Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result

Harga Produk Kecantikan “Sweet Aiman” Agak Mahal?

by Zaidin Albert
March 9, 2017
Share on Facebook

Penyanyi remaja, yang menjadi hangat di YouTube apabila video muzik Ku Rela Dibenci kini bakal mendapat gelaran usahawan muda kelak. Aiman Tino, atau nama sebenar Mohd Aiman bin Yusri, 18, kini mula melibatkan diri dalam dunia perniagaan selain dari “showbiz” yang biasa dilalui dalam rutin hariannya. Impak lagu Ku Rela Dibenci melonjakkan nama Aiman sebaris dengan penyanyi popular yang lain dan terus mendapat perhatian ramai apabila dia turut terpilih beraksi di pentas akhir Juara Lagu tahun 2016 tahun lalu.

Fenomena ini mencetuskan ilham kerjasama antara Aiman dan Wonder Glow Cosmetics (M) Sdn. Bhd. (Wonder Glow).

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

Sebelum ini, Aiman juga pernah menjual pelbagai jenis barang cenderamata kepada peminatnya ketika persembahan di seluruh Malaysia. Menyedari akan perkara itu maka timbul idea untuk Aiman mengeluarkan produk kesihatan dan kecantikkan beliau sendiri yang diberi nama “Sweet Aiman”.

Aiman telah merealisasikan cita-citanya itu dengan melancarkan tiga produk yang kini sudah berada di pasaran iaitu 3D Cream DD mineral Cushion, Candy Cherry Brite dan Cherry Brite HD.

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

Namun apa yang menjadi persoalan adalah mengenai harga yang tertera pada produk yang mungkin agak mahal bagi sesetengah pembeli dan tidak mampu untuk dimiliki oleh golongan yang berpendapatan rendah.

Produk ini  mendapat perhatian di pasaran apatah lagi ia dihasilkan khas buat peminat-peminat perempuannya dan kebanyakkan dari mereka terdiri dari usia remaja dan masih bersekolah. Cherry Brite HD dengan harga RM69,90 untuk 10 sachet mungkin dikira mahal bagi pembeli yang terdiri daripada golongan muda atau peringkat remaja.

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

Ketua Pegawai Eksekutif Wonder Glow, Datuk Ryzal Jamaludin, berkata mereka akan mengeluarkan pakej promosi produk tersebut dengan harga yang lebih menjimatkan.

“Bakal pembeli tidak perlu risau dengan harga yang tertera kerana harga tersebut hanyalah harga perkenalan dan pihak kami ada merancang untuk mengeluarkan pakej harga promosi bagi pembeli mendapatkannya dengan harga yang lebih murah,” katanya.

Dalam majlis yang sama Datuk Ryzal Jamaludin turut mengumumkan bahawa akan memberi sebuah kereta Audi R8 berharga kira-kira RM1 juta sebagai pembakar semangat daripada syarikat Wonder Glow di atas kerjasama strategik mereka menghasilkan produk kecantikan untuk remaja, Sweet Aiman.

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

Aiman akan mengadakan siri jelajah Sweet Aiman dalam masa terdekat di mana peminat-peminat boleh berjumpa dan beramah mesra bersama Aiman. Lokasi promosi untuk bertemu peminat akan diadakan di beberapa lokasi pusat membeli-belah Mydin yang berhampiran.

KATSEYE Manon Perjelas Video Tular, Nafi Dakwaan Bergaduh Sesama Ahli
aimantinoartismalaysiagosipprodukViral
https://lomp.at/ixue8
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @farazmedia (FB)
Lokal

Rumah Tangga Didakwa Kembali Bergolak, Ini Respons Yusuf Bahrin

by Nurul A.
March 5, 2026

Nampaknya dakwaan mengenai pergolakan rumah tangga pelakon Yusuf Bahrin dan penyanyi rap Zizi Kirana kembali menjadi bualan ramai. Memandangkan ramai...

Read moreDetails
Insentif

Penjawat Awam Perlis Terima Bantuan Raya RM1,500, Akan Dikreditkan 13 Mac Ini

by Ayu Kamaruddin
March 11, 2026

Berita baik buat penjawat awam di negeri Perlis, kerajaan negeri mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) 2026 sebanyak RM1,500...

Read moreDetails
Insentif

Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) Dibuka! Ibu Bapa Boleh Mohon Subsidi RM50 Sebulan Untuk Yuran Tadika Anak

by Ayu Kamaruddin
March 17, 2026

Kerajaan Negeri Selangor terus komited membantu rakyat, khususnya golongan ibu bapa yang mempunyai anak kecil. Terbaharu, Skim Bantuan Tadika Selangor...

Read moreDetails
Spotlight

“Saya Ingatkan Orang Malaysia Dah Educate”- Waheeda Simpati Dengan Siti Nurhaliza

by Phic ARMAN
March 2, 2026

Nama penyanyi dan penceramah bebas, Waheeda, kembali jadi sebutan apabila kenyataannya mengenai isu telekung dan aurat tular di media sosial....

Read moreDetails
via Freepik
Sosial Buzz

Fenomena ‘Reseller’ Di Kedai Barangan Terpakai Cetus Rasa Tidak Selesa Pengunjung

by Naja Nix
February 9, 2026

Satu perkongsian di Reddit baru-baru ini menarik perhatian warganet apabila membincangkan fenomena kumpulan pemborong semula atau reseller yang dikatakan sering...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  2. 2

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  3. 3

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  4. 4

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  5. 5

    Tak Perlu Ke Thailand! Restoran Ini Hidang Rasa Thai Yang Autentik Di Hulu Langat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara