Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz

Kisah Disebalik Sepohon Emas & Anggaran Harga, Mas Kahwin Untuk Erra Fazira Dari Suami

by Phic ARMAN
December 12, 2025
261
KONGSIAN
Share on Facebook

Ramai yang teruja,  dan jujurnya, terus tertanya bila melihat mas kahwin “sepohon emas” yang diterima Erra pada majlis pernikahannya bersama Ezwan Zain pagi tadi. Dengan hanya sekali lafaz, Ezwan, 44, yang merupakan seorang ahli perniagaan, sah bergelar suami kepada Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 51, primadona filem Melayu.

Generasi muda mungkin ingat ia sekadar hiasan moden, tetapi sebenarnya “bunga emas” memegang simbol sejarah yang sangat kuat dalam dunia Melayu lama.

Hadiah diplomatik

Kalau imbas kembali abad ke-19, bunga emas adalah hadiah diplomatik yang dihantar oleh empat negeri, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis kepada kerajaan Siam. Ia bukan sekadar pemberian, tetapi lambang hubungan persahabatan dan bentuk perlindungan politik. Penghantaran dilakukan melalui jalan darat atau laut, menjadikannya antara tradisi paling signifikan dalam hubungan dua kerajaan ketika itu. Jadi apabila Erra menerima sepohon emas, ia membawa aura tradisi yang jarang dilihat pada majlis perkahwinan moden hari ini.

Harga Bukan Biasa Biasa…

Tentang harga pula, ramai yang terkejut kerana pohon emas tersebut mengandungi 24 keping dinar emas dengan berat keseluruhan 102 gram. Di Public Gold, 1 dinar (4.25g) berharga sekitar RM2,597, menjadikan anggaran keseluruhan bernilai kira-kira RM62,328.

VIA Public Gold

Jika dikira ikut harga per gram pula (sekitar RM612 per gram bagi emas 24K), jumlahnya tetap lebih RM60,000. Ini belum termasuk kos kerja seni untuk membentuknya menjadi sepohon emas yang biasanya menambah nilai beberapa ratus hingga lebih seribu ringgit. Pendek kata, ini bukan sekadar mas kahwin, tetapi aset mewah yang nilainya setanding sebuah kereta EV compact.

@mindorder

#LiveUpdateMO Sekitar Majlis Pernikahan Primadona jelita, Erra Fazira bersama pasangannya, Ezwan Zain pagi ini di Shah Alam. Selamat pengantin baru & tahniah buat @Fazira Wan Chek serta pasangan. Semoga bahtera perkahwinan ini dilimpahi cinta, kasih sayang & keberkatan. Kami doakan kalian berdua terus dipeluk kebahagiaan ke hujung nyawa. Jangan lupa dengarkan lagu #CintaAbadi2025 sempena hari bahagia ini di semua platform digital sekarang. Jangan lupa saksikan video muziknya secara eksklusif jam 8 malam ini di saluran youtube Erra Fazira Vevo. Penghargaan istimewa; @PosMalaysiaBerhad @Sony Music MY @Royale Chulan Cerating @radiolaguhits #MindOrder #MindOrderManagement #ErraFazira

♬ original sound – MindOrder – MindOrder

Selain sepohon emas, Erra turut menerima mas kahwin bersama set barang kemas, tas tangan, jam tangan serta kasut yang disusun cantik di atas talam. Segalanya melengkapkan detik ijab kabul yang berlangsung tepat jam 9.19 pagi di Rinjani Majestic, Kampung Melayu Subang. Erra Fazira kini sah menjadi isteri kepada jejaka pilihannya, Ezwan Zain atau “Mr E”, dalam suasana sederhana namun penuh makna.

Majlis nikah yang elegan, hantaran tradisi yang kaya simbolik, dan pasangan yang sama cantik sama padan  tidak hairanlah nama Erra menjadi sebutan seluruh negara hari ini. Selamat pengantin baru buat Erra & Ezwan

Erra Fazira Bangga Anak Tunggal, Engku Aleesya Cemerlang 7A IGCSE Usia Remaja
erra fazira
https://lomp.at/ganuy
Share104Tweet65SendShare

KINI TRENDING

Insentif

Semua Aliran Sekolah Wajib Ambil BM & Sejarah Dalam SPM, Ini Sebab Yang Perlu Anda Tahu

by Ayu Kamaruddin
January 22, 2026

Kerajaan menetapkan semua aliran pendidikan termasuk sekolah antarabangsa, sekolah agama dan aliran Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) wajib mengambil subjek Bahasa...

Read moreDetails
via Thread
Sosial Buzz

Popia ‘Big Mac’ RM2.50 Seunit Jadi Bualan, Pembeli Kecewa Inti Cuma Secebis

by Naja Nix
February 26, 2026

Isu makanan bazar sekali lagi mencetuskan perbualan hangat apabila seorang wanita meluahkan rasa kecewa selepas membeli popia “Big Mac” berharga...

Read moreDetails
Sosial Buzz

[VIDEO] Gelagat ‘Random’ Ella Kucup Bibir Suami Buat Ramai Senyum Sendiri

by Phic ARMAN
February 16, 2026

Momen manja antara ratu rock Malaysia, Ella dan suaminya, Azhar Husaini Ghazali, kembali jadi bualan hangat netizen selepas satu video...

Read moreDetails
Insentif

SPA Sasar 30,000 Lantikan Tahun Ini, Peluang Kerjaya Sektor Awam Makin Terbuka

by Ayu Kamaruddin
January 27, 2026

Berita baik buat pencari kerja sektor awam apabila Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menyasarkan 30,000 lantikan penjawat awam pada tahun ini,...

Read moreDetails
Insentif

Rezeki Raya Penjawat Awam Pahang, Bantuan Khas RM1,000 Bakal Dikreditkan

by Ayu Kamaruddin
March 5, 2026

Kerajaan Pahang mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri 2026 sebanyak RM1,000 kepada penjawat awam negeri sebagai tanda penghargaan terhadap khidmat...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  3. 3

    Siti Nurhaliza Selamba Balas Komen Lagu ‘Beraya Dengan Saya’, Ada Yang Kata Mirip Lagu Tamil?

  4. 4

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  5. 5

    Insentif Mahasiswa Anak Johor RM200 Dibuka Untuk Pelajar IPT, Ini Cara Mohon & Semak

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara