Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita

“Berlakon Bukanlah Minat Saya, Tapi…”- Hans Isaac Undur Diri Dari Industri Filem & Drama

Hans Isaac menjelaskan bahawa dirinya tetap akan menyokong industri seperti biasa.

by Naddy Joe
December 7, 2021
Share on Facebook

Bekas pelakon dan penerbit, Datuk Hans Isaac membuat pengumuman bahawa dia kini tidak lagi mempunyai minat terhadap industri hiburan.

Setiap Perkara Baik Akan Ada Pengakhiran

Menerusi posting yang dimuatnaik di Instagram, Hans Isaac akui semua perkara baik akan ada pengakhirannya.

“Seperti yang mereka katakan, semua perkara yang baik akan ada pengakhiran. Dan selepas 25 tahun sebagai PELAKON, itu bukan perjalanan yang terlalu buruk bukan? Saya telah direstui. Saya benar-benar direstui dan akan sentiasa bersyukur”-Hans Isaac

“Berlakon Bukanlah Minat Saya”-Hans Isaac

Tambahnya lagi dia turut memberitahu bahawa berlakon bukanlah minatnya. Namun, dia belajar untuk mencintai dan menikmati proses tersebut.

“Berlakon bukanlah minat saya, tetapi saya belajar untuk mencintai dan menikmati proses itu serta bertuah kerana dapat bekerja bersama yang terbaik dalam industri”-Hans Isaac

Akan Terus Menyokong Industri Seperti Biasa

Hans Isaac atau nama penuhnya Gerald Hans Isaac menjelaskan bahawa dirinya tetap akan menyokong industri seperti biasa dan menitipkan harapan untuk mengarah satu lagi teater muzikal di Istana Budaya satu kelak.

“Saya akan terus menyokong industri seperti biasa. Terdapat sisi pawagam, pengurusan dan mungkin juga ke pentas bersama Awie dan Afdlin dari semasa ke semasa untuk ketawa dan beriadah bersama.

Harapan saya adalah untuk mengarahkan satu lagi teater muzikal di Istana Budaya suatu hari nanti dan akan terus meluangkan masa untuk membina empayar saya.”-Hans Isaac

Industri Hiburan Dimonopoli Pihak Tertentu

Dipetik dari laporan Utusan Malaysia, Hans Isaac memberitahu bahawa industri hiburan telah dimonopoli oleh pihak tertentu dan sudah tidak melihat masa depannya di situ.

“Industri kita dimonopoli pihak-pihak tertentu. Saya sudah tidak nampak masa depan di sini. Semudah itu.

Jadi saya pilih untuk tidak melakukannya lagi. Saya memilih jalan yang lain, sebagai usahawan.”Kata Hans Isaac pada Utusan Malaysia

View this post on Instagram

A post shared by Hans Isaac (@hansisaac)

Hans Isaac mula menceburi bidang lakonan pada tahun 1994 dan antara filem yang dibintanginya adalah seperti Buli, Laila Isabella, Hanya Kawan, dan banyak lagi.

Dato' Hans Isaachans isaac
https://lomp.at/d601c
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Berita

Haqiem Stopa & Aireena Sofia Sah Bercerai

by Naddy Joe
January 13, 2026

Krisis rumah tangga pasangan pempengaruh iaitu Haqiem Stopa dan Aireena Sofia menemui titik noktah selepas mereka sah bercerai talak satu...

Read moreDetails
Berita

Amyza Aznan Kongsi Keadaan Anak Kedua Disahkan Hidap Kanser Tulang

by Naddy Joe
February 19, 2026

Ujian menimpa pelakon, Amyza Aznan apabila anak keduanya, Adrian Adam disahkan menghidap kanser tulang. Kongsi Amyza di Instagram, dia mendapat...

Read moreDetails
Berita

Penampilan Sabronzo Dalam Dres Singkat Undang Pelbagai Reaksi Netizen

by Naddy Joe
January 2, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan DOLLA, iaitu Sabronzo sentiasa menjadi tumpuan netizen disebabkan penampilannya yang seksi. Terkini, dia kembali mengundang...

Read moreDetails
Berita

Chef Wan Perjelas Isu Cuit Iddin Ramli Ketika Baca Doa Sebelum Azan Maghrib-“Saya Diberi Arahan Oleh Kru Produksi…”

by Naddy Joe
February 25, 2026

Chef selebriti, Datuk Chef Wan tampil memberikan penjelasan selepas tular video di media sosial yang memaparkan tindakannya mencuit pendakwah selebriti,...

Read moreDetails
Berita

Bantuan Awal Persekolahan RM150: Ini Hal Yang Perlu Anda Ambil Tahu

by Ayu Kamaruddin
January 13, 2026

Keresahan ibu bapa menjelang pembukaan sekolah akhirnya terjawab apabila penyaluran Bantuan Awal Persekolahan (BAP) RM150 kepada semua murid dijangka selesai...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  4. 4

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  5. 5

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore