Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Hairul Azreen Nyaris Maut Dipatuk Ular Tedung

by Khai Azfar
August 28, 2018
Share on Facebook

Hairul Azreen seperti yang diketahui umum merupakan salah seorang pelakon yang sering kali menjayakan filem-filem aksi tempatan. Dengan pengalamannya dalam sukan mempertahankan diri antara faktor mengapa dia sering kali dipilih dalam filem bergenre sedemikian.

Kongsi Pengalaman Nyaris Dipatuk Anak Ular Tedung

Terbaru, Hairul ketika ditemui murai.my di sidang media filem Paskal mendedahkan dia nyaris dipatuk anak Ular Tedung. Menurut Hairul, ketika itu dia sedang berehat di sebuah kawasan berumput sementara menanti ketibaan rakan-rakannya yang lain. Sejurus daripada itu, dia sama sekali tidak menyedari akan kewujudan binatang berbisa tersebut di kakinya sehinggalah ditegur oleh salah seorang rakan.

“Saya sebenarnya bersyukur kerana baru-baru ini saya nyaris dipatuk anak ular tedung. Ketika itu, saya sedang berehat di kawasan berumput sementara menanti yang lain. Secara tiba-tiba salah seorang rakan saya suruh saya lari kerana di kaki saya terdapat haiwan berbisa itu. Saya tak dapat bayangkan bagaimana anak dan isteri saya kalau saya dipatuk ular ketika itu”

Sertai Acara Sukan Berbasikal

Dalam perkembangan lain, Hairul bakal sertai sebuah acara sukan berbasikal pada September ini di utara tanah air. Tambahnya lagi minat dalam acara ini bermula setelah pengarah filem Paskal, Adrian Teh berjaya mempengaruhinya dan rakan-rakan untuk turut sama dalam sukan ini. Hairul memegang watak sebagai Leftenan Komander Arman Anwar di dalam filem Paskal yang akan ditayangkan pada 27 September 2018.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Hairul Azreen
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    Katil Besi Sampai Patah Dua! Penyewa Didakwa Hilangkan Diri Selepas Tinggalkan Kerosakan Cetus Rasa Kecewa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara