Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Hanya Memberikan Senyuman Tawar Ketika Bergurau Bersama Keluarga, Rupanya Ridzuan Hashim Ada Penyakit Jantung

by Puteri Alia
May 4, 2023
Share on Facebook

Kehilangan orang yang tersayang merupakan satu perkara yang terlalu menyedihkan bagi semua insan tidak kira lelaki atau wanita, tua atau muda, miskin atau kaya.

Tidak kira sesiapa sahaja yang amat kita sayangi, mereka adalah seseorang yang telah berkongsi saat suka dan duka bersama meskipun sekejap atau lama. Bertahan dan terus kuat menjalani hidup selepas kematian mereka bukanlah satu hal yang mudah.

Kata orang, menjelang kematian, biasanya ada sejumlah tanda-tanda yang dapat kita ketahui melalui perubahan fizikal mahupun mental seseorang itu. Adapun tanda-tanda kematian bagi Orang Islam mengikut ulamak adalah benar dan sememangnya wujud. Cuma amalan dan ketakwaan sahaja yang akan membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.

Berbahas soal ini, baru-baru ini industri perfileman tanah air dikejutkan dengan kehilangan pelakon, Ridzuan Hashim yang baru sahaja meninggal dunia pada pagi Khamis.

Pelakon Didie Alias, 51, mengesahkan bekas suaminya yang juga pelakon terkenal, Ridzuan Hashim meninggal dunia akibat penyakit jantung di kediamannya ketika sedang bersarapan.

Malah baru-baru ini video sambutan Hari Raya Aidilfitri keluarga pelakon dan pengacara Didie Alias kembali mendapat perhatian netizen.

Apa yang lebih mengejutkan, sambutan itu turut disertai oleh Allahyarham yang diadakan di sebuah vila ditempah khas di Melaka dan turut disertai oleh anak-anak mereka selain ahli keluarga lain.

Ridzuan juga dilihat seakan-akan memberikan senyuman tawar ketika bergurau senda bersama anaknya yang seolah-olah bukan kebiasaan sifat dirinya.

Malah ketika bergambar kenangan bersama seluruh ahli keluarga, arwah dilihat memencilkan diri dengan berdiri di tepi tangga dan kelihatan tidak bersemangat ketika membuat ucapan hari raya

Namun begitu, berita sedih diterima pada Khamis apabila, anak saudara Allahyarham iaitu pelakon Iman Zulkarnain mengesahkan Ridzuan meninggal dunia sekitar pukul 11 pagi.

Memetik laporan Berita Harian, Didie memaklumkan bahaw arwah ada berdepan dengan penyakit jantung sejak tiga tahun lalu, namun tidak berkongsi dengan orang ramai.

“Saya tahu arwah ada penyakit jantung sebab pernah terkena serangan ketika bermain bola sepak, kemudiannya sesak nafas dan terus dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), tiga tahun lalu.

“Tiga saluran jantung dimaklumkan tersekat dan kemudiannya, arwah dihantar ke Institut Jantung Negara (IJN).

“Dan satu saluran diubati dan hanya tinggal dua yang tersumbat. Jadi, bila begitu kami risau mahu biarkan arwah tinggal berseorangan sebab semua anak-anak tinggal dengan saya.

“Saya berbincang dengan anak-anak dan sejak tahun lalu, anak kami, Muhammad Dhanial tinggal bersamanya,” katanya kepada BH Online ketika ditemui di Jabatan Forensik, HKL petang tadi.
Didie berkata, mereka sekeluarga sangat bersyukur diberi kesempatan untuk menjaga dan menyambut Aidilfitri bersama.

“Selepas lebih 20 tahun, kami bertemu semula dan banyak meluangkan masa sejak tahun lalu. Saya syukur Allah kurniakan peluang untuk kami berkumpul satu keluarga sebelum arwah pergi.

“Malah, arwah juga ada beraya dengan kami. Arwah ikut kami beraya di rumah ibu bapa mentua saya di Melaka.

“Memang ia satu kesyukuran buat kami dapat meluangkan masa bersama sejak kami berbaik semula dalam tempoh dua tiga tahun ini.

“Terima kasih Allah kerana kumpulkan kami. Arwah pun tak kahwin lain, jadi kami jadi seperti satu keluarga yang gembira dan tak kisah dengan kisah lalu,” katanya.

Bagaimanapun, Didie berkata, anaknya, Muhammad Dhanial mungkin agak ralat kerana arwah tidak dapat menghadiri majlis pernikahannya pada 20 Mei ini.

“Mungkin anak saya ralat sebab satu saja, dia nak nikah pada 20 Mei ini di Tawau, Sabah. Baju semua sudah siap dibeli untuk arwah pakai. Sudahlah itulah satu-satunya anak lelaki arwah, jadi tak tahu bagaimana dia nak hadap.

“Muhammad Dhanial rapat dengan arwah. Dia juga yang terakhir bersama arwah dan sempat makan sarapan bersama, pagi tadi,” katanya.

Tambah Didie, arwah seorang bapa yang penyayang dan rapat dengan anak-anaknya.

“Sebenarnya, arwah seorang yang penyayang dengan anak-anak. Kalau nak tahu kami panggil arwah ‘baby’ sebab sensitif orangnya,” katanya.

Sebagai rekod, Didie dan Ridzuan mendirikan rumah tangga pada 1991 dan bercerai 2002. Mereka dikurniakan lima cahaya mata.

Berita pemergian pelakon yang dikenali sebagai watak King dalam filem KL Gangster itu disahkan bekas isteri yang juga pelakon, Didie Alias menerusi laman sosial, Instagram (IG) kira-kira jam 2.50 petang ini.

Allahyarham Ridzuan dikebumikan di Tanah Perkuburan Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor.

ridzuan hashim
https://lomp.at/b0ssg
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @adamcorrielee (IG)
Lokal

Adam Corrie Pesan, -“Elak DM Untuk Luah Masalah, Orang Ambil Kesempatan Ramai”

by Nurul A.
January 26, 2026

Pelakon dan usahawan, Adam Corrie mencuri perhatian ramai selepas berkongsi satu nasihat di platform Threads untuk pengikutnya, khususnya golongan wanita....

Read moreDetails
Foto - @littlemisskhan (IG)
Lokal

[VIDEO] Ciri Lelaki Idaman Ameera Khan Buat Ramai Terkedu- “Kaya, Dia Perlu ‘Maintain’ Saya”

by Nurul A.
February 10, 2026

Pempengaruh, Ameera Khan menjadi tular baru-baru ini apabila tampil berkongsi mengenai kriteria lelaki idamannya. Ameera atau lebih mesra dikenali sebagai...

Read moreDetails
Foto - @norliaghaniofficial48 (IG)
Lokal

Rahsia Lama Terungkai, Norlia Ghani Dedah Dilamar P.Ramlee Ketika Usia 17 Tahun

by Nurul A.
February 20, 2026

Pelakon veteran, Norlia Ghani menjadi perhatian selepas berkongsi satu rahsia lama yang disimpannya bertahun-tahun. Menerusi podcast 'Legasi: Sembang Sambung' yang...

Read moreDetails
Korea

20 Bilion Won Cukai Tertunggak? Ini 5 Fakta Kes Siasatan Cha Eun-woo

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Bila sebut nama Cha Eun-woo, ramai bayangkan visual ‘heaven’, senyuman manis dan bakat yang makin bersinar dari ASTRO ke dunia...

Read moreDetails
Foto - @emma_maembongofficial (IG)
Lokal

[VIDEO] Emma Maembong Akui Kunjungi Kelab Malam Di Miri- “Saya Masuk Dalam Keadaan Gembira”

by Nurul A.
February 4, 2026

Aktres Emma Maembong menjadi perbualan ramai selepas tampil menjelaskan kontroversi tular mengenai dirinya memasuki kelab malam di Sarawak baru-baru ini....

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore