Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Sanggup Berulang-Alik Ke Sabah, Harris Baba Akui Masih Trauma

by Khai Azfar
September 26, 2018
Share on Facebook

Tahun lalu, penyanyi dan pelakon kelahiran Singapura, Harris Baba telah berkongsi khabar duka dimana anak sulungnya, Aleena Ziya cedera di sebuah butik terkemuka di ibu kota akibat terkena penutup lampu yang tiba-tiba jatuh dari siling.

Insiden itu menyebabkan dagu dan tangan anaknya yang ketika itu berusia lapan bulan melecur.

Masih Trauma Dengan Insiden Lalu

Harris atau nama sebenarnya Khawaja Mohammad Harris Baba ketika ditemui murai.my berkata, sehingga ke hari ini dia masih trauma apabila teringat kembali peristiwa yang melibatkan anaknya.

Ekoran daripada kejadian itu, Harris lebih suka jika isteri dan anak-anaknya menetap di Sabah dan akan berulang-alik untuk menziarahi keluarganya disanal.

” Saya tak percaya ianya terjadi pada anak saya. Sebagai seorang bapa saya seolah-olah tidak dapat terima hakikat ianya telah terjadi. Namun selepas kejadian itu, ianya memberi saya satu pengajaran. Sekarang pun saya lebih selesa jika isteri dan anak-anak saya menetap di Sabah memandangkan mereka tinggal bersama ibu mertua saya dan menjaganya dengan baik. Jadi sedikit sebanyak saya boleh tumpukan kerjaya saya disini”

Bakal Kembali Dengan Single Ketiga

Dalam perkembangan lain selepas single Parah, Harris akan kembali dengan single nya yang ketiga pada November. Mendapat sentuhan komposer baru, Harris berkata keputusan untuk mengambil masa yang agak lama untuk muncul dengan single terbaharu ini kerana kekangan jadualnya yang agak sibuk dan ingin memfokuskan pada keluarga terlebih dahulu memandangkan anak-anaknya masih kecil.

Bagi single kali ini, Harris telah nekad untuk mempromosikan sepenuhnya pada lagu ini dan mengharapkan ianya akan diterima ramai.

” Alhamdulillah single pertama saya berjaya diterima ramai namun untuk yang kedua sedikit tenggelam kerana saya akui ketika itu agak sibuk dan terikat dengan penggambaran drama. Tapi untuk single terbaru ini. Insyallah saya akan promosikan sebaik mungkin dan mengharapkan ianya bakal diterima peminat”

Tambahnya lagi, dia sendiri menolak kaedah ‘gimik’ untuk mempromosikan single nya kerana menganggap ianya seperti berisiko untuk menjatuhkan imej seseorang artis dan lebih baik jika selebriti itu diterima peminat kerana bakat yang ada.

Selain single terbaru, Harris juga bakal terbabit dalam slot Akasia terbaru di TV3 pada November ini yang berjudul Seribu Rindu.

anak harris babaanak selebritiharris baba
https://lomp.at/th4fy
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Gossip

Isu Dayana Roza Persoal Kenapa Ramai Lelaki Melayu Curang, Reen Rahim Tampil Beri Respon!

by Naddy Joe
April 15, 2026

Pelakon, Dayana Roza membuat perkongsian bersama peminat selepas tular isu curang dalam perkahwinan orang ramai di media sosial, baru -baru...

Read moreDetails
Berita

Aeril Zafrel Tampil Beri Teguran Kepada Tareq Fit!-“Haritu Kau Cakap Aku Dayus..”

by Naddy Joe
April 14, 2026

Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel tampil memberikan teguran terhadap jurulatih kecergasan sensasi, Tareq Fit yang meluahkan rasa kesal terhadap penyampai...

Read moreDetails
Berita

Abby Abadi Beri Respon Kenyataan Umisya-“Jangan Berlebihan Mereka-Reka Cerita…”

by Naddy Joe
April 1, 2026

Pelakon, Abby Abadi tampil memberi penjelas selepas kenyataannya mengenai rumah tangga anak perempuannya, Marissa Dania dan Aslam menimbulkan salah faham...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  2. 2

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  3. 3

    Harga Barang ‘Lock’ Sempena Tahun Baharu Cina Bermula 13 Februari, Ini Yang Orang Ramai Perlu Tahu

  4. 4

    Pesta Songkran Di Petaling Jaya Cetus Tanda Tanya, Kelakuan Pengunjung Tak Senonoh- “Bau Arak Bacin”

  5. 5

    [VIDEO] Bapa Sibuk Gigit Dubai Chew Cookie, Tapi Lain Pula Netizen Nampak- “Tercabut Giginya”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara