Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Hampir ‘Burnout’ Kerana Kerja, Aniq Suhair Nasihat Jangan Paksa Diri

by Nurul A.
November 20, 2025
Foto - @aniqshr (IG)

Foto - @aniqshr (IG)

Share on Facebook

Pelakon kacak Aniq Suhair baru-baru ini mengakui dirinya hampir mengalamai kepenatan yang melampau (burnout) kerana melakukan banyak pekerjaan dan komitmen dalam satu masa.

Walau bagaimanapun, Aniq menegaskan kepenatan yang dialaminya tidak menjejaskan dan membuatkan dia mahu meninggalkan dunia lakonan yang sudah pun diceburinya sejak lima tahun yang lalu.

View this post on Instagram

Aniq atau nama sebenarnya Muhammad Aniq Suhair Mohd Salleh, mengakui bahawa lakonan adalah minat utamanya dan kini dia perlu lebih bijak dalam menyusun jadual lakonan dan juga perniagaan baharunya.

“Sebenarnya saya hampir ‘burnout’ sebab buat dua, tiga kerja dalam satu masa. Tapi bila saya fikir balik, inilah realiti seorang pelakon. Namun sampai tahap nak berhenti berlakon itu tidaklah. Sekarang saya ada komitmen lain seperti perniagaan kecil-kecilan. Jadi saya cuba bahagikan masa antara kerja, minat dan hobi.”

View this post on Instagram

Tambahnya, Aniq turut memberitahu bahawa dia tidak menolak sebarang rezeki berlakon tetapi dia perlu lebih teliti dalam menyusun jadual hariannya.

“Saya tak memilih untuk berlakon dalam filem atau drama. Apa sahaja tawaran yang saya dapat itu rezeki, cuma tengok pada waktu jugalah. Saya boleh terima tawaran tetapi kena bahagikan jadual, kalau pihak produksi boleh terima dan ikut jadual saya, inshaAllah saya boleh buat.”

View this post on Instagram

Pada masa yang sama, pelakon kacak itu juga sempat berpesan kepada orang ramai supaya tidak memaksa diri melakukan banyak pekerjaan sehingga boleh menjejaskan kesihatan.

“Apabila saya bandingkan diri saya, seorang pelakon dengan mereka di luar sana melakukan dua hingga tiga pekerjaan sekali gus, saya semakin memahami situasi mereka. Mereka sebenarnya jauh lebih ‘burnout’.

Saya sendiri pun hampir ke tahap itu, cuma saya ingin menasihatkan orang ramai agar jangan terlalu memaksa diri bekerja. Kalau sudah mula rasa tak larat atau hampir ‘burnout’ jangan paksa diri sampai benar-benar tidak mampu nak lakukan. Kesihatan itu sangat penting dan perlu dijaga.”

Sekadar info, Aniq Suhair bakal muncul dalam filem terbaru iaitu ‘Zero’. hasil karya pengarah Andre Chiew.

Aniq Suhair Terima 6 Jahitan Selepas Alami Kecederaan Ketika 'Shooting'-"Malang Memang Tak Berbau.."
Aniq Suhair
https://lomp.at/f44vp
Share2Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

Hajat Terakhir Eric Dane Yang Menyayat Hati

by Phic ARMAN
February 20, 2026

Pada 19 Februari, dunia hiburan kehilangan bintang Grey's Anatomy itu selepas hampir setahun berjuang melawan amyotrophic lateral sclerosis (ALS). Beliau...

Read moreDetails
Lokal

Anak Didie Alias Dedah Sikap Prihatin Ibu-“Dia Yang Uruskan Jenazah Ayah Padahal Bekas Suami…”

by Naddy Joe
February 24, 2026

Anak perempuan kepada pelakon dan pelawak, Niya Ridzuan iaitu Didie Alias mendedahkan sikap ibunya yang sangat prihatin terhadap semua pihak...

Read moreDetails
Spotlight

Norzeha Bongkar Keunikan “Talk To My Manager 2”, Bukan Sekadar Pertandingan Biasa!

by Phic ARMAN
April 4, 2026

Program realiti penuh emosi dan kejutan, Talk To My Manager kembali mencuri perhatian apabila tampil dengan musim kedua yang lebih...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Che Ta Kongsi Gelagat Aaisyah Penat Berpuasa, Curi Perhatian Netizen

by Naddy Joe
March 3, 2026

Perkongsian usahawan dan pelakon, Rozita Che Wan mencetuskan rasa terhibur netizen selepas berkongsi gelagat anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana di...

Read moreDetails
Spotlight

Aktor Transformers, Shia LaBeouf Naik Angin Tumbuk Lelaki Gay. Apa Puncanya?

by Phic ARMAN
February 20, 2026

Kontroversi demi kontroversi. Nama Shia LaBeouf sekali lagi jadi bualan hangat, kali ini bukan di karpet merah atau set penggambaran,...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  2. 2

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  3. 3

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  4. 4

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  5. 5

    Anne Ngasri Dilantik Sebagai Pengerusi Hotel Premiera Kuala Lumpur

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara