Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita FAKTA

[REVIEW] Honor 50 Lite Telefon Pintar Bajet! Lihat Apa Yang Menarik

by Phic ARMAN
December 1, 2021
Share on Facebook

Honor 50 Lite baru sahaja dilancarkan di Malaysia dan secara jujurnya ia sekali pandang agak serupa dengan Huawei Nova 8i. Namun ada berita baiknya dimana pada masa akan datang ia akan disematkan dengan Perkhidmatan Mudah Alih Google (Google Mobile Services), tidak seperti rakan sejawatnya Huawei.

Murai MY berpeluang mencuba sendiri Honor 50 Lite dan malangnya hanya terdapat satu pilihan Honor 50 Lite yang dijual, iaitu 8GB RAM dan 128GB storan.

Jika anda memilih untuk mendapatkan Honor 50 Lite daripada Honor eStore, anda akan mendapat hadiah percuma bernilai RM300 dalam bentuk beg galas Honor dan pembesar suara Bluetooth. Terdapat tiga warna untuk dipilih, iaitu Space Silver, Midnight Black dan Deep Sea Blue.

Setiap unit dibekalkan Honor Original Adapter, Honor Original Type C Cable, Protection Case, Pelindung Skrin, Kad Jaminan dan Sim Pin.

Spesifikasi Honor 50 Lite

Sama seperti Huawei Nova 8i, Honor 50 Lite mempunyai paparan LCD IPS 6.67 inci, FHD+ 60Hz, dengan densiti 391 piksel setiap inci persegi. Sementara itu, ia disematkan dengan cip sistem Qualcomm Snapdragon 662, dipadankan dengan 8GB RAM dan 128GB storan. Ini juga bermakna ia bukan peranti berkemampuan 5G.

Walau bagaimanapun, ia bakal mempunyai Perkhidmatan Mudah Alih Google, membolehkan anda mengakses Gedung Google Play dan  memuat turun aplikasi yang diinginkan.

Dari segi kamera, anda boleh lihat terdapat empat kamera di bahagian belakang yang terletak di bonggol kamera bulat yang besar.

Penembak utama ialah kamera 64MP f/1.9 manakala kamera sudut ultralebar ialah kamera 8MP f/2.4. Ia diapit oleh dua lagi kamera 2MP f/2.4 untuk makro dan depth.

Pada bahagian hadapan peranti pula, anda akan menemui satu kamera swafoto 16MP f/2.0 yang terletak sudut kiri dalam potongan berbentuk pil.

HONOR Buktikan Kehebatan Kamera Magic8 Pro & Ini Hasilnya

Anda boleh melakukan zoom hingga 8 kali menggunakan lensa ini.

Ciri lain termasuk bateri 4,300mAh yang dikatakan Honor akan bertahan sehingga 16 jam untuk web browsing atau 7 jam bermain permainan. Ia juga akan menyokong pengecasan pantas 66W Honor SuperCharge yang mereka dakwa akan mengecas bateri hingga 100% dalam masa 39 minit sahaja.

Ciri  lain termasuk NFC, WiFi 5 dan penderia cap jari yang dipasang di sisi pada butang kuasa.

Harga dan Tawaran Pilihan

Seperti yang dinyatakan di atas, HONOR 50 Lite hadir dengan 8GB RAM + 128GB ROM dan boleh didapati dengan pilihan warna Deep Sea Blue, Space Silver dan Midnight Black pada harga serendah RM999.

Bermula 25 November, setiap pembelian HONOR 50 Lite disertakan hadiah percuma
bernilai sehingga RM300 di HONOR Store dan Stor Diiktiraf HONOR! Peminat
boleh menyemak di platform dalam talian di HONOR eStore, Lazada HONOR Store,
Shopee HONOR Store, Senheng. senQ, Digi dan Maxis.

HONORHonor 50 Lite
https://lomp.at/6l8cb
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

LifeXplore

Harga VS Fungsi MatePad 12 X 2026: Mana Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Beli

by Phic ARMAN
January 11, 2026

Zaman sekarang, hidup kita penuh dengan tugasan, idea, dan notifikasi, kelas, kerja, assignment, content, semua nak kena buat serentak. Kadang...

Read moreDetails
LifeXplore

HUAWEI Mate X7 Rasmi di Malaysia, Telefon Lipat Premium Yang Lebih Praktikal

by Naja Nix
January 21, 2026

Semalam HUAWEI secara rasmi memperkenalkan HUAWEI Mate X7 di Malaysia, sekaligus menetapkan penanda aras baharu dalam kategori telefon pintar boleh...

Read moreDetails
LifeXplore

ShopeePay Money+ Baru Dilancarkan: 5 Perkara Penting Sebelum Anda Mahu Melabur

by Phic ARMAN
January 27, 2026

ShopeePay baru saja melancarkan Money+, ciri pelaburan baharu yang membolehkan pengguna mula melabur dengan serendah RM10 sambil menikmati pulangan harian....

Read moreDetails
LifeXplore

Bahang JAECOO J5 Makin Terasa, Tawar Pakej Early Bird RM8,888

by Phic ARMAN
February 7, 2026

Dengan hanya beberapa minggu sahaja lagi sebelum pelancaran rasmi, kehadiran JAECOO J5 kini semakin menghampiri detik pentingnya. MURAI melihat OMODA...

Read moreDetails
LifeXplore

Ini Sebab Kenapa Apple Kecundang Di China, Huawei Pula Bangkit Jadi No.1

by Phic ARMAN
January 18, 2026

Lima tahun lalu, ramai ingat era kegemilangan HUAWEI sudah berakhir. Sekatan, kekangan, dan persaingan sengit menyebabkan gergasi teknologi dari China...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore