Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Fesyen

[VIDEO] Ada Laksa, Satay, Rendang & Banyak Lagi! Jom Tengok Koleksi Tudung DOA AZ Oleh AZ Pemurah

by Phic ARMAN
February 6, 2024
Share on Facebook

DOA AZ, sebuah jenama yang dihasilkan oleh pempengaruh Tiktok dan Instagram, AZ pemurah mengimbangi idealogi serta pemintaan fesyen masa kini telah melancarkan koleksi tudung terbaru diberinama Gempak Raya.

Minat pengasas yang mendalam dalam bidang fesyen telah menjadi dorongan utama dalam penjanaan setiap rekaan tudung. Kerjasama AZ Pemurah dengan perancang fesyen berjaya sebelum ini telah menghasilkan lebih daripada 181 rekaan, membentuk 18 koleksi pertama DOA AZ.

Koleksi terbaru yang dilancarkan terdiri dari 20 rekaan menawan ini dihasilkan dari material premium cotton voile yang eksklusif, sekaligus menawarkan kemasan laser cut yang berbeza bagi setiap edisi.

Tudung bawal segi empat tepat (square) dengan corak yang menarik dan trendy ini juga sesuai dikenakan dengan apa saja gaya memastikan semua pemakai “Beraya Bak Dewi” Aidilfitri nanti.

Selesa, mudah digosok malah senang dibentuk mengikut citarasa, setiap satu design berukuran 115cm x115cm bertemakan menu-menu tradisi yang kebiasaanya dihidang pada Aidilfitri nanti, antaranya dendeng, laksa, satay, rendang, nasi impit, pulut kuning, ketupat, bihun sup, lontong dan banyak lagi.

Sejajar dengan aspirasi ini, AZ Pemurah mengambil pendekatan serius untuk memperluaskan empayar perniagaannya dengan penghasilan produk tudung di bawah jenama DOA AZ.

Tujuan utama DOA AZ ditubuhkan bagi membantu golongan yang memerlukan di samping memberi sumbangan signifikan kepada masyarakat melalui inisiatif kebajikan yang berkekalan sesuai dengan slogan kami, DOA AZ PERJUANGAN UNTUK SEMUA.

DOA AZ juga menerapkan kepada semua para membeli dengan amalan membeli sambil bersedekah, di mana 30% daripada hasil keuntungan DOA AZ akan diagihkan bagi membantu lebih ramai individu yang memerlukan di luar sana.

Setiap satu dari koleksi ini dijual pada harga mampu milik, hanya RM29 untuk Semenanjung Malaysia, dan RM31 untuk Sabah & Sarawak. Koleksi ini kini boleh dimiliki menerusi reseller-reseller DOA AZ yang berdaftar.

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

TENTANG AZ PEMURAH

AZ Pemurah, diasaskan anak kelahiran Pulau Pinang bersama suami sebagai penaung. Identiti AZ Pemurah mula viral di platform Tiktok dan Instagram sejak awal tahun 2023, dan dalam tempoh kurang dari setahun, beliau memperoleh lebih daripada 1.7 juta pengikut.

Kejayaan ini disokong oleh video-video beliau yang menyentuh hati, memaparkan semangat berkongsi rezeki kepada golongan yang memerlukan tanpa menunjukkan wajah beliau di media sosial. Bagi AZ Pemurah, memelihara rahsia identiti peribadi adalah keutamaan. Yang penting, niat murni beliau adalah untuk memberi pertolongan kepada golongan yang memerlukan, tanpa mengira aspek bangsa atau agama.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Az PemurahDOA AZ
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Simpati Lihat Penampilan, Lelaki Terkejut Lepas Tahu Identiti Sultan Brunei- “Vibe Seperti Ayah Di Kampung”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara