Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Teknologi

Pelajar, Pekerja & Content Creator… Wajib Tengok Tablet HUAWEI Terbaharu Ini

by Phic ARMAN
August 19, 2025
Share on Facebook

HUAWEI sekali lagi membuktikan mereka serius dalam dunia tablet dengan memperkenalkan MatePad 11.5 PaperMatte Edition 2025. Rekaan nipis hanya 6.1mm dengan berat 515g membuatkan ia senang dibawa ke mana-mana, manakala paparan 11.5 inci 2.5K FullView PaperMatte Display tampil dengan visual jelas, refresh rate 120Hz dan kecerahan 600 nits. Lebih menarik, paparan anti-silau yang mendapat pengiktirafan SGS dan TÜV Rheinland ini memastikan mata tetap selesa walaupun digunakan dalam tempoh lama.

Dari segi prestasi, tablet ini dijana sistem operasi HarmonyOS 4.3 yang memudahkan multitasking dengan fungsi Multi-Window. Bagi yang selalu menaip atau bekerja on-the-go, HUAWEI Smart Keyboard menjadikan pengalaman menulis seakan-akan laptop sebenar.

Tambahan pula, stylus M-Pencil generasi ketiga dengan kadar respon ultra pantas sangat sesuai untuk mereka yang kreatif, sama ada melukis mahupun membuat nota. Sistem audio empat pembesar suara dengan teknologi Histen 9.0 pula memberikan bunyi yang lebih immersive, manakala kamera 13MP di belakang dan 8MP di hadapan melengkapkan pengalaman untuk panggilan video atau rakaman.

Bateri juga tidak mengecewakan. Dengan kapasiti 10,100 mAh, MatePad 11.5 PaperMatte Edition mampu bertahan sehingga 14 jam untuk tontonan video. Malah, pengecasan pantas 40W HUAWEI SuperCharge, sokongan PD 3.1 dan pengecasan tanpa wayar untuk aksesori menjadikan tablet ini lebih praktikal untuk gaya hidup moden.

Topik Berkaitan Harga VS Fungsi MatePad 12 X 2026: Mana Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Beli

Hanya RM1,599

Namun apa yang paling menarik perhatian MURAI ialah harganya. Dengan hanya RM1,599, tablet ini nyata lebih berbaloi berbanding pesaing di pasaran. Sebagai perbandingan, Apple iPad generasi ke-10 dijual sekitar RM1,499 tetapi aksesori seperti stylus dan keyboard perlu dibeli secara berasingan. Manakala Samsung Galaxy Tab S9 pula bermula pada harga RM2,599, jauh lebih mahal walaupun spesifikasi lebih tinggi. Apa yang HUAWEI tawarkan ialah pakej lengkap dengan harga pertengahan yang lebih mesra poket.

Lebih menguntungkan, setiap pre-order sehingga 26 Ogos 2025 akan menerima hadiah eksklusif bernilai sehingga RM698, termasuk HUAWEI M-Pencil generasi ketiga serta PC-Level WPS Office. Kedua-dua aksesori ini bukan sekadar bonus, tetapi sebenarnya keperluan utama untuk menjadikan tablet lebih produktif. Bila sudah termasuk dalam pakej pre-order, nilai yang ditawarkan oleh HUAWEI ini jelas sukar ditandingi.

Kesimpulannya, HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition 2025 bukan sahaja tampil dengan spesifikasi yang mantap, malah menawarkan harga yang lebih mampu milik jika dibandingkan dengan jenama lain. Ditambah pula dengan hadiah menarik bernilai hampir RM700, ia menjadikan tablet ini antara pilihan paling berbaloi untuk pelajar, profesional mahupun kreator yang mencari satu peranti all-in-one untuk kerja dan hiburan.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
huaweiMatePad 11.5 PaperMatte Edition 2025
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - Samsung Malaysia
Teknologi

Khas Untuk Rakyat Malaysia, Rai Hari Merdeka Dengan Ganjaran & Rebat Sehingga RM2600 Dari Samsung!

by Nurul A.
July 10, 2026

Sempena Merdeka ini, Samsung Malaysia Electronics meraikan semangat kebersamaan dengan mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana menjadikan Samsung sebagai...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bella Astillah ‘Kerja’ Jadi Barista, Lebih 500 Orang Serbu Kedai

  2. 2

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  3. 3

    Lelaki Ini Kongsi Detik Cemas Jam Tangan Pintar Fitbit Terbakar di Pergelangan Tangan

  4. 4

    Di Sebalik Mahkota Taanusiya Chetty, Ada Kisah Yang Tak Ramai Tahu

  5. 5

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara