Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Insentif

SPA Sasar 30,000 Lantikan Tahun Ini, Peluang Kerjaya Sektor Awam Makin Terbuka

by Ayu Kamaruddin
January 27, 2026
25
KONGSIAN
Share on Facebook

Berita baik buat pencari kerja sektor awam apabila Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menyasarkan 30,000 lantikan penjawat awam pada tahun ini, meningkat berbanding 25,000 lantikan yang dibuat tahun lalu.

Menurut Berita Harian, Pengerusi SPA, Datuk Seri Dr Ahmad Jailani Muhammed Yunus berkata, peningkatan itu mengambil kira jangkaan permohonan baharu serta faktor persaraan dalam perkhidmatan awam yang berlaku setiap tahun.

Ahmad Jailani dilantik sebagai Pengerusi SPA baharu | Astro Awani
Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Datuk Seri Dr Ahmad Jailani Muhammed Yunus

Secara tidak langsung, sasaran ini membuka lebih banyak peluang kerjaya khususnya kepada lepasan sekolah dan graduan yang memenuhi kelayakan ditetapkan.

Permohonan Dijangka Lepasi Sejuta

Walaupun jumlah permohonan mencatatkan sedikit penurunan pada tahun lalu, SPA optimis trend itu bersifat sementara dan akan kembali meningkat.

“Jumlah permohonan kepada SPA merekodkan sekitar 1.2 juta pada 2024 manakala tahun lepas menurun kepada satu juta. Namun, kami menjangkakan jumlah itu dapat dikekalkan semula pada paras lebih satu juta pada tahun ini” katanya.

Angka itu menunjukkan minat terhadap kerjaya sektor awam masih tinggi, terutama dalam kalangan belia.

Syarat SPM Ubah Landskap Permohonan

Mengulas faktor penurunan permohonan, Ahmad Jailani menjelaskan ia berpunca daripada pelaksanaan syarat kelayakan minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

“(Syarat) SPM ke atas mengurangkan bilangan permohonan bagi mereka yang hanya memiliki Sijil Rendah Pelajaran (SRP), Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kurang daripadanya” katanya ketika ditemui selepas meninjau program Kembara Kerjaya MADANI SPA Kuantan.

Langkah itu dilihat sebagai usaha memastikan kualiti perkhidmatan awam kekal kompetitif dan relevan.

Topik Berkaitan Pegawai Farmasi Kontrak Tarik Nafas Lega, Akhirnya Ada Khabar Baik Dari Kerajaan

SPA Turun Padang Dekati Pencari Kerja

Sebagai sebahagian usaha mendekati rakyat, SPA meneruskan Program Kembara Kerjaya MADANI, dengan Kuantan dipilih sebagai lokasi pertama tahun ini melibatkan tiga lokasi utama dan disertai kira-kira 1,500 pengunjung.

Via Facebook rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

Tambah beliau, program itu menjadi platform penting untuk memberi pendedahan, panduan serta peluang interaksi secara langsung antara SPA dan pencari kerja.

Ahmad Jailani turut menegaskan komitmen SPA apabila berkata sentiasa komited untuk memastikan peluang kerjaya dalam perkhidmatan awam dapat di akses secara saksama bagi seluruh rakyat Malaysia.

Pendek kata, sasaran lantikan naik, permohonan dijangka melonjak, siapa cepat, dia dapat.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Kerjaya sektor awamSPA
Share10Tweet6SendShare

KINI TRENDING

Insentif

Cari Kerja Sambil Berhibur? Khai Bahar Bakal Gegarkan Kuantan & Lebih 500 Peluang Kerja Menanti

by Phic ARMAN
September 23, 2026

Kalau anda ingat Karnival Kerjaya cuma tempat berjalan dari satu booth ke satu booth sambil pegang resume, kali ini lain...

Read moreDetails
Insentif

Ramai Tak Tahu, Waris Boleh Tuntut Khairat Kematian RM1,000 Jika Penerima STR Meninggal Dunia

by Phic ARMAN
August 27, 2026

Bila bercakap tentang bantuan kerajaan, ramai mungkin lebih familiar dengan STR atau SARA. Tapi tahukah anda, ada satu lagi bantuan...

Read moreDetails
Insentif

Modal Seawal 12 Hari, PUNB Sedia Dana RM80 Juta Untuk PKS Bumiputera

by Phic ARMAN
July 30, 2026

Kalau ada satu perkara yang sering menjadi cabaran usahawan, mestilah soal modal. Faham perkara itu, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Lebih 300,000 Tonton Aksi Shila Amzah Di China, Tapi Kisah Di Sebaliknya Lagi Menarik

  2. 2

    Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

  3. 3

    Dari Nasi Lemak Ke Sambal Petai, Village Park Buka ‘Chapter’ Baharu Selepas 24 Tahun

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Elak Kelam-Kabut! Ini 7 Tips Persiapan Hari Raya Yang Ramai Terlepas Pandang

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara