Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Teknologi

[REVIEW] HONOR X9d 5G: Bila Phone RM1.5k Nampak Macam RM4k

by Phic ARMAN
October 2, 2025
21
KONGSIAN
Share on Facebook

MURAI kalau test phone baru, bukan jenis main-main. Bukan setakat tengok spec atas kertas, tapi betul-betul guna dalam hidup harian. Dari bangun pagi check WhatsApp group family, sampai la tengah malam scroll TikTok sambil tunggu gaji masuk.

Lepas seminggu pakai HONOR X9d 5G, ada satu benda yang MURAI boleh confirm,  phone ini memang tahan macam hati orang bercinta jarak jauh. Bayangkan bateri 8,300mAh dia, sekali charge boleh tahan dua hari lebih, kadang rasa macam HONOR ini sebenarnya jual powerbank yang pandai bergambar. Bayangkan Batery 93% boleh guna 83 jam 39 minit, lebih kurang 3 hari lebih.

Belakang HONOR X9d 5G ini, MURAI dapat warna Reddish Brown. Serius, sekali pandang terus rasa macam kulit sofa import. Warna dia kaya, nampak mahal, siap ada aksen emas yang menambah vibe chic dan classy. Bila keluar letak atas meja mamak, terus nampak macam MURAI ini orang bisnes besar, padahal baru habis bayar bil TNB.

Lepas tu bab ketahanan, MURAI memang dah terbiasa phone selalu terjatuh dari meja. Biasanya terus rasa nak doa panjang. Tapi dengan rating IP69K ini, jatuh sikit-sikit memang tak hairan. Rasa macam ada insurans percuma dalam poket.

Jom tengok video di bawah, bagaimana ujian tahan lasak dilaksanakan.

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

Skrin AMOLED pula terang gila. Nak baca mesej Shopee tengah panas terik pun jelas, tak payah juling mata. Kamera 108MP dengan OIS pulak buat gambar pasar malam nampak macam photoshoot majalah. Walaupun kamera potret dia banyak bergantung pada AI, tapi jujur cakap,  AI ini lagi pandai dari MURAI bab edit muka. Selfie nampak glowing padahal muka baru bangun tidur.

Dari segi prestasi, cip Snapdragon 6 Gen 4 ini memang steady. Main game takde sangkut, tengok drama tak buffering. OS dia MagicOS 9.0 pun smooth, siap ada AI assistant YOYO yang kononnya boleh jadi “kawan setia”. Tapi YOYO ni tak reti tolong bayar bil, tu je kekurangan dia.

Cuma ada la beberapa benda MURAI rasa kurang ngam,  berat dia 193g, lama-lama pegang rasa macam angkat dumbbell pink kat gym. Lepas itu tiada slot kad memori, jadi kalau suka simpan gambar lauk setiap hari, kena pandai berjimat. Kemas kini OS pulak setakat 3 tahun je, jadi phone ni mungkin setia lama dari segi bateri, tapi software tak lama mana.

Tapi bila tengok balik harga RM1,499, MURAI rasa berbaloi. Nak cari phone yang tahan lasak, bateri panjang, kamera cun, dan nampak premium pada bajet orang kita, susah nak jumpa. Lagi-lagi dengan warna-warna stylo macam Reddish Brown dan Sunrise Gold, nampak macam phone orang kaya.

Selepas seminggu guna, MURAI boleh simpulkan: HONOR X9d 5G ni bukan phone biasa-biasa. Kalau kalian rider, pekerja tapak bina, student bajet ketat, atau geng yang suka phone tahan lama, ini memang pilihan padu.

Senang cerita, kalau poket kering hujung bulan, at least phone ni tak kering bateri.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
HONOR X9d 5G
Share8Tweet5SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

  3. 3

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  4. 4

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  5. 5

    “Masih Jadi Keluhan Pengguna,” Isu RFID dan SmartTag Di Plaza Tol Kembali Hangat Diperkatakan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara