang kini berusia 28 tahun, menjual Rhode dengan nilai sebanyak USD1 bilion, bersamaan kira-kira RM4.7 bilion berdasarkan kadar tukaran semasa.

Daripada jumlah itu, USD800 juta (kira-kira RM3.76 bilion) dibayar dalam bentuk tunai dan saham kepada pemilik asal Rhode, termasuk Hailey sendiri, CEO Nick Vlahos, serta pengasas bersama Lauren Ratner dan Michael D. Ratner.

Baki USD200 juta (lebih RM940 juta) pula akan dibayar berdasarkan prestasi pendapatan dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Satu Permulaan Baharu

via MET

Hailey menyifatkan penjualan ini sebagai satu permulaan baharu buat jenama yang dibinanya.

Dalam kenyataannya di Instagram, beliau menyatakan impiannya adalah untuk membawa Rhode ke lebih banyak tempat dan menjadikannya boleh diakses oleh semua.

Dilancarkan pada Jun 2022, Rhode diambil sempena nama tengah Hailey sendiri. Jenama ini menumpukan kepada produk penjagaan kulit berkualiti tinggi dan berkesan, yang pantas mendapat tempat di hati pengguna global.

Sehingga Mac 2025, jualan Rhode mencecah lebih USD200 juta (RM940 juta) dalam tempoh hanya 12 bulan.

Hailey turut menegaskan sejak awal bahawa visinya untuk Rhode adalah inklusif dan terbuka kepada semua golongan.

Kini dengan kerjasama bersama e.l.f. Beauty, beliau berharap dapat meluaskan lagi capaian jenama tersebut ke seluruh dunia.

[VIDEO] Jatuh Dari Papan Selaju Elektrik, Justin Bieber Alami Kecederaan Tulang Rusuk
Hailey Bieber
https://lomp.at/353ab
Share50Tweet31SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Spotlight

Makan Dalam! Izara Aishah Bersuara Isu Konsert Siti Nurhaliza Dianggap ‘Boring’

by Zaidin Albert
January 14, 2026

Isu “boring concert” tiba-tiba menjadi buah mulut netizen selepas posting Izara Aishah di Threads menarik perhatian ramai. Dalam posting itu,...

Read moreDetails
Lokal

Program Realiti Drama Masakan ‘Dapur Goodday’ Kini Kembali

by Naddy Joe
February 28, 2026

Program realiti drama masakan yang pertama seumpamanya di Malaysia, Dapur Goodday kembali dengan musim kedua. Menemui penonton bermula 18 Februari,...

Read moreDetails
Foto - weechuanchin (FB)
Lokal

[VIDEO] “Harap Semua Faham, Kita Hormat Agama Islam”- Abe Wee

by Nurul A.
February 24, 2026

Tak dinafikan apabila tiba sahaja bulan Ramadan, kita berpeluang melihat penganut agama lain mencuba untuk berpuasa, termasuklah pempengaruh media sosial,...

Read moreDetails
Lokal

Zahnita Wilson Nyaris Jadi Mangsa Scammer-“Hati-Hati Di Luar Sana..”

by Naddy Joe
February 26, 2026

Model dan usahawan terkenal, Zahnita Wilson mendedahkan mengenai dirinya yang hampir menjadi mangsa 'scammer', baru-baru ini. Kongsi Zahnita atau nama...

Read moreDetails
Lokal

Aniq Suhair Terima 6 Jahitan Selepas Alami Kecederaan Ketika ‘Shooting’-“Malang Memang Tak Berbau..”

by Naddy Joe
January 9, 2026

Pelakon, Aniq Suhair berdepan kecederaan pada bahagian bawah lutut selepas kakinya tergelincir dan tersadung pada batu ketika menjalankan penggambaran filem,...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore