Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Insentif

Semua Aliran Sekolah Wajib Ambil BM & Sejarah Dalam SPM, Ini Sebab Yang Perlu Anda Tahu

by Ayu Kamaruddin
January 22, 2026
24
KONGSIAN
Share on Facebook

Kerajaan menetapkan semua aliran pendidikan termasuk sekolah antarabangsa, sekolah agama dan aliran Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) wajib mengambil subjek Bahasa Melayu dan Sejarah dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan langkah itu bakal menamatkan kontroversi berpanjangan berkaitan bahasa serta syarat kemasukan ke universiti awam (UA).

“Saya jelaskan keperluan bahasa dan menuntut supaya semua sistem pendidikan dalam negara kita menetapkan dan mewajibkan Bahasa Melayu mengikut kurikulum Kementerian, termasuk sehingga SPM (Sijil Pelajaran Malaysia),” katanya.

Via Facebook rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia

Semua Aliran, Tiada Pengecualian

Menurut Anwar, kewajipan itu terpakai kepada semua sekolah tanpa terkecuali, termasuk:

  • Sekolah antarabangsa
  • Sekolah agama rakyat & Maahad Tahfiz (lebih 400,000 pelajar)
  • Sekolah aliran UEC

“Sama ada di sekolah antarabangsa, ramai anak-anak Malaysia yang di sekolah antarabangsa, tanpa kecuali diwajibkan mengambil ujian Bahasa Melayu SPM dan juga Sejarah Malaysia,” katanya.

Laluan Ke Pendidikan Tinggi Kini Lebih Jelas

Dengan ketetapan ini, Anwar berkata laluan pelajar dari semua sistem pendidikan ke peringkat universiti tidak lagi menjadi isu.

“Kita terima baik asalkan syarat ini diterima… jalur mereka untuk pergi ke pendidikan tinggi tidak lagi menjadi kontroversi,” katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035.

Bahasa Melayu Diperkasa, Bahasa Inggeris Diperkukuh

Dalam masa sama, Anwar menegaskan Bahasa Melayu perlu diperkasakan bukan sekadar sebagai bahasa rasmi, tetapi bahasa ilmu dan lingua franca.

“Cuma kita nak perkemaskan. Negara ini sudah menetapkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Maka penguasaan bahasanya bukan sekadar menguasai, tapi harus ditingkatkan sebagai bahasa lingua franca dan juga bahasa ilmu,” katanya.

Namun, penguasaan Bahasa Inggeris juga perlu dipertingkatkan sebagai bahasa kedua yang strategik, khususnya bagi menghadapi cabaran global seperti AI, transformasi digital dan peralihan tenaga.

[VIDEO] Dr Malar Sebak, Mahu Berhenti Dari Sosial Media, - "Khilaf Saya"

Bahasa Pilihan Tetap Dijamin

Beliau turut memberi jaminan bahawa bahasa pilihan seperti Bahasa Cina, Tamil dan Arab akan terus ditawarkan di sekolah kebangsaan, dengan Kementerian Pendidikan bertanggungjawab menyediakan guru mencukupi.

Pendekatan ini, menurut Anwar, diharap dapat menamatkan polemik bahasa dan mewujudkan sistem pendidikan yang lebih tersusun, inklusif dan berpaksikan identiti nasional tanpa menutup pintu kepada keperluan global.

Error happened.
bahsa melayusejarahsemua aliran sekolahSPM
https://lomp.at/uenhf
Share10Tweet6SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Arab Saudi Laksana Hukum Hudud, Saiful Apek Kecewa Yassin Masih Ditahan Atas Tuduhan Berat

  5. 5

    Ramai Tengah Serbu Seri Negara KL, Tempat Bersejarah Ini Kini Nampak Lebih Moden

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara