Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Hasrat Bawa 200 Biji Drone Ke AJL38 Tidak Mendapat Kelulusan Produksi! Shiha Zikir Tidak Pernah Patah Semangat

by Aphit J.
February 11, 2024
Share on Facebook

Jika diimbau kembali momen AJL37, konsep persembahan Shiha Zikir semasa penganjuran AJL37 menerusi lagu Irama dinobatkan Persembahan Terbaik.

Mendapat Perhatian Dari Luar Negara

via Xtra

Persembahan tersebut mendapat perhatian orang ramai dan sekali gus menjadi sebutan sehingga ke luar negara termasuk mencuri perhatian peminat di Indonesia.

Terbaru, menurut Harian Metro, perancangan Shiha untuk menggunakan 200 dron yang diimport dari Australia dalam persembahan di pentas Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) yang bakal berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil pada 3 Mac ini tidak mendapat kelulusan dari pihak produksi.

Anggap saja ini ujian kecil sekali gus semakin menguatkan semangat saya dan ‘team’ (pasukan).

Shiha berkata konsep persembahan dengan dron itu tidak dapat dilaksanakan kerana lokasi acara kemuncak AJL38 yang didakwa kurang sesuai.

Menonjolkan Persembahan Unik

Katanya, dia dan pasukannya mahu menonjolkan aksi unik dengan dron kerana konsep itu belum pernah dilakukan sebelum ini.

Saya juga sudah menempah peralatan berkenaan tetapi konsep itu tidak dapat direalisasikan atas faktor keselamatan

menurut Harian Metro, mengenai konsep persembahan lagi, kata pemenang kategori Persembahan Terbaik AJL37 itu, dia akur dengan keputusan produksi kerana tidak mahu membahayakan keselamatan orang lain.

Memberikan Yang Terbaik

via Instagram Shiha Zikir

Tambahnya lagi, jika nak diikutkan pihak produksi juga menyukai konsep dron terbabit.

Saya akur dengan keputusan produksi kerana paling penting adalah keselamatan penonton kerana penggunaan dron sebanyak itu perlukan pelarasan betul bimbang terjatuh atas penonton di stadium nanti.

Bagaimanapun, kata Shiha, dia tetap tidak berputus asa untuk memberikan konsep persembahan yang ada kelainan pada malam kemuncak AJL38 nanti.

Shiha mempertaruhkan lagu Kalam yang juga sentuhannya bersama komposer Iqie Hugh, Firdaus Rahmat dan John Jeeves pada malam kemuncak edisi ke-38 berkenaan.

'Tum Tum Raya' Tonjol Kemeriahan dan Semangat Aidilfitri
shiha zikir
https://lomp.at/g12b7
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

Andika Putera Kesal Sikap Netizen Kritik Pakaian Alisha, Fazura Beri Respon!-“Yang Buruk Ialah Sifat Sombong…”

by Naddy Joe
February 9, 2026

Pempengaruh media sosial, Andika Putera meluahkan rasa kesal terhadap tindakan segelintir netizen yang mempersoalkan penampilan anak perempuannya, Alisha Puteri yang...

Read moreDetails
Lokal

Anzalna Nasir Mahu Turun Padang Bantu Keluarga Yang Memerlukan Bantuan-“Semoga Sedikit Usaha Ini…”

by Naddy Joe
February 23, 2026

Pelakon, Anzalna Nasir meluahkan rasa pilu setiap kali berbuka puasa di bulan Ramadhan apabila mengenangkan pihak yang tidak berkemampuan tidak...

Read moreDetails
Foto - @bingbing_fan (IG)
Asia

Sangat Pentingkan Kecantikan, Fan Bingbing Dedah Lakukan ‘Ritual’ 700 Topeng Muka

by Nurul A.
January 8, 2026

Walaupun sudah lama menghilangkan diri daripada industri hiburan gara-gara skandal pengelakan cukai terbesar dan disenaraihitamkan di tanah besar China, pelakon...

Read moreDetails
Lokal

Dari Tawa Hingga Gugur Air Mata, Ini 5 Buah Lagu Raya Yang Terbaik Untuk Anda!

by Naddy Joe
March 2, 2026

Bersempena Ramadan dan Syawal pada tahun ini, label hiburan terkenal, Rocketfuel Entertainment tampil dengan sebuah inisiatif istimewa menerusi pelancaran lima...

Read moreDetails
via IG @farahdhiya_fd
Lokal

Farahdhiya ‘Sekolahkan’ Netizen Persoal Giginya Berwarna Kuning-“Saya Bersyukur Dengan Apa Yang Ada…”

by Naddy Joe
February 23, 2026

Penyanyi dan pelakon, Farahdhiya tampil bersuara selepas ditegur netizen di media sosial yang mempersoalkan mengapa giginya berwarna kuning. Gigi Yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore