Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Teknologi

HONOR Magic8 Pro Bakal Tiba Di Malaysia, Rupanya Ada Kaitan Dengan Gegar Vaganza 2025

by Phic ARMAN
November 3, 2025
Share on Facebook

Selepas pelancarannya di China bulan lalu, HONOR Magic8 Pro kini sah bakal menjejakkan kaki ke pasaran Malaysia tidak lama lagi. Jemputan media yang kami terima mengesahkan bahawa jenama ini akan mengadakan sesi pra-taklimat eksklusif pada 10 November 2025, memberi bayangan bahawa pelancarannya semakin hampir.

Menariknya, HONOR kali ini benar-benar mahu menonjolkan keupayaan fotografi model baharunya itu. Dalam jemputan tersebut, mereka menekankan bahawa HONOR Magic8 Pro adalah “The Master Grade Imaging Flagship built to redefine night photography”, telefon flagship yang dibina untuk mendefinisikan semula fotografi malam.

HONOR menjanjikan pengalaman fotografi malam yang luar biasa dengan kehadiran 200MP Ultra Night Telephoto Camera, sistem yang dikatakan mampu merakam gambar malam dengan kejelasan tinggi, sama ada untuk pemandangan mercu tanda ikonik, bandar pada waktu malam, mahupun potret dari jarak jauh. Dengan keupayaan tersebut, HONOR Magic8 Pro bukan sekadar peranti harian, tetapi sebuah telefon yang mampu menggantikan kamera profesional untuk rakaman dalam pencahayaan rendah.

Lebih menarik, HONOR Magic8 Pro turut diumumkan sebagai telefon rasmi untuk Gegar Vaganza 2025, rancangan realiti muzik popular terbitan Astro. Kerjasama ini jelas menggambarkan keupayaan kamera dan gaya premium yang dibawa oleh HONOR ke pasaran tempatan.

Dari segi spesifikasi dari pelancaran di China, HONOR Magic8 Pro hadir dengan skrin OLED 6.71 inci beresolusi 1256 x 2808 dengan kadar segar semula 120Hz, dikuasakan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5, serta pilihan RAM 12GB atau 16GB dan storan dalaman sehingga 1TB. Ia turut dilengkapi bateri 7,200mAh dengan pengecasan pantas 100W berwayar dan 80W tanpa wayar, sistem kamera belakang 50MP utama + 50MP ultra lebar + 200MP telefoto (3.7x zum optikal), kamera hadapan 50MP, serta menggunakan sistem operasi MagicOS 10 berasaskan Android.

Uji Kamera HONOR Magic 8 Pro: Dari Merdeka 118 Sampai KLCC, Zoom 10X Tetap Tajam

Dengan sesi pra-taklimat yang bakal berlangsung pada 10 November 2025, ramai menjangkakan HONOR Malaysia akan mengumumkan tarikh rasmi pelancaran Magic8 Pro tidak lama selepas itu. Apa pun, jelas sekali HONOR mahu menjadikan Magic8 Pro sebagai telefon yang menetapkan standard baharu untuk fotografi malam di Malaysia.

HONOR Magic8 Pro
https://lomp.at/0t1vp
Share3Tweet2SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

Bahang JAECOO J5 Makin Terasa, Tawar Pakej Early Bird RM8,888

by Phic ARMAN
February 7, 2026

Dengan hanya beberapa minggu sahaja lagi sebelum pelancaran rasmi, kehadiran JAECOO J5 kini semakin menghampiri detik pentingnya. MURAI melihat OMODA...

Read moreDetails
Korporat

Ramai Terkejut! ShopeePay Kini Miliki Limit Tertinggi RM30,000

by Phic ARMAN
January 25, 2026

MURAI baru sahaja menerima satu berita yang cukup menggembirakan buat geng pengguna tegar ShopeePay. Platform dompet digital itu kini meningkatkan...

Read moreDetails
LifeXplore

ShopeePay Money+ Baru Dilancarkan: 5 Perkara Penting Sebelum Anda Mahu Melabur

by Phic ARMAN
January 27, 2026

ShopeePay baru saja melancarkan Money+, ciri pelaburan baharu yang membolehkan pengguna mula melabur dengan serendah RM10 sambil menikmati pulangan harian....

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  2. 2

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  3. 3

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara