• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Teknologi

Patutlah Harga Sampai RM7,299! Lihat Apa Yang Menarik Tentang HUAWEI P50 Pocket & P50 Pro

by Phic ARMAN
January 13, 2022
Share on Facebook

HUAWEI baru sahaja melancarka telefon pintar baharu, HUAWEI P50 Pro dan telefon pintar boleh-lipat, P50 Pocket. HUAWEI P50 Pro adalah sebuah peranti lagenda yang dikembalikan semula ke pasaran, hadir dengan fotografi mudah alih era baharu, reka bentuk yang estetik dan pengalaman All-Scenario, manakala HUAWEI P50 Pocket adalah satu langkah ke hadapan oleh HUAWEI yang menggabungkan teknologi estetik dan fotografi pintar dengan sempurna.

Telefon pintar HUAWEI P50 Pro dan P50 Pocket hadir dengan Optik XD HUAWEI dan Enjin Imej XD Fusion Pro yang canggih, memberikan pengguna pengalaman fotografi yang menakjubkan dengan imej yang jelas, kadar dinamik tinggi dan tangkapan pintar yang dipertingkatkan melalui Rakaman Kroma Sebenar.

HUAWEI P50 Pro – The Legend Reborn

Reka Bentuk Menawan Dan Anggun

HUAWEI P50 Pro memperkenalkan reka bentuk Kamera Dwi-Matrik baru yang ikonik dan unik.Ia boleh didapati dalam dua kemasan premium yang cantik – Cocoa Gold dan Golden Black.

HUAWEI P50 Pro hadir dengan skrin dan bateri yang lebih besar, sambil mengekalkan penampilan peranti yang langsing dan ringan. Ia mempunyai paparan kaca melengkung 3D, menyokong gamut warna lebar P3 penuh, sehingga 1.07 bilion warna, memaparkan warna yang tepat. Dengan kadar penyegaran sehingga 120Hz dan kadar pensampelan sentuhan 300Hz, pengguna boleh menikmati pengalaman yang lebih lancar dan responsif.

Fotografi HUAWEI P50 Pro Memberi Pengguna Pengalaman Fotografi Tulen Sistem Kamera Dwi-Matrik pada HUAWEI P50 Pro memberikan imej True to Life dengan kejelasan dan kadar dinamik yang tinggi dengan mengimbangi keupaayan pelbagai lensa pada peranti seperti Optik XD HUAWEI, Enjin Imej XD Fusion Pro dan inovasi lain.

Optik XD HUAWEI serba baharu menggunakan sistem pengiraan untuk membetulkan
kecacatan optic dan menghasilkan setiap butiran secara terperinci. XD Fusion Pro
meningkatkan perincian, warna dan kadar dinamik manakala Enjin Imej Kroma Sebenar akan
menyampaikan ketepatan warna berprestasi tinggi, menghasilkan imej yang merupakan refleksi
imej sebenar.

Harga VS Fungsi MatePad 12 X 2026: Mana Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Beli

HUAWEI P50 Pro menyokong kadar zum sehingga 200x. Tangkapan imej jarak dekat pada peranti ini dilengkapi dengan keperincian yang sempurna dan dengan keupayaan Optik XD HUAWEI, tangkapan imej yang dizum seingga 100x dapat menghasilkan imej yang sangat jelas. Ia juga menyokong rakaman video 4K untuk merentasi julat focus penuh dan penyelesaian penstabilan imej AIS Pro serba baharu.

HUAWEI P50 Pocket 

Gabungan Teknologi Estetik dan Fotografi Pintar yang Sempurna

Seni Cahaya dan Bayangan, Menginspirasikan Telefon Pintar Boleh-Lipat HUAWEI P50 Pocket juga menggunakan reka bentuk dwi-bulatan ikonik yang terdapat pada siri HUAWEI P50, menampilkan satu bulatan untuk modul kamera dan satu untuk Skrin Luaran pintar. Terdapat satu warna ekslusif iaitu warna Premium Gold untuk HUAWEI P50 Pocket Edisi Premium yang direka oleh pereka Haute Couture, Iris Van Herpen, yang diinspirasi oleh prinsip “simbiosis”.

HUAWEI P50 Pocket mempunyai keupayaan lipatan yang lancar, menjadikan penampilan peranti tersebut ultra nipis dan ringan dengan paparan 6.9-inci dan nisbah paparan 21:9. Dengan kadar penyegaran paparan sehingga 120Hz, kadar pensampelan sentuh 300Hz dan sokongan pemalapan PWM berfrekuensi tinggi 1440Hz, paparan pada HUAWEI P50 Pocket dapat melindungi mata pengguna.

HUAWEI P50 Pocket Kamera Matrik Ultra Spektrum

Kejayaan Bagi HUAWEI Image™ Kamera Matrik Ultra Spektrum P50 Pocket hadir dengan 40MP Kamera Kroma Sebenar, 13MP Ultra Sudut Lebar, 32MP Kamera Ultra Spektrum dan lain-lain. HUAWEI P50 Pocket mampu menangkap butiran dengan lebih perinci dan menghasilkan imej yang jelas pada waktu siang dan malam kerana Optik XD HUAWEI dan Enjin Imej Kroma Sebenar.

Selain itu, dengan menggunakan ciri Ultra Spectrum Fluorescence Photograpgy 1 , HUAWEI P50 Pocket juga boleh menangkap imej dan butiran yang tidak dapat dilihat oleh mata pengguna, memberikan pengguna peluang untuk menangkap corak yang tersembunyi. Interaksi Inovatif Pada Skrin Luaran HUAWEI P50 Pocket Skrin Luaran HUAWEI P50 Pocket menyokong paparan notifikasi, jadual, kalendar, muzik, cuaca, dan kawalan pelbagai ciri. Dengan pelbagai tema yang menarik tersedia, pengguna dapat mengubahsuai pengalaman Skrin Luaran mereka.

Ini Sebab Kenapa Apple Kecundang Di China, Huawei Pula Bangkit Jadi No.1

Harga dan Ketersediaan

Dengan tanda harga RM4,199, HUAWEI P50 Pro boleh didapati secara pra-tempahan bermula 12 Januari 2022 dan boleh didapati di HUAWEI Official Website, HUAWEI Experience Stores, platform dan kedai rasmi bermula dari 22 Januari 2022. Untuk setiap pra-tempahan HUAWEI P50 Pro yang dibuat, pengguna boleh menikmati hadiah percuma yang hebat bernilai sehingga RM2,100*.

Bermula dari 22 Januari 2022, pengguna boleh membuat pra-tempahan untuk HUAWEI P50 Pocket pada harga RM5,999; manakala HUAWEI P50 Pocket Edisi Premium boleh didapati untuk pra-tempahan pada harga RM7,299. HUAWEI P50 Pocket dan HUAWEI P50 Pocket Edisi Premium boleh didapati di HUAWEI Official Website, HUAWEI Experience Stores, platform dan kedai rasmi bermula dari 22 Februari 2022.

Untuk setiap pra-tempahan HUAWEI P50 Pocket yang dibuat, pengguna boleh menikmati hadiah percuma yang hebat bernilai sehingga RM2,700*.

huaweiHuawei P50 PocketHuawei P50 pro
https://lomp.at/5w73a
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29...

Read moreDetails
Foto - @syafiqkylez (IG)
Lokal

“Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

by Nurul A.
January 28, 2026

Perjalanan sebagai seorang pelakon dalam industri hiburan yang sangat kompetitif tidaklah mudah seperti yang disangka. Dan Pelakon Syafiq Kyle tampil...

Read moreDetails
Gambar AI Generated
LifeXplore

[VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

by Farah Fatihah
January 31, 2026

Kalau selama ini kita hanya melihat salji di televisyen atau media sosial, kini pengalaman itu boleh dirasai sendiri tanpa perlu...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

by Phic ARMAN
January 28, 2026

Dalam masyarakat kita, isu gelaran atau panggilan kepada individu berdasarkan rupa bentuk badan atau penampilan sering menjadi topik sensitif. Apa...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Sejak Perdana Menteri mengumumkan perubahan umur kemasukan ke pra sekolah dan Tahun 1 bermula tahun hadapan, suasana di media sosial...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  2. 2

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  3. 3

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  4. 4

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  5. 5

    Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore